Pages - Menu

Jul 22, 2015

4 Resepi Enak Pisang yang Menyelerakan

Assalamualaikum..selamat pagi..hari ini 6 syawal sudah..cepatkan masa berlalu..camna best tak raya kali ni??alhamdulillah,masih dipanjangkan usia untuk sama berkongsi sedikit ilmu dengan ceroten ringkas kali ni..

Siapa suka makan pisang? Kalau anda tahu betapa powernya sebiji pisang,pasti anda tidak akan miss mengambilnya dalam diet harian. Siapa tahu ia boleh menjadi magical pill untuk merawat stress kan?? Pisang dapat membantu mencerdaskan minda,melegakan morning sickness malah ia juga membantu melindungi beberapa kansr seperti kanser buah pinggang.





4 resepi pisang yang boleh anda cuba untuk sarapan pagi dan minum petang..Pasti anda dan anak-anak jatuh cinta dengannya:-)



1) Banana Chocolate Coated




Cara-caranya:

1) Celup sebiji pisang dalam coklat rendah lemak yang telah dicairkan
2) Ratakan kacang seperti walnut,pistachio,kacang gajus yang telah dipanggang selama 10 minit
3) Sejukkan sekitar 10 minit dan siap untuk dimakan

** Gunakan coklat rendah lemak ya

risau kalori tinggi hidangan enak ni? Jom cek berapa kalori anda ambil dan bagaimana untuk membakarnya semula.

Kalori :24
Natriun: 85g
Karbohidrat: 53g
Serat: 5g
Protin :2g

Idea untuk bakar kalori:

20 minit - berenang
67minit - berjalan kaki
27 minit- joging
37 minit - berbasikal


2) Smothie Pisang dan Strawberry




Caranya sangat mudah. Kisar sebiji pisang bersama secawan susu strawberi rendah lemak dan air batu. Jika suka,boleh campurkan juga sedikit mentega kacang


Kalori:23g
Natrium :26mg
Karbo: 54.8g
Serat:1.5g
protin: 1.5g


3) Kon Pisang Buah-buahan


Cara-caranya:

Isi kon dengan coklat rendah lemak yang dicairkan dan pisang yang telah dihiris.
Tambahkan juga dengan buah-buahan lain seperti kiwi,strawberri dan kacang Almond.

Boleh juga hidangkan dengan aiskrim atau yogurt rendah lemak.


4) Waffle Panggang Pisang dan Madu


Cara-caranya:

Sapukan mentega kacang,madu pada waffle/pancake 
Susunkan pisang yang di hiris nipis
Bakar dalam ketuhar selama 5 minit


Sedapkan resepi ni..ada yang saya dah cuba dan pastinya resepinya sangat mudah dan senang..


Kebaikan Pisang:

1) Perlindungan Kardiovaskuler

  • Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati.
  • Pisang yang terdiri daripada 467 mg potasium dan 1 mg sodium, boleh membantu pencegahan tekanan darah tinggi dan atherosclerosis
  • Sebuah penyelidikan yang ditulis di Archives of Internal Medicine mendedahkan bahawa makanan dengan serat tinggi, seperti pisang,membantu penyakit hati.
2) Memperbaiki Tulang

Mengambil pisang secara rutin akan membantu tubuh anda menyerap kalsium secara lebih baik. Pisang mengandungi banyak fruktooligosakarida, yang merupakan prebiotik atau bakteria yang baik bagi usus besar anda.
3) Menyihatkan Ginjal
  • Penyelidikan dari International Journal of Cancer menunjukkan bahawa mengambil buah dan sayuran, terutama pisang, secara berkala boleh melindungi tubuh.
  • Penyelidikan selama 13.4 tahun merangkumi penduduk yang terdiri daripada 61,000 wanita usia 40-76 menunjukkan bahawa wanita yang memakan lebih daripada 75 buah dan sayuran sebulan (atau 2.5 sehari) mengurangkan risiko kanser buah pinggang sebanyak 40%. Di antara buah-buahan lain, pisanglah yang paling melindungi.


Selamat mencuba resepi enak ini dan mendapat khasiatnya:-)

No comments:

Post a Comment