Pages - Menu

Jun 14, 2015

10 Cara Melatih Anak Berpuasa dengan Baik

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Ada beberapa hari sahaja kita semua akan menyambut bulan keberkatan ini..Masih ingatkah memori berpuasa ketika zaman kecil-kecil dahulu? Tentu ada kisah menarikkan setiap kali ramadhan..Paling tak lupa bila ambil wuduk,pasti curi-curi telan minum air:-)


Haa..ade tak memori tu???:-)






Ada anak-anak yang mula nak belajar berpuasa tahun ini?

Bilakah masa sesuai untuk mereka mula berpuasa?

Bagaimanakah cara untuk mengajak anak berpuasa?

Ketika masuk usia 5,6 tahun sebenarnya ibu ayah sudah boleh mula ajak anak-anak berpuasa. Sekiranya anak-anak sudah bersekolah tadika atau pra sekolah,kebiasaan cikgu pun sudah memberi pendedahan asas kepada anak-anak tentang ibadat puasa ni..


Rancangan Upin Ipin pun ada slot khas mengenai Ramadhan..Ini pun boleh merangsang minat anak-anak untuk berpuasa.

Jom baca beberapa tips bagaimana cara melatih anak-anak berpuasa dengan baik di bulan Ramadhan nanti



1) Memberi Penjelasan Mengenai Ramadhan





Maklumkan kepada anak beberapa hari sebelum Ramadhan mengenai ibadat puasa. Maklumkan mengenai apa itu berpuasa,niat puasa dan boleh ceritakan pengalaman seronoknya bangun sahur,berbuka puasa beramai-ramai, dan solat berjemaah bersama-sama.Dengan ini ia membantu memberi semangat untuk anak-anak belajar berpuasa.



2) Puasa bertahap-tahap bagi anak yang baru belajar berpuasa

Seperti kita semasa kecil dahulu,mak ayah suruh berpuasa dahulu separuh hari.Esoknya jika larat lagi,tambah masa lagi setengah jam dan begitulah seterusnya sehingga anak-anak dapat berpuasa penuh.Mulakan dari sahur sehingga 10 pagi,kemudian sehingga waktu zohor dan seterusnya. Anak akan belajar perlahan-lahan sehingga dapat berpuasa sehingga waktu berbuka.


3) Sahur yang Seimbang dan Berzat

Ketika bangun sahur,jangan lupa kejutkan anak juga untuk sama-sama bersahur. Mulakan pagi dengan makanan yang berzat dan seimbang.Ibu ayah boleh mencuba menu sihat setiap sahur seperti mengambil nasi,roti,buah dan lain-lain.


4) Sediakan Makanan Kegemaran Anak ketika Sahur dan Berbuka

Kebanyakan anak susah untuk bangun sahur.Jadi cara untuk memujuk mereka untuk bangun sahur adalah dengan menyediakan menu kegemaran mereka. Roti pizza,ayam goreng,Mealshake yang berkhasiat boleh disediakan untuk menu sahur dan berbuka bagi memberikan mereka semangat untuk berpuasa.


5) Tunjukkan contoh yang baik

Sangat penting untuk Anda dan anggota keluarga tidak menunjukkan rasa lapar dan haus saat berpuasa di depan anak-anak.Jangan pulak kita yang mengeluh penat atau lapar dihadapan anak-anak ya:-) dan paling penting kawal perasaan marah-marah dan panas baran.


6) Berikan semangat kepada anak

Jangan lupa juga untuk memberikan semangat kepada anak untuk terus berpuasa, Contoh jika hari pertama,anak dapat berpuasa separuh hari,puji dirinya dan ajak berpuasa lagi esok hari. Begitu juga sekiranya dia dapat berpuasa penuh,puji dirinya-Wah,bagusnya Aishah berpuasa penuh hari ini..Allah sayang dan suka orang berpuasa.Esok kita berpuasa dan berbuka puasa sama-sama lagi ya:-)


7) Jauhkan godaan makanan darinya

Jauhkan segala jenis makanan yang boleh menggodanya untuk berbuka, seperti aiskrim, coklat, dan apa jua makanan lain di tempat terbuka. Sembunyikan makanan tersebut dan usahakan agari anak tetap sibuk selama puasa. Ibu ayah boleh mengajak anak-anak untuk membaca al-quran, bermain game,membaca buku dan sebagainya.


8) Jangan memarahinya sekira terlupa

Jika anak tidak kuat untuk berpuasa,atau sering memujuk ibu ayah untuk berbuka puasa jangan memarahi mereka.Kadang-kadang anak-anak curi berbuka puasa.Jangan memarahi mereka,cukup nasihat mereka supaya tidak ulangi lagi dan ajak mereka berpuasa lagi keesokan hari.


9) Memberikan hadiah

Anak-anak amat suka dengan ganjaran hadiah. Ibu boleh maklumkan jika adik berpuasa nanti ibu akan hadiahkan kasut raya yang cantik seperti Elsa,hadiahkan tudung cantik dan pelbagai lagi.Ini untuk merangsang semangat anak-anak untuk berpuasa.


10) Ajar anak-anak perkara yang baik

Sepanjang Ramadhan,terapkan sebanyak ilmu baru kepada mereka seperi minta mereka baca doa berbuka puasa,solat berjemaah,membaca al quran dan pelbagai lagi




Semoga tips ini membantu ibu ayah dalam mendidik anak-anak berpuasa..


Selamat Berpuasa adik-adik.Semoga dapat mula berpuasa dengan baik ya.Jangan curi-curi makan tau:)


No comments:

Post a Comment