Pages - Menu

Sep 4, 2015

Bahaya Rengat dan Cara Atasi Rengat Selepas Bersalin

"Aduh mak,sakitnya perut ni..Kenapa rasa sakit macam nak beranak lagi ni?"Tanya mira pada ibunya sambil berguling-guling tahan sakit.

"Oh nak!..kau ni kene sakit rengat ni"




Pernahkah ibu mengalami situasi sepeti mira selepas bersalin?

Menurut pengalaman ibu yang pernah di serang rengat,kesakitannya sama seperti sakit hendak melahirkan bayi atau kadangkala lebih teruk daripada itu.


Apakah itu sakit rengat?

Sakit rengat adalah disebabkan oleh darah yang terkumpul selama 9 bulan di dalam merian bersama uri.Ia di gelar "darah bantal".

Jika ia tidak keluar sekaligus semasa proses kelahiran,darah ini akan menjadi beracun di dalam rahim ibu. Saiz darah ni berbeza-beza iaitu daripada sebesar penumbuk sehingga ke saiz lebih besar bertekstur lembik.

Bagi ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama uri makan mereka berisiko untuk mendapat sakit rengat. Ketulan darah yang bergerak-gerak dalam rahim ibu atau merian seolah-olah seperti bayi lagi yang perlu di keluarkan.

Bila terjadinya sakit rengat?

Mengikut pengalaman seorang bidan urut yang berpengalaman selama 19 tahun sakit rengat kebiasaanya menyerang selepas sehari melahirkan bayi dan jumlah masa kesakitan yang di alami bergantung pada tubuh badan seseorang.


Pentingnya Amalan Berpantang

Biarpun semasa proses kelahiran darah kotor ibu sudah keluar banyak bersama uri,namun sekiranya tertinggal secebis sahaja pun dah rasa sakit sangat rengat ni.

Jadi pastikan ibu-ibu ambil cakna mengenai hal ni ya. Kebiasaan selepas bersalin,tubuh akan ringan dan penglihatan juga terang.

Walaupun tidak semua ibu menghadapi masalah ini namun bagi ibu hamil perlu mengambil tahu hal ni.Setiap kali sakit rengat,perut ibu akan tegang. Sangat penting bagi ibu melakukan urutan selepas bersalin segera dalam masa tiga hari.

Ada sesetengah ibu yang suka mengurut selepas 2 minggu selepas bersalin. Keadaan ini akan membuatkan angin sempat masuk ke dalam badan ibu dan jika terdapat ketulan darah kotor yang tertinggal ia sudah sampai tahap beracun.

Oleh itu,tersangatlah penting amalan tradisional seperti bertungku,berbengkung dan bertangas. Ramai kini ibu-ibu sudah tidak mahu berparam dan berpilis sebab baunya busuk.Tapi sebenarnya banyak kebaikan mengikut cara tradisional ini bagi memastikan badan ibu pulih sepenuhnya dengan cepat.


Rawatan Rengat

Sekiranya ibu mengalami rengat,kebiasaan doktor akan memberikan ibu tahan sakit. Bagi kaedah tradisional,sapuan minyak urut herba panas pada perut ibu dan disertakan tuaman menggunakan tungku besi atau botol berisi air panas. Ini adalah untuk membantu pengeluaran ketulan darah beracun dari rahim ibu.


Petua Tradisional

Tumbuk halus kunyit hidup dan campurkan bersama air asam jawa dan gula merah.Kacau dan minum.Boleh juga di tambah dengan telur ayam kampung. Minum 2-3 kali sehari atau sehingga sembuh.



Memang penjagaan selepas bersalin sangat penting. Senang cerita rajin-rajinlah ibu bertungku dalam pantang..Bertungku 2 kali sehari - pagi selepas subuh dan petang sebelum maghrib. yJangan malas nak berbengkung ya. Ambillah set berpantang bersesuaian supaya ibu dapat bekalan nutrisi,bertenaga dan luka cepat sembuh. Penyusuan susu ibu juga membantu rahim ibu cepat mengecut.



Rahsia turunkan berat badan sehingga 20KG selepas bersalin..WoW!!

Ketahui juga petua elak rahim jatuh selepas bersalin dan cara melakukan senaman kegel yang bagus untuk ibu selepas bersalin.

Semoga bermanfaat untuk pengetahuan kita bersama. Yang penting jaga kesihatan ibu dan berpantanglah dengan sebaik-baiknya.

Sumber: Majalah mami baby










No comments:

Post a Comment