Pages - Menu

Jul 2, 2015

Petua rawat tumit kaki pecah dan merekah

Masalah yang sering di alami oleh kebanyakan kaum wanita ialah masalah tumit kaki pecah.Jika tidak di rawat segera memang menyakitkan dan lagi teruk jadinya.Jangan biarkan berlarutan kerana sangat sakit dan boleh menyebabkan kulit kematu dan sakit semasa berjalan.


Namun jangan risau,ada pelbagai petua yang boleh anda cuba dan atasi masalah ini






1) Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.

2) Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

3) Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

4) Lenyekkan beberapa butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

5) Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

6) Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

7) Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

8) Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dan gosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

9) Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

10) Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.


12) Amalkan pemakaian losyen..Sapu Herbal Blend pada kawasan tumit pecah setiap hari sebelum tidur..Herbal blend sangat istimewa kerana ia FREE PARABEN sangat sesuai untuk melembapkan dan merawat kulit kering dan merekah.






Selamat mencuba tips di atas.Moga ia membantu mengatasi masalah tumit pecah dan kaki anda kembali cantik.


No comments:

Post a Comment