Pages - Menu

Jul 24, 2015

Kelebihan Puasa Enam Syawal

Hari ni dah 8 hari kita di bulan Syawal..Masih mood 'open house' dan beraya? Jika ada yang dah mulakan puasa 6 di bulan syawal ni,alhamdulillah..Banyak kelebihan puasa enam ni dan sangat dituntut dalam islam untuk mengerjakannya..Ada 30 hari dalam bulan syawal,hanya 6 hari sahaja kita di minta untuk meneruskan puasa..Insyaallah ganjaran hebat menanti kita semua.





Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.


"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.”

(HR. Muslim).


Keistimewaan Puasa Enam Syawal

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Selain itu,puasa enam hari ini juga menjadikan satu cabaran untuk umat islan supaya tidak terleka dan bergembira semata-mata di bulan Syawal. Dengan rumah terbuka hampir sebulan syawal,ia juga membantu dan memberi ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas beransur-ansur untuk kebaikan jasmani kita.

Selain itu,puasa enam syawal membantu kita meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat enam hari Syawal sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadan akan datang.


Niat Puasa Enam Syawal

Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt“.


Semoga kita merebut peluang dan ganjaran yang Allah berikan ini sebaik-baiknya. 










No comments:

Post a Comment