Pages - Menu

Apr 11, 2015

7 Petua Hilangkan Bau Ketiak

Bau ketiak sangat menjengkelkan dan merimaskan.Bukan sahaja pada diri tetapi pada orang sekitar kita..Hari ini nak share tips bagaimana cara nak hilangkan bau ketiak busuk.Mungkin nampak sangat mudahkan tetapi jika kebersihan ketiak tidak di jaga sebaiknya ia mengundang perasaan kurang enak terutama kepada para suami..So,jangan ambil mudah ya isteri-isteri semua:-)


Petua mudah dari alam sekitar untuk hilangkan bau ketiak:

1. Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.

2. Rebus 5 helai daun sirih dan 5 kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan gula merah. Amalkan meminumnya 3 kali seminggu.

3. Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama 8 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 3 kali seminggu.

4. Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan 3 kali seminggu.

5. Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.

6.Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makan 3 kali sehari. Bau ketiak dan juga badan akan hilang.

7. Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama 40 hari sebelum hari pernikahan.

*SELAMAT MENCUBA:-)

No comments:

Post a Comment