Pages - Menu

Jul 19, 2015

Raikan Syawal: 3 Waktu Di Larang Untuk Ziarah-Menziarahi

Syawal adalah bulan sangat penting untuk kita mengeratkan silaturrahim.Masa inilah yang paling sesuai untuk kita ziarah-menziarahi ahli keluarga,sanak-saudara yang sudah lama tidak berjumpa. Ada yang setahun sekali berjumpakan..Jadi,ambillah peluang dan masa yang ada untuk kita saling bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung tali silaturahim”.




Ini juga peluang terbaik untuk ibu bapa mengajak anak-anak ziarah-menziarahi.Bukan biarkan anak-anak bermain gajet atau menonton rancangan kegemaran di televisyen sahaja. Kenalkan mereka dengan sepupu-sepapat,sedara-mara agar nanti mereka boleh teruskan adat tradisi mulia ini dan mengenali saudara-mara mereka.

Namun jangan lupa,dalam kita kunjung-mengunjungi ini ada adab-adab yang perlu kita titikberatkan dan islam sangat mementingkan kita menjaga adab dan tidak menyusahkan orang lain.


Adab Ziarah-Menziarahi Saudara-Mara/Kenalan:


1) Meletakkan niat ziarah kerana Allah SWT untuk mengeratkan lagi hubungan, silaturahim tidak kira antara orang kaya ataupun miskin. 

Menghubungkan silaturahim itu adalah satu tuntutan dan mempunyai banyak kelebihannya. Dalam hadis riwayat al-Bukhari daripada Anas bin Malik ra berkata Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung tali silaturahim”.


2)  apabila bertemu dengan tuan rumah, digalakkan untuk mendahului dengan mengucapkan salam dan seterusnya berjabat tangan dengan tuan rumah, dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada al-Barra’ ra, Rasulullah bersabda:

“Tidaklah dari kalangan dua orang Islam yang bertemu, lalu berjabat tangan bersalaman kecuali kedua-dua mereka diampunkan dosa sehingga sebelum mereka berpisah”.

3) bertanya khabar dan tidak bercakap perkara yang mencemarkan kesucian menyambut Aidilfitri sehingga menimbulkan rasa tidak senang orang yang dikunjungi. 


4) memelihara diri daripada perlakuan dan tindakan yang tidak baik sewaktu menziarahi kerana perbuatan tersebut boleh mengganggu atau tidak disenangi oleh tuan rumah.

5)  memilih waktu yang sesuai untuk berziarah sama ada menziarahi orang sakit, jiran tetangga, adik-beradik atau sahabat handai.


 Elak daripada mengunjungi pada awal pagi, tengah hari dan tengah malam. 

Hal ini kerana pada kebiasaan waktu tersebut adalah waktu beristirahat atau persiapan untuk keperluan ahli keluarga. Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 58:

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah solat Isya’, itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).


Semoga kita dapat meneruskan tradisi kunjung-mengunjung yang baik ini setiap tahun dan semoga ia tidak pupus di telan arus kemodenan zaman teknologi ini..

Selamat Hari Raya,Maaf zahir & Batin:-)

No comments:

Post a Comment