Pages - Menu

Aug 20, 2015

7 Kebaikan Air Kelapa Muda Untuk Ibu Hamil

Sebut sahaja air kelapa muda,sudah terbayang enaknya air kelapa muda ini ketika minum di musim cuaca panas. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan dahaga malah dapat menyegarkan tubuh dan menggantikan cairan tubuh yang hilang.

Khasiat dan manfaatnya sangat banyak. Orang-orang tua dahulu sering menasihati untuk minum air kelapa muda bagi mendapatkan kulit bayi yang bersih dan cantik. Adakah ia benar? Apakah lagi sebenarnya kebaikan kelapa muda ini untuk ibu hamil?






Kebaikan air kelapa muda untuk Ibu Hamil



1. Elektrolit semulajadi
Air kelapa merupakan minuman isotonik yang memiliki keseimbangan level yang sama dengan darah kita, Ia mengandung elektrolit, klorida, kalsium, potassium (kalium), magnesium dan sodium. Kalium (potassium) berperanan penting dalam menjaga tekanan darah dan kesehatan jantung. 



Masalah dehidrasi atau kekurangan cecair sering berlaku pada ibu yang menyebabkan sering terjadi masalah sakit kepala,demam dan kejang otot.Jadi minumlah air kelapa muda ini untuk menggantikan bendalir dalam badan.




2.  Meningkatkan fungsi pencernaan
Salah satu kegunaan air kelapa muda adalah ia membantu meningkatkan fungsi pencernaan pada ibu hamil. Masalah sering di alami semasa hamil adalah cirit-birit dan sembelit. Jadi jangan lupa minum air kelapa bagi membantu sistem pencernaan ibu.

3. Meningkatkan Kolestrol Baik (HDL)
Air kelapa muda terbukti memiliki khasiat yang baik dalam meningkatkan HDL atau kolesterol baik di dalam tubuh. ni dapat membantu mengelakkan masalah kronik seperti darah tinggi,sakit jantung dan pelbagai lagi penyakit merbahaya lain. Ini sekaligus membantu menurunkan paras kolestrol jahat dalam tubuh,

4. Menurunkan tekanan darah
Seringkali semasa hamil,tekanan darah ibu naik tinggi sehingga ada yang terpaksa mengambil ubat darah lnggi dan perlu cek tekanan darah setiap hari, Darah tinggi semasa hamil sangat merbahaya dan memberi risiko buruk kepada ibu dan bayi. Menurut artikel daripada Dr Zubaidi yang saya baca,tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menyebabkan gangguan peredaran darah terutama pada uri yang akhirnya menyebabkan janin kurang mendapat zat makanan. Paling menakutkan ia boleh menyebabkan kematian bayi dan ibu juga berisiko mendapat penyakit buah pinggang,paru-paru berair,kegagalan fungsi hati,sawan dan kematian.
Air kelapa muda sangat bagus kerana ia mengandungi potassium yang boleh membantu menurunkan tekanan darah,

5. Sumber tenaga
Air kelapa muda mengandungi glukosa yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga. Namun jangan lupa untuk ibu mengambil makanan berkhasiat dan seimbang setiap hari.

6. Kandungan vitamin C tinggi
Salah satu kandungan penting dari air kelapa adalah kandungan vitamin C yang tinggi. Kandungan vitamin C pada air kelapa muda ini dapat membantu menguatkan sistem imun dan daya tahan tubuh,mencegah penyakit gusi berdarah dan membantu penyerapan zat besi yang boleh  mengelakkan masalah anemia.
Masalah anemia/HB rendah dapat di atasi dengan pemakanan sayuran hijau,bijirin tinggi serat dan supplemen kaya zat besi

7. Penawar Racun


Air kelapa muda mengandungi 'asam laurat', sejenis asam yang dapat membantu melawan berbagai penyakit. Asam laurat yang cukup melimpah dalam air kelapa sama dengan yang ada  dalam air susu ibu dan memiliki kesamaan sebagai antibakteria dan antivirus, yang boleh menjaga kesihatan ibu dan bayi daripada virus berbahaya seperti herpes dan HIV, dan pelbagai jenis jangkitan bakteria.



No comments:

Post a Comment