Pages - Menu

Jun 3, 2015

Ulangtahun perkahwinan yang ke 9

Alhamdulillah...syukur ya Allah..hari ini genap 9 tahun usia perkahwinan kami..



Tanggal 030606 ketika usia menginjak 23 tahun,kami di ijabkabulkan..Masih muda ketika itu,

Bermula kehidupan suami isteri ketika saya masih menganggur dan suami masih belajar..

Banyak kenangan pahit manis bersama..Bukan mudah untuk senang..

Kami bermula dari bawah..Awal perkahwinan dahulu,kami sama-sama membancuh dadih..

Resepi sendiri dan guna yang instant..Penuh peti ais ketika itu..

Dan suami bawa ke uni untuk diletakkan di bilik persatuan dan hantar ke dobi-dobi uni..Allahu,syukur rezeki DIA beri ketika itu..Alhamdulillah lepas untuk bayar bil api air setiap bulan..

Dan ketika itu suami yang di final year mula buat partime di Opis lama..Siang bekerja,malam mengajar tuisyen..

Memang kami struggle dan lalui semua kepayahan bersama..

Bila teringat kembali,senyum bibir mengukir teringat pelbagai kenangan ini..

Terima kasih suami mengajar dan mendidik hati untuk sabar.

Terima kasih suami banyak memberi tunjuk ajar dalam memasak.

Terima kasih suami sentiasa setia menemani disisi ketika melahirkan anak-anak.

Terima kasih suami menerima kekurangan diri ini.

Alhamdulillah,sujud syukur padaMu ya Allah atas segala kurniaan ini..

Semoga Engkau sentiasa Rahmati hidup kami dan semoga kami bahagia hingga ke jannah,,Ameen




No comments:

Post a Comment