Pages - Menu

Oct 7, 2015

5 Cara Atasi Kulit Berminyak

Semua orang memandang pada diri Husna.."Apa tak kena sebenarnya pada wajahku ya?" Cepat-cepat dia ke toilet untuk melihat apa yang tidak kena..

Owh,wajahnya berkilat dan berminyak umpama boleh menggoreng ikan..Malunya..rasa rendah diri dan tidak yakin terus menerpa..apa perlu buat ni??
Sebenarnya semua orang mempunyai kulit berminyak cuma yang membezakannya adalah sedikit atau banyak.

Kulit kita sebenarnya menghasilkan minyak yang bertindak sebagai pelindung kulit daripada pencemaran dan debu. Bahaya luar ni boleh menerobos masuk ke dalam pori-pori kulit yang boleh menyebabkan punca pertumbuhan jerawat.





Apakah Punca Wajah Berminyak?


1) makanan berlemak

Makanan yang mengandungi lemak jika di ambil secara berlebihan menyebabkan berlaku penimbunan lemak di bawah kulit.

Lemak di bawah kulit merangsang lebihan minyak sehingga menyebabkan kulit berminyak

2) Hormon tidak seimbang

Perubahan hormon dalam badan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan di bawah kulit. Wanita kebiasaan mengalami perubahan hormon ketika menstruasi,hamil dan menopaus.

3) salah pilih kosmetik

Pemilihan kosmetik yang betul sangat penting bagi mengelakkan masalah kulit.Jika tersalah menggunakan alat kosmetik kulit wajah cepat berminyak,iritasi dan kulit menjadi sensitif

4) Genetik

Cuba perhatikan wajah kedua ibu bapa dan adik-beradik yang lain.Jika kebanyakan memiliki wajah berminyak bermakna faktor keturunan.Faktor ini tidak boleh dicegah tetapi boleh diatasi.

5) stres

Sebagai tindakbalas terhadap stress,tubuh menghasilkan minyak berlebihan dan membuat wajah nampak berkilat


5 Cara Atasi kulit Berminyak


Cara berikut mungkin boleh mengatasi pengeluaran minyak berlebihan di wajah.

1) Mencuci muka

Kebersihan muka sangat penting. Cuci muka dengan pembersih yang bersesuaian dengan kulit. Cukup membersih 2 kali sehari sahaja bagi mengelak minyak yang berlebihan. Jika kerap membersih wajah,ia akan mengikis lapisan kulit dan ia juga membahayakan kulit bagi yang kerap terdedah kepada cahaya matahari.


2) Air suam dan garam

Celup tuala muka yang bersih ke dalam air suam yang di campur dengan sedikit garam.Tekap sceara perlahan-lahan ke kulit awajah sehingga tuala sejuk. Air suam membantu membuka pori wajah dan garam berfungsi mengangkat segala kotoran pada wajah.


3) Putih Telur

Pukul sebiji putih telur dan sapu pada seluruh wajah sebagai masker. Bilas dengan air suam


4) Lemon

Lemon sangat bagus untuk membantu kulit lebih cerag dan menyingkirkan bekas jerawat. Caranya perah air lemon kemudian tambah sedikit madu dan tekap di wajah.

Minum air lemon suam yang ditambah madu juga membantu membersihkan kulit daripada dalam.


5) Minum Air Kosong 

Minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari, Minum air kosong dengan banyak boleh menjaga metabolisma tubuh. Tubuh yang mengandungi banyak air membantu kulit lebih lembap dan menghalang penghasilan minyak berlebihan



Ketahui Rahsia Kulit Cantik Berseri Bebas daripada Masalah Jerawat dan Jeragat

Jom tengok video dibawah.. rahsia Cik Farizan dapat kulit yang cantik,bebas masalah jerawat selepas 7 tahun menderita masalah kulit




Cara Atasi Masalah Kulit Berjerawat dengan Cepat


Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan suplemen set kecantikan atau set kulit berminyak/berjerawat boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Setiap pembelian akan disertakan konsultasi panduan cara makan.













1 comment:

  1. nice tips ... lately ni jerawat asyik keluar aje, nanti nak cuba tips lemon madu tu la :)

    ReplyDelete