Pages - Menu

Apr 29, 2015

Kesan Memakai IUD: period menjadi tidak stabil??

Terdapat beberapa cara untuk mencegah kehamilan yang boleh digunakan untuk para isteri atau ibu.Selain daripada teknik merancang sendiri,ibu atau isteri boleh mencuba mengambil pil perancang yang sesuai,pemasangan Implanon,Suntikan dan pemasangan IUD untuk mencegah kehamilan daripada berlaku.Namun pastikan isteri/ibu berbincang dengan pasangan dan dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba sebarang jenis pencegah kehamilan ini.

Harus di ingatkan bahawa semua kaedah ini  mempunyai implikasi dan kesan tersendiri bergantung kepada individu.

Hari ini saya nak share sedikit info mengenai IUD memandangkan pengalaman saya memakainya hampir setahun lebih dah..

Apakah alat pencegah hamil IUD??
Alat IUD adalah salah satu alat pencegah kehamilan berbentuk T yang di lilit bersaama logam atau hormon tertentu.








Bagaimana IUD bertindak?

Bagi IUD yang mengandungi kupur ( copper ), kehamilan dielakkan dengan menghalang sperma dari memasuki rahim dan bersenyawa dengan telur. Ia juga bertindak dengan menghalang telur yang sudah tersenyawa dari melekat di dinding rahim seterusnya menghalang implantasi dari berlaku.

MIRENA pula ialah IUD yang mengandungi hormon progestogen, bertindak lebih kurang sama dengan IUD biasa tapi dengan satu tindakan tambahan iaitu menipiskan dinding rahim seterusnya menyebabkan rahim tidak bersedia untuk implantasi berlaku. MIRENA sangat sesuai untuk mereka yang mengalami haid yang banyak kerana aliran darah haid menjadi lebih sedikit dari biasa dengan memakai MIRENA.


Saya mula memakai IUD ini selepas kehamilan anak ke empat..Ketika bayi berusia lebih kurang 56 hari jika tidak silap saya pergi ke hospital pakar annur Bangi untuk pasang alat ini..

Kalau fikirkan takut,memang takut apabila fikir ada sesuatu nak di masukkan kat anggota sulitkan tetapi bila fikirkan ia sangat membantu dan hampir 99% selamat daripada kehamilan dengan izinNya..saya nekad.

Semasa doktor pakai alat ini sedikit terasa ngilu apabila di tolak masuk..Macam 'cramp' perut tapi sekejap je..Lepas tu dah ok..Doktor akan tanya adakah kita dah buat pemeriksaan kanser serviks??so kalau tak buat lagi kebiasaan akan terus buat..Macam tula saya..anak ke 4 baru buat pemeriksaan..takut punya pasal..huhu..buat awal-awal ye ibu-ibu semua..

Kesan sampingan bergantung kepada individu..Jika tidak sesuai pendarahan teruk akan berlaku dan pemakai perlu mencabut segera IUD ini.

Sekiranya ibu masih breastfeed bayi,kemungkinan besar period akan mengalami on-off dan period kekadang heavy dan kekadang sangat sedikit..IUD tidak menganggu hormon tetapi disebabkan ibu BF,period akan menjadi kurang stabil.

Selepas pemasangan,doktor akan tetapkan tarikh scan alat tersebut 1 bulan dari tarikh memakainya dan selepas itu di sarankan setiap tahun perlu buat 'scan' untuk memeriksa kedudukan alat tersebut supaya tidak 'lari' daripada kedudukan asal.

Apapun,bagi saya IUD selamat di gunakan dan langsung tidak merasa terganggu/cramp/sakit perut..Cuma period on/off ini sedikit terganggu dan perlu mengambil cakna ketika solat dan berpuasa.

Pastikan kiraan 15 hari dari tarikh period adalah hari kotor..maksudnya jika period on-off,jika masih dalam tempoh 15 hari ia di kira haid namun selepas hari ke 15 selepas dari tarikh period,ia bermaksud darah istihadah.Ibu perlu mandi wajib dan mengerjakan ibadah seperti biasa.

Apapun alat kehamilan yang di gunakan ada kesan masing-masing.Pilihlah yang terbaik dan berbincanglah dengan pasangan supaya memuaskan hati semua pihak:-)




81 comments:

  1. Assalamualaikum sis,

    Berapa lama sis alami period on off? Saya juga memakai iucd dan masih breast feed. Setelah pakai selama 3 bulan, period masih lagi on off. On nya lama, off sekejap sgt. Mohon kongsi pengalaman. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..sy br 2bulan pakai iucd merina...bulan pertama masuk period sikit jew..dan xlama..tp bulan lps 7hb mula period sampai skrg blm stop...nie dh gaya period pertama semula..sbb bnyk...kenapa ye...sy rasa mcm nk tanggal jew alat nie..xmembantu masalah period yg berlebihan sy...

      Delete
    2. Cuba puan cek semula kedudukan iucd. 1 bulan slps pemakaian ada buat scan tak

      Delete
    3. Cuba puan cek semula kedudukan iucd. 1 bulan slps pemakaian ada buat scan tak

      Delete
    4. ada buat kedudukan iucd..ok kedudukan dye..sy jadi risau la..period masih bnyk...

      Delete
    5. puan menyusu badan tak? memang heavy period bergantung kepada individu..ni yang saya tanya pada doc..saya ambik masa setahun lebih baru period kembali regular

      Delete
  2. waalaikumusalam.

    period saya on off setahun 1bln..lps tu dah regular seperti biasa..memang kene banyak bersabar sepanjang tu

    ReplyDelete
  3. Salam puan..nak tanya selepas psg iucd ni, kita spotting berapa harivye? Kira boleh solat ke x? Sbb sy solat tapi ragu2..tq

    ReplyDelete
  4. Salam puan..nak tanya selepas psg iucd ni, kita spotting berapa harivye? Kira boleh solat ke x? Sbb sy solat tapi ragu2..tq

    ReplyDelete
  5. Saya baru pakai iucd ni sebulan lebih..period mmg around 10hari..baru seminggu abes period, skrg dh period semula...saya jadi risau..mgkin ke iucd ni x sesuai dgn saya?normal ke period mcm ni bila pakai iucd?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kongsi pengalaman saya
      saya pakai iucd ni start 24/9 masa tu dlm pantang 55 hari. saya breast feeding. balik umah jer, darah mmg heavy smpai 6 hari. saya jumpa semula doktor yg pasang tu, dia bg ubat henti darah 2 jenis. lepas makan ubat tu darah dah kurg tp masih lg keluar sehingga 2 minggu pula. saya mmg tak selesa. saya jumpa semula doktor tu bgth darah masih lg keluar. doktor bg ubat antibiotik 2 jenis. lepas saya makan, darah keluar mcm kita dah nak last period, koko tp selangseli dgn keputihan yg byk. seksa rasa sbb terpaksa pakai pad jer.period pertama saya selepas pantang 60 hari tu dtg smpai 15 hari, dan 15 hari darah istihadhah. ini kali kedua dtg period. mmg kena kira mcm tu dah, solat kena cuci dulu pakai slim pad. Allah saja yg tahu susah nya dlm keadaan begini.

      Delete
  6. sy dah pakai iud hampir setahun lebih. masih fully bf. normally selepas pakai tiap2 bulan period normal. but ada 2 3 kali period lewat. tp tak la lama dari date sebenar. setiap kali tu mmg standby pregnnt test. but mmg negative. Now period dah lewat hampir 2 minggu. risau sgt. adakah masalah ini biasa terjadi bila memakai iud?? siapa pernah alami boleh share

    ReplyDelete
  7. sy dah pakai iud hampir setahun lebih. masih fully bf. normally selepas pakai tiap2 bulan period normal. but ada 2 3 kali period lewat. tp tak la lama dari date sebenar. setiap kali tu mmg standby pregnnt test. but mmg negative. Now period dah lewat hampir 2 minggu. risau sgt. adakah masalah ini biasa terjadi bila memakai iud?? siapa pernah alami boleh share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai puan... Saya baru baca thread ni even dah 2 tahun berlalu.. Saya nk tanya.. sekrg saya alami perkara yg sama mcm awak. Pakai iucd.. Now dh nk masuk 2 minggu delay period. Semlm dh check upt n result -ve. Puan dlu mcm mana ye after period delay 2 weeks? Saya pun risau juga sekrg ni baby masih kecil.

      Delete
  8. Saya dah 4 kali bertukar iucd dlm tempoh 18 tahun... :)

    so far alhamdullilah...

    ReplyDelete
  9. Normal ke pakai iud ada daraH sedekit & sedikit lendir coklat keluar selepas seminggu habis period. So far baru dua minggu alami.

    ReplyDelete
  10. Normal ke pakai iud ada daraH sedekit & sedikit lendir coklat keluar selepas seminggu habis period. So far baru dua minggu alami.

    ReplyDelete
  11. Normal ke pakai iud ada daraH sedekit & sedikit lendir coklat keluar selepas seminggu habis period. So far baru dua minggu alami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal puan..mmg period akan on off dlm waktu ni

      Delete
    2. Mcm ni kira boleh solat atau x ya?tp masih dlm kiraan 14hari

      Delete
  12. Saya baru sebulan dh pasang iud...nak tahu normal ke period ckit2 and on off??? Boleh sapa2 kongsikn pengalaman dan mcm mana nak selesaikn masalah free but..tq

    ReplyDelete
  13. Saya baru sebulan dh pasang iud...nak tahu normal ke period ckit2 and on off??? Boleh sapa2 kongsikn pengalaman dan mcm mana nak selesaikn masalah free but..tq

    ReplyDelete
  14. Saya pulak baru seminggu pasang IUD MIRENA ni....sbb endometriosis dan bleeding tak henti2 hampir 3 bulan sampailah sekarang. Senggugut makin kuat dan ada sesiapa yg pernah mengalaminya?....agak2 bila bleeding ni nak stop ye?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda alamai masalh yg sama dgn sy...doktor pakar syorkan pakai merina..sy dh pakai rm1300..tp nmpk gaya xmembantu la...

      Delete
    2. Pergi cek doc blk puan?mgkn x sesuai..tp awal2 mmg heavy period .sy ambk masa setahun baru period normal..mmg saba sungguh2 la

      Delete
  15. Kita masih boleh menungku atau tidak kalau Ada pakai IUD dengan Tujuan menungku untuk mengempiskan perut

    ReplyDelete
  16. Saya kini period 2minggu x stop pas 8bulan pasang iucd kali ke2..
    3thn pertama ok...

    Now masalah saya pas scan kedudukan iucd turun sket n dr bg ubat tahan darah.. sy still ada drah ag now dah 3 week.. apa ptut sy buat

    ReplyDelete
  17. Saya kini period 2minggu x stop pas 8bulan pasang iucd kali ke2..
    3thn pertama ok...

    Now masalah saya pas scan kedudukan iucd turun sket n dr bg ubat tahan darah.. sy still ada drah ag now dah 3 week.. apa ptut sy buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan cek balik dengan doktor jika darah terlampau banyak..masalah rahim rendah jgk boleh sebabkan icud turun ke bawah

      Delete
  18. As salam synk tnya sy bru 2bln pkai iucd..nurse ad ajr sy ble lpas bsama kne cek benang..sbln lpas sy cek msih ad benang..tp hri ney lpas bsama sycek bnang da xterasa..ada kah alat iucdsy msih okay?

    ReplyDelete
  19. Salam,adakah berat badan akan naik slepas pakai mirena ni?Mirena ni ada hormonkn..naik x bdn?

    ReplyDelete
  20. Klu pakai iud nie buleh ke berat bdn kita turun....sy nak turun kan berat bdn tpi dah mkn sikit n besenam berat still sama 58kg.kadang kdang 60kg...adakah pakai iud nie berat xbuleh turun

    ReplyDelete
    Replies
    1. In case yg sama untuk saya...baru 8 bulan pakai iucd..tapi berat badan melambung naik..xmenentu..period memeg o. Off...on lama..off nya 2/3hari shaja..memg seksa..now tengah planning nk keluarkan iucd..lain org lain ragamnya..effect yg berbeza beza..bgi saya mingkin cok..sbb sy ad history medical and polyp tyroid problem..but berat badan memg susah nk tu erun wlaupun mkn sedikit sahaja..mkn buah selama sebulan dan xmkn ap2 etc nasi atau makanan berat still xboleh turunkan berat badan..

      Delete
  21. Klu pakai iud nie buleh ke berat bdn kita turun....sy nak turun kan berat bdn tpi dah mkn sikit n besenam berat still sama 58kg.kadang kdang 60kg...adakah pakai iud nie berat xbuleh turun

    ReplyDelete
  22. Sy nk tanya...bila pakai iucd ni...lpas pakai dlm tempoh brp lama period akan dtg?then..bila bersama suami...sy mst berlaku pendarahan...mcm mn ye?ada siapa2 mengalami perkara yg sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berlaku pendarahan kate doc kedudukan iud tu turun/rendah..mintak cek doc ye puan Nurul

      Delete
    2. Salam puan, saya baru start pasang iucd nie dalam sehari..normal ke kalau ada bleeding..sya pasang lepas hbis period iaitu hari yg ke 9..

      Delete
    3. Salam puan, saya baru start pasang iucd nie dalam sehari..normal ke kalau ada bleeding..sya pasang lepas hbis period iaitu hari yg ke 9..

      Delete
    4. bleeding banyak ke puan? sekiranya period on off..sekejap sikit sekejap banyak tu normal..tp kalau bleeding terlalu banyak segera jumpa doc untuk cek semula kedudukan iucd

      Delete
  23. Saya dh pakai iucd ni dh setahun..masa pasang iucd tu anak saya umur setahun..skrg anak masih lg bf..sepanjang setahun pakai iucd ni period saya mmg x teratur n on off..on 14 hari kdg2 11 hari..lebih dari seminggu..bulan ni period saya pun x teratur & akan ada pendarahan sehari slps bersama suami..saya risau..ada y kata pendarahan slps bersama suami tanda2 kanser rahim..skrg ni darah masih keluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan,jumpa doc segera ye.maklumkan ada pendarahan selepas bersama..doc akan scan semula kedudukan iucd.takut terlalu rendah kedudukan iucd tu..smga semua ok hdjnya

      Delete
  24. salam puan

    saya psg iud 5hb 4 dan bleding smpi 11 hari.tak sure period or bleeding biasa sbb sy confuse.on sekejap pastu bleeding balik lps bersama suami until arini.kuantiti biasa tidak heavy.adakah normal.next appointmnt 12hb 5 untk scan iud tu

    ReplyDelete
  25. Salam puan...
    Saya pengguna iucd slma 1 thun 5 bln..tp smnjk 4 bln ni..saya rsa x selesa...lbh2 lg masa bsama suami..stiap kli lpaz bsama suami...mst blku pndrhan....dn bt sy rsa x selesa n sakit....bru2 sy rsa benang alat iucd sy smkin trsa n bila d priksa sndri sy dpt rsa alat iucd sy mcm nk tkluar . saya rsau sgt2...sbb dalam masa yg sama....saya akn mngalami sakit pinggng n x selesa bila bjln....tlng sy puan.....

    ReplyDelete
  26. Hi..saya dah pasang iud selama 3bulan, 2kali period darah hari2 byk..bln p1 period 18 hari,kali ke 2 period sejak 9/5 sampai skrg 2/6 x hbs2 lg.tiap hari darah byk..pernah scan & doctor ckp iud dikedudukan y betul.. mmg normal ke macamni? Period terlalu lama buat rasa was2 untuk solat.

    ReplyDelete
  27. Saya dah pakai alat ini pada july 2015.bila bayi umur 45 hari.tak period lps abis pantang dan selepas 20 bulan umur bayi saya barula saya period.tp masalah juga sebab hari 16 atau 17 selepas period ada lendiran darah coklat merah yg keluar.kuantiti sedikit.bingung saya.

    ReplyDelete
  28. Tumpang tanya.. sy start pakai iud ni masa dlm pantang dlm bulan 3, sampai sekarang sy xdatang period langsung, ada lah dalam 5bln lebih. Masa masukan iud tu mmg ada bleeding sekejap dlm berapa hari je. Selepas tu sampai sekarang sy tak datang period. Itu normal ke??

    ReplyDelete
  29. Saya memakai iucd pada hr ke 6 period..masa tu period dah nak kering.. tp selepas pasang ada kuar darah.. kuantitinya x byk..hari ni dah hr ke 9 keluar darah. Adakah normal

    ReplyDelete
  30. Saya pki iud ni da 2 mggu lps keguguran, pendarahan masih ada x berhenti dr hari msuk iud..tp x heavy, light je..normal ke?.,biasa sampai brp hari pendarahn akn berhenti lepas masuk iud?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya harapkan masalah puan dah selesai. Semoga dipermudahkan

      Delete
  31. sy baru buka iucd...mmg akan ada rasa bengkak ke rahim kita selepas buang iucd..?sy perasan lepas buang nurse tunjuk iucd sy bengkok ke atas ..adakah dia tarik kuat sgt?boleh share x pengalaman sis2semua selepas bukak iucd

    ReplyDelete
    Replies
    1. macamana sis tahu rahim bengkak? iucd ni boleh berubah2. mga dipermudahkan

      Delete
  32. Slm puan saya da gunakan iucd hampir 11 bulan... Masalahnya period tuk bln ni agak berbau sehinggalah selepas haid... Adakah saya terkena jangkitan n apa yang perlu saya lakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya harapkan masalah puan dah selesai. Sekiranya berbau atau ada masalah cepat2 jumpa dr

      Delete
  33. Assalam, sakit tak proses membuka iucd ? rasa takut la pula, coz sy dah pakai selama 3 tahun, jd rancang nk buka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sakit puan..memang mula-mula takut jugak..tapi dr tarik terus keluar..takde rasa apa pun

      Delete
  34. Sy bru je bukak iucd kamis bru ni then arini sabtu masuk hari ke tiga. Belum tamat lg due tp dr saran bukak sbb sy skt abdomen bwh belah kiri dan ke pinggang. Scan hritu plk double line tp kabur. Then dr scan xde ape2 cuma suspect antra 3 case iaitu ectopic (prgnt luar rahim), early pregnant dan radang rahim. Sy cek di klinik swasta then refer to kk. Pastu cek esok d kk urine negatif plk. Scan xde ape2 iucd in situ. Kamis esoknya buang iucd. Ms buang tu sdkt mslh sbb sy xdtg period tp sbb sy alami mslh skt tu dr saran buang. Skt tau bila buang ms xdtg priod pastu iucd sy duduk tepi rapat kt bwh dr kate sush skit nk cabut keluar. Ms dr cbut die kata mcm ada radang skit kt pintu rahim sy nampk merah je dan bila alat tu dh dibuang sy tgok ad drh tp sikit je. Esoknya sy demam berlarutan ni masuk hari ketiga xkebah2. Nk kna jumpa doc hrini. App hritu dia bg 2 mggu lg lps cbut utk review dan 2 bulan lg utk cek utk kanser rahim. Guys doakan sy tau ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan ye sis dan semuanya baik2 hendaknya

      Delete
  35. Saya pakai iucd thn 2015 time anak 1st 6 bulan... Mmg period on off... Sikit2 je... X penah pki pad... Pki panty liner je... Lepas 6 bulan saya pki iucd... Saya pregnant anak 2nd with iucd... Alhamdullilah da setahun 8 bulan da anak 2nd saya... Time pki iucd mmg x rase apa2...selesa je... Smpi mengandung x perasan... Sy x pndai cek benang time tu... Sy consider sume ok je... Tp xpe... Alhamdullilah... Selamat bersalin... Iucd kluar sendiri time mengandung 32 weeks... Kena warded sbb bleeding disbbkan iucd da ade btol2 dkt pangkal rahim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ,semua selamat puan..kalau Allah kata dh rezeki,mmg rezeki kan walau pakai iud pun..tahniah pun dapat baby..lps ni jgn serik pakai iud lg:-) mmg kene cek kedudukan benang tu..dia boleh turun ke bawah

      Delete
  36. Salam puan . selepas pakai sy pasang iucd , sy ada bersama suami . tpi suami kata x rasa apa² pon . kali kedua bersama , dia bagitahu ada rasa benda cucuk² kena kat kemaluan dia . adalah iucd tu dah tidak berada di kedudukan asal atau bagaimana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  37. Sy suda 11bulan pakai iud ni.. Sblm.nie okay sj.. Setiap bulan period.. Fully bf baby.. Tp mmg ada masa dia lambat sikit.. Skrg nie suda masuk 2mggu lbh sy lmbat period.. Cek preg test negative pula.. Adakah ini normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai puan..saya sekrg alamai masalah yg sama mcm puan tulis ni. Saya start pakai iucd masa anak umur 6 bulan pada ogos 2018. Then bulan 9 period turun. Bulan 10 delay period 9 hari. Lepas tu cycle ok. Then now bulan januari 2019 dh delay hmpir 2 minggu n dh check UPT negative. Normal ke tu? Puan dlu mcm mana? After period delay 2 minggu?

      Delete
    2. sy pun sedang mengalami masalah yang sama sekarang, sebelum ni period ok, last yr bln sy pakai dalam bln 7, now period delay almost 2 weeks, risaunya, normal ke ni

      Delete
  38. slm puan sy dh hmpir 8 bln pkai iucd n bressfeding sy stat period smla bln 7 n bln 8 pn ok period tpi bln smblan dh hmpir smggu lbih lwat period adakah ini normal. sy slu cek bnang ada je tkot la plak.

    ReplyDelete
  39. Kawan pernah bagitahu dia pakai iucd selama 16tahun tak buka.Tapi still tak pregnant?Begitu hebat ke IUCD?

    ReplyDelete
  40. maaf ye. saya baru je guna iucd ni. 2hb mei 2019 saya pasang. 3hb mei saya start bleeding macam yang period last. darah masih keluar sampailah ke hari ini. 06hb mei 2019. normal ke? sebab saya dah period 25hb april dan baru habis period. nak tanya adakah ianya normal berdarah? terima kasih.

    ReplyDelete
  41. asslam...nk tnya skrng sya sdh pakai iucd slama sebulan lebih...tp period on off..tp dlm kuantiti sedikit..sehari klua..sehari takk...adakah itu normal..

    ReplyDelete
  42. lpas kLhiran k3 ni igt nak pakai iud bila bca komen mcm seram pula... makan pil sllu lupa,bert pula mndadak naik..emosi x mnentu... perna pakai jarum 3 bulan tp adui skit sendi2 sgala tulang2 sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah puan, setiap individu kesan berlainan.mungkin sesuai dgn puan. iucd cara paling selamat dan berkesan berbanding yg lain2

      Delete
  43. Sy dah 2thn lebih paka iud.. sepatutnya bln 7 ni buang..period on off selang kadang 5hr 10hr..memang darah byk..dah jumpa doc utk remove..scan iud ok cuma tak jumpa tali..terpaksa jumpa pakar utk buang..harap tak lah sakit nantišŸ˜­..

    ReplyDelete
  44. Iud saya ada turun...apa yg saya patut buat..perlu kah pergi ke klinik utk atur kan balik...rasa sakit tu takda lah..tpi peroid saya bnyk..masa saya cucuk ke dlm tu rasa mcm iud nak terkeluar..masa tu saya dlm period lgi..apa saya patut buat..

    ReplyDelete
  45. Assalam, sy telah memggunakan IUD selama 3bln. Period sy mmg ttp tp banyak(overflow) dr sblm nie semenjak menggunakannya. Tapi kali nie sy dpt rasakan talinya terkeluar diluar. Adakah kedudukan IUD sy lari dr kedudukan asalnya? Perlukah sy rujuk klinik semula? Apakah yg patut sy buat?

    ReplyDelete
  46. Salam nk tnye lpas pakai iucd ni biasa period Sy normal stiap 7hb dtg tp bln lpas je dia dtg 1hb...tp bln ni xdtg2 lg dh seminggu lewat klau ikutkan...mcm mne ye ada in normal?

    ReplyDelete
  47. Salam saya nak tanga harap dapat bantu, lepas pasang iucd darah sikit keruh2 tapi hari ke 3 darah mcm period dari sgi warna merah dan coklat. Saya syak period . Tapi sy was2 tu period atau pendarahan. Bau dia agak hanyir . Saya masih menyusu badan . Anak 4 bulan . First time pakai. Sebelum ni sy makan pil . Dan bila sy makan pil sy mmg xkan period langsung selama 2 tahun . Saya pakai icud ni sbb sy ada period tapi tak pregnant..

    ReplyDelete
  48. Sy nk tnya Sy dh pkai IUD dh setahun.period still on off..risau rsa.apa perlu Sy buat.perlu dibuka ke atau sabar

    ReplyDelete
  49. sy juga ada masalah keluar darah cair ni.. sehari sebelum darah haid keluar, darah cair ni akan keluar dahulu..mcm spotting gitu la..dah brp bulan rasanya jd gini sy pn tak igt..so bila darah cair tu keluar memang sy anggap tu dah period..sy pon tak solat lah..masalah nya keluar sikit je lepastu stop 1 2 ari baru keluar yg berlambak tu..hmm harini puasa ke 22..darah cair tu keluar semalam bberapa minit sbelum buka puasa..dlm hati kata batal la puasa ni darah dah keluar..tapi harini mang takda langsung darah, sy dah ponteng puasa & tak solat..skrg ni sy dok pikir2 google info bagai..baru la jumpa mcm2 ya artikel brkaitan..lega nya rasa apa2 pn kena la yakin yg darah tu bukan darah period..ada 1 artikel tu
    ''Cuma apabila sudah pasti bahawa darah itu bukanlah darah haid, maka hendaklah dia mengqadhakan kembali solatnya. Namun jika darah itu terlalu sedikit, maka cukuplah dia izalah (basuh najis darah itu), berwudhuk (kerana keluar sesuatu membatalkan wudhu') dan wajiblah dia menunaikan solat.''
    harap nya semua ibu-ibu pakai iucd ni dpt cari ilmu bguna utk panduan sndri..
    Alhamdulillah.. Allah gerakkan ati baca prkongsian kt sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2654-al-kafi-839?question=0?templateStyle=17

      Delete