Pages - Menu

Jul 3, 2015

5 Hadiah Allah kepada Orang Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum..Alhamdulillah kita berada di hari Jumaat penuh keberkatan di bulan Ramadhan yang penuh berkat. Dalam islam,hari Jumaat sangat istimewa di mana kita di sarankan untuk perbanyakkan selawat kepada kekasih hati kita,Nabi Muhammad S.a.w.




HADIAH yang Allah kurniakan kepada sesiapa sahaja yang berselawat ke atas Nabi Muhammad S.a.w:

1) Syafaat

"Sesiapa berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kami,maka dia akan perolehi syafaatku pada hari kiamat"  (Hadith Riwayat Al-Tabrani dari Abi Darda')


2) Di Makbulkan Doa

"Setiap doa terhalang,sehingga diiringi berselawat ke atas Nabi Muhammad sa.w  (Hadith Riwayat Al-Dailami dalam musnad Al-Firdaus dari Anas RA dan AlBaihaqi dari Saidina Ali (rhm))


3) Teman Nabi di Akhirat

"Seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku"  (Hadith riwayat An-Nasaie dan Ibnu Hibban dari Ibnu Masud)


4) Terhapus Dosa

"Sesiapa yang berselawat kepadaku 1 kali,maka Allah berselawat kepadanya 10 kali selawat dan Allah menghapus 10 kesalahan(dosa) dan mengangkat 10 darjat kepadanya" (Hadith riwayat Ahmad,An-Nasaie dan Al-Hakim dari Anas)


5) Meninggikan Darjat


"Perbanyakkanlah selawat kepadaku setiap hari Jumaat.Sesiapa yang paling banyak selawatnya kepadaku,maka mereka adalah orang yang terdekat denganku dan mereka akan ditingkatkan darjatnya (di sisi Allah). ( Hadith riwayat Al-Baihaqi dari Abu Umamah)


Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:

إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَآأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا {56}

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (QS. 33:56)



Semoga kita sentiasa rajin berselawat dan sama-sama merebut pahala dan hadiah yang Allah berikan ini..

Jom selawat

No comments:

Post a Comment