Pages - Menu

Apr 2, 2015

Berhati-hati dengan Penipu GST!!

Semalam 1 April 2015 mencatat sejarah dalam negara kita apabila pelaksanaan kutipan cukai GST mula di laksanakan sepenuhnya.

Ramai yang menunjukkan resit pembelian di medial sosial Facebook di hari pertama GST dan terpaksa akur dengan caj yang dikenakan.

Saya sendiri pun masih kabur dengan beberapa barangan GST seperti topup prepaid tu sebenarnya dikenakan GST atau tidak..



Barangan kawalan seperti beras,gula,minyak,ikan,ayam TIDAK di kenakan GST ya..

Pagi tadi sempat saya mendengar kupasan dari TV al Hijrah berhubung GST ini..

Pertama sebagai pengguna,kita perlu ketahui bahawa setiap resit yang di keluarkan mempunyai nombor ID GST.

Kedua pastikan kita semak sekiranya ia mempunyai kenyataan seperti di bawah:



Terdapat akta kawalan harga dan Anti Pencatutan 2011 di Malaysia yang boleh membantu para pengguna supaya tidak menjadi mangsa penipuan harga barangan.

Sekiranya ada peniaga yang sepatutnya tidak layak mengenakan GST tetapi mengambil keuntungan sama dengan mengenakan GST ini,AWAS ya..terdapat hukuman berat untuk mereka iaitu:


- Denda maksimum rm100 000 bagi kesalahan pertama atau 3 tahun pertama penjara

Mahkamah khas GST juga telah diwujudkan oleh kerajaan untuk menguruskan kes penyalahgunaan GST ini. 

Jadi sebagai pengguna,kita mempunyai hak untuk melaporkan aduan sekiranya terdapat peniaga yang menyalahgunakan kuasa dan mengambil kesempatan atas kenaikan harga barang mereka.

CARA MEMBUAT ADUAN MENGENAI KENAIKAN HARGA SESUKA HATI

Cara untuk membuat aduan :-

1- SMS

Taip KPDNKK ADUAN hantar ke 15888

2- TELEFON

Hotline 1800886800
KPDNKK 0388826245
KASTAM 1300888500

3- EMAIL

e-aduan@kpdnkk.gov.my

4- PORTAL ADUAN

eaduan.kpdnkk.gov.my
aduan.customs.gov.my

Untuk mendapatkan maklumat mengenai harga barangan yang dikenakan atau tidak dikenakan GST, sila layari ebook.kpdnkk.gov.my

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai GST,bolehla layari www.kpdnkk.gov.my @ gst.customs.gov.my


APLIKASI 'MyKira GST'

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah melancarkan aplikasi telefon mudah alih ‘MyKira GST’ yang membolehkan pengguna membuat semakan segera impak cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap harga lebih 10,000 barangan.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata aplikasi yang dibangunkan KPDNKK dengan kerjasama MIMOS Bhd itu juga membolehkan pengguna yang tidak berpuas hati membuat aduan terus melalui saluran e-aduan yang disediakan.

gst
Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store mulai sekarang manakala bagi Apps Store pula pada minggu pertama April.

Sebagai pengguna, eloklah kita praktiskan  konsep 3M semasa membuat pembelian barang iaitu:

  • M memilih
  • M melapor
  • M memboikot

View image on Twitter

Untuk selamat,jadilah pengguna yang bijak dan semoga kita terselamat daripada peniaga-peniaga yang tidak jujur dan ingin mengaut keuntungan.

SELAMAT BER 'GST'

No comments:

Post a Comment