Pages - Menu

Jul 9, 2015

Khasiat Kurma membantu merawat 8 Jenis Penyakit

Gula semualajadi yang terkandung dalam kurma jauh lebih sihat daripada gula pasir. Kurma menjadi popular ketika bulan Ramadhan.Namun tahukah anda kurma perlu diambil setiap hari.Khasiat dan kebaikan kurma tiada tandingan untuk kesihatan diri

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat"





Pelbagai Khasiat dan kebaikan kurma  untuk kesihatan:



  • Membantu pencernaan
Kurma mengandungi 20 jenis asid amino yang berperanan dalam proses pencernaan. Ini adalah sebab mengapa kurma mudah di cerna dan dapat memberikan tenaga kepada tubuh bagi melakukan aktiviti sekitar setengah jam.



  • Sembelit
Minum 2 sudu makan pati kurma waktu pagi.Ia merangsang gerak peristalsis.

  • Diabetes
Sesiapa menderita penyakit ini dapat menggunakan manisan buah dalam kurma untuk diet.Kurma bermanfaat bagimenjaga kadar gula dalam darah.

  • CIrit-birit
Kurma masak mengandungi kalium.Kalium penting bagi mengawal cirit-birit. Zat itu mudah dicerna yang akhirnya membantu menangani cirit-birit

  • Masalah hati
Kurma adalah ubat baik untuk masalah hati dan sesuai menyelesaikan masalah pernafasan.



  • Ulser
Kurma amat bagus untuk permasalahan perut. Dengan mengambil 3 biji kurma di waktu pagi dan petang pada setiap hari mesti dapat rasai perbezaannya,Sekiranya perut bermasalah,makan kurma secara teratur. Kurma adalah pilihan terbaik untuk perut yang bermasalah.


  • Rabun Malam
Pertubuhan Kanser Amerika menyatakan dengan mengambil 1 biji kurma sehari dapat mengekalkan mata yang sihat sepanjang usia. Kurma juga efektif untuk menjaga masalah rabun senja.


  • Menguatkan Enamel pada gigi
Kurma mengandungi fluorin. Ia adalah mineral penting bagi menghalang proses pembentukan lubang gigi.



Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)". 





Sumber: Buku Rasulullah is my Doctor

No comments:

Post a Comment