Pages - Menu

Aug 14, 2015

5 Cara Anak Tidur Tanpa Tangisan

Adakah anak anda mengalami masalah untuk tidur?
Adakah anak anda perlu di paksa setiap kali mahu tidur?
Adakah anak anda tiada "suis penutup"? Bermain sehingga melawan kepenatan dan boleh terlelap.

Tidur adalah satu tabiat dan kanak-kanak boleh mempelajarinya.Mereka perlu di ajar sejak kecil kerana ia mengambil masa untuk memperolehi tabiat ini.



Berikut adalah cara-cara supaya anak anda dapat tidur dengan sendiri:


1. Mula awal

Penyediaan untuk tidur sebaik-baiknya bermula selepas waktu senja kerana anda tidak pasti bila anak anda akan mula tidur. Pastikan anak anda telah mengambil makan malam sebelum maghrib.Jika anda pulang lewat daripada kerja,jangan paksa anak anda untuk terus tidur - bacakan 1 buku untuknya. Bermula awal juga boleh membantu anak anda menetapkan waktu biologinya. Ia akan menjadi lebih senang jika ianya telah ditetapkan.


2. Rutin,rutin,rutin!

Amalkan rutin yang sama setiap hari jika boleh. Makan malam,mandi,cerita,cium,peluk,doa,tutup lamu,tutup mata, Pastikan rutin yang tidak terlalu banyak kerana ia boleh melambatkan waku tidur.
Pastikan anak anda boleh tidur dalam keadaan aman,tenang dan boleh diramal. Jika set masa pukul 9 malam untuk tidur,pastikan masa yang sama setiap malam supaya mereka faham.


3. Tidur petang adalah bagus

Untuk kebanyakan kanak-kanak,tidur petang selama 45 minit - 1jam boleh mengelakkan mereka kurang meragam pada waktu malam. 


4. Udara segar adalah bagus

Pastikan anak anda mendapat senaman di luar setiap hari. Kanak-kanak tidur dengan lebih baik jika mereka dapat bermain di luar. Namun,jangan anda lakukan ini sejam sebelum masa mereka tidur, Ini akan membuatkan mereka lebih aktif


5. Buat anak-anak selesa

Mandian air panas dan memakai pakaian tidur yang selesa membantu anak anda dengan selesa. Pastikan bilitk tidur tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Anda juga boleh memasang cd zikir atau muzik yang menenangkan untuk memberi mood yang baik.


Semoga perkongsian ini dapat bantu ibu-ibu tidurkan bayi dan anak-anak yang sedang membesar dengan mudah:-)


Sumber: majalah mami baby




4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tips baru yang berguna di masa hadapan.. thanks for sharing.. ^_^

    ReplyDelete
  3. tidur awal dan tidur petang tu mmg menjadi... anak sedara saya bangun siap gelak2 lagi.. hehe

    ReplyDelete
  4. nice info ... anak-anak sy pula, kalau tidur petang, susah nak tidur malam. so, kena tidurkan tengah hari :)

    ReplyDelete