Pages - Menu

Aug 7, 2015

Kenali Bahasa-Bahasa Bayi yang Melucukan

Kebiasaan bahasa yang sering di gunakan oleh bayi hanyalah menangis sebagai medium komunikasi mereka dengan insan-insan sekeliling. Tetapi jika anda perasan, di antara tangisan bayi anda,dia cuba membuat bunyian lain yang menyeronokkan.





Bayi sebenarnya sangat suka bersosial. Membuat bunyi-bunyian yang berbeza-beza adalah cara mereka berhubung dengan anda dan memberitahu apa yang di ingininya. Apakah maksud bunyi-bunyian mereka ingin sampaikan?


1) Jeritan

Bunyi-bunyian bernada tinggi ini akan mendapat perhatian anda setiap kali dia menjerit. Menjerit membawa maksud si kecil sedang bergembira dan berasa seronok. Contohnya ketika anda bermain peekabo.

Tetapi ia juga petanda bayi anda merasa tidak seronok misalnya ketika memotong kuku. Jika jeritannya tidak berhenti,pastikan bayi anda berada dalam keadaan selesa.

Bagi mengalakkan keupayaan baru bayi anda ini, anda tidaklah perlu menjerit sepertinya. Apa yang ibu ayah booleh membantu untuk menyemarakkan keseronokannya misalnya boleh mengatakan..

"wow sayang suka mama tepuk tangan ya.."

si kecil memang tidak fahami bahasa anda tetapi ia boleh pelajari daripada tona dan memahami ekspresi wajah anda. 


2) Dengusan

Kerap juga ketika bayi bermain sendirian ,tetiba boleh terdengar dia mendengus, Kekadang ketika dia sedang membuang air besar. Dengusan bayi menunjukkan bayi melepaskan tekakan atau melepaskan kebosanannya. 

Apabila bayi makin membesar,dengusan kelihatan seperti mendesak.Pada akhir usia 1 tahun,bayi anda akan mendengus dengan menunjukkan jejarinya ataupun tidak menunjukkan jejari menunjukkan dia mahu sesuatu yang dia tidak tahu perkataan untuk menggunakannya.


3) Raungan

Apabila bayi makin membesar, dia akan mula meraung bagi menunjukkan apa yang tidak disukainya seperti orang tidak di kenali mengambilnya,makanan kesukaannya tidak dapat dimiliki, 

Bayi mula membuat bunyi raungan (grrrr) dengan sengaja kerana dia suka bunyi yang di buat melalui tekaknya, 


4) Ketawa Kecil

Pada usia kira-kira 4bulan,bayi akan mula mengejutkan anda dengan ketawa kecil atau mungkin ketawa terkekeh-kekeh. Kebiasaanya ketawa ini muncul apabila anda menggeletek lutut atau meniup perutnya, 

Apabila bayi anda ketawa terhadap sesuatu bersifat luaran seperti riak wajah ketika dia tumpahkan semua makanan ke lantai,ia bermakna dia telah mula mengembangkan deria rasa humor dan dia merasakan anda lucu. Ketika ini anda boleh pelbagaikan bunyi-bunyian baru bagi mengalakkan perkembangan skill ini.


5) Keluhan

Pernah dengar si comel anda mengeluh? Comel bukan? Ini menunjukkan petanda semulajadi dia berasa selesa dan suka akan reaksi anda terhadap keluhannya, Mengeluh juga menunjukann cara bayi anda berehat dan berpuashati. Jadi ibu ayah cubalah bertindakbalas dengan nada suara berbeza dan lihat tindakbalasnya..


6) Bebelan

Comel betul jika bayi mula membebel:-) Bayi akan mula membebel pada usia sekitar 4-6 bulan dan mula mengeluarkan bunyi vokal dan konsonan berbeza seperti sesuatu perkataan tetapi sebenarnya tidak. Bayi akan mula dengan huruf 'b','m' dan 'p'. Ibu ayah akan kerap mendengar perkataan ''puhs" atau "buh buh" pada awalnya. 

Setelah bayi mula berlatih dengan bunyi-bunyi tersebut,anda akan mendengar pelbagai bunyian baru lain sepert "tah tah", "ba ba" dan pelbagai lagi. Lama-kelamaan bayi akan pandai menyebut papa dahulu sebelum mama:-)


Apabila bayi mula berhenti membebel,anda boleh cuba mebebel semula kepadanya.Cuba bunyi-bunyi baru dan lihat adakah sicomel meniru dan membuat bunyi-bunyian sendiri mengikut fahamannya.

Bertindakbalas terhadap bunyi-bunyian ini mengajar mereka tentang corak ucapan dan perbualan.

Jadi jangan jemu melayan bayi anda dan bereaksi selalu dengan mereka pasti menjadi pengalaman paling indah dan menyeronokkan.Anda pasti merindukan saat-saat kecil mereka apabila melihat dirinya makin membesar, 


Ibu Ayah sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak sentiasa sihat,cergas


Credit: majalah Mami Baby


No comments:

Post a Comment