Pages - Menu

Mar 22, 2015

Seminar Komunikasi Bahagia bersama Pak Utih

Assalamualaikum..


Sharing sedikit seminar yang saya hadiri semalam,seminar komunikasi Bahagia 3.0 Anjuran Bangi Bandar Ilmu dan Persatuan Generasi Prihatin ( GenP) yang telah berlangsung semalam 21/3 di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi..



First time hadiri ilmu dari Pak Uteh membuatkan saya teruja kerana saya tahu ilmunya cukup meluas dalam bidang komunikasi suami isteri dan saya percaya hadirin yang hadir sangat seronk mendapat ilmu ini. 

Membawa tajuk 'Kita berbeza tetapi bahagia' di kupas begitu baik oleh Pak Uteh. Pertama kali selepas 9 tahun hidup bersama suami,saya baru tahu dan faham ragam dan gaya orang lelaki/suami:-)

Seminar ini di selangi beberapa video yang memudahkan kami untuk faham. Gaya santai dan bersahaja Pak Uteh membuatkan kami sering ketawa 



Perbezaan Antara Lelaki dan Perempuan

 Lelaki suka;
(1) gadget, machine, kereta, dan tengok perkara-perkara yang bergerak.
(2) objektif, simple, cepat dan menyelesaikan masalah
(3) jadi hero, dihormati dan dipercayai dan menjadi rujukan.
(4) diam dan berfikir sebelum bercakap
(5) one topic at a time
(6) one action at a time
(7) no news, silent, means good news
(8) cerita kelakar, action dan misteri
(9) cakap ape di hati
(10) maintain je setting
(11) makan,main,tido
(12) tengok zoom, jauh, xkesah ape sekitar dia, yg penting semua selamat dan matlamat tercapai.
(13) decisive, objective, focus
(14) isteri yang berbadan cantik dan pandai masak sedap
(15) bincang tentang ekonomi, isu semasa
(16) lihat pemandangan alam
(17) tak kesah ttg fesyen perempuan, dy minat badan je
Lelaki tak suka;

(1) dengar leteran perempuan membebel
(2) dapat soalan subjektif, jawab soalan kenapa kenapa kenapa
(3) gangguan bunyi yang banyak
(4) bunyi baby menangis
(5) dibandingkan dengan lelaki lain yang lebih bagus.
(6) cerita ttg kerja, keluarga, sejarah hidup
(7) dapat arahan bundle dari isteri, sepatutnya bagi satu, selesai baru beritahu satu lagi.
(8) teman/pergi/tunggu isteri shopping
mile emoticon
Perempuan suka;

(1) membaca, berkomunikasi
(2) subjective dan suka cakap terbalik dari ape yang ade di hati dan sentiase ade maksud tersirat
(3) share problem, walaupun tak selesaikan masalah
(4) berfikir selepas cakap
(5) buat pelbagai perkara serentak
(6) memahami perasaan dan keadaan orang lain
(7) setia dan menjaga semua perkara
(8) membezakan banyakbjenis ton warna dan corak warna
(9) kepelbagaian, keseronokan dan bahagia
(10) cerita romantic, emotionally driven
(11) pujian dan suami bersama isteri
(12) suami ceritakan kerja, perkara lepas, keluarga
(13) ingat kesilapan, perkara yang sedih dan gembira.
(14) wide angle view, tapi x jauh.
(15) alert warna dan fesyen, shopping
(16) dihargai
(17) suami always update bila outstation atau pergi oversea
(18) teringat rumah bila pergi oversea
(19) merajuk manje
Perempuan tak suka;

(1) panas baran, ego lelaki
(2) cemburu buta
(3) penampilan suami yg selekeh
(4) ditipu lelaki atau suami
(5) dimarah
(6) lelaki lupa tarikh
(7) masakannya tak dijamah atau dikritik x sedap

1. Anak itu lahir dgn fitrah, anak itu juga adalah kain yg putih. Fitrah dan warna ini boleh berubah dgn 3 faktor. GENETIK, PEMAKANAN, dan PENDIDIKAN. Dari ketiga tiga faktor ini pendidikan adalah pengubah yang paling kuat.
2. Lelaki ini material oriented, mereka sukakan barang. Mereka akan 'main' dgn handphone, pancing, kereta, bola, robot. Perempuan pula people oriented, mereka suka orang. Mereka akan 'main' dgn orang.
3. Otak wanita 10% lebih kecil dari otak lelaki. Lebih kecil lebih sempit, jadi darah dalam otak wanita bergerak 15% lebih laju. Sebab itu kita boleh lihat perempuan lebih laju. Otak mereka 'berlari' sentiasa. Lelaki lebih 'rileks'.
4, Otak kiri lelaki lambat matang atau lambat develop,Sebab tu mereka lambat bercakap,lambat menulis,lambat mengira..Kadang-kadang ada yang sampai usia 21 tahun baru matang.
5.  Sel-sel aktif semasa mendengar :
  • Lelaki - Kebanyakan aktif hanya sel kanan
  • Perempuan - kedua-dua belah sel telinga berfungsi dengan baik


Bagaimana suami mahu bahagiakan isteri cara mudah?
  • Always update/story dgn isteri. Isteri rasa lebih dekat, walaupun anda berbatu jauhnya. Letak reminder kat handphone kalau perlu.
  • Suami selalu tak dengar arahan atau cakap isteri. Bukan kerana pekak tapi cara isteri cakap salah. Cara yang betul adalah. 

A) beri satu persatu arahan. Ingat otak lelaki perlahan, tak seperti otak perempuan. Ibarat komputer lama dan baru. Jadi jangan bagi arahan baru kalau tugas lama sedang dibuat. 

B) kalau bertanya pandangan suami tentang tudung atau nak makan apa, jangan tanya soalan berbentuk subjektif, beri pilihan jawapan ( Objektif)

C) jika lelaki sedang buat sesuatu jangan bagi arahan, tapi jika perlu beri arahan bagi tempoh 10 minit utk lelaki tukar dari arahan A ke B. Almaklumlah, kami otak kami ram sikit je. 

D) ulang arahan. Tak perlu marah-marah.

TELINGA LELAKI sistem MONO bermaksud apabila mata dan telinga fokus serentak benda sama. Contoh apabila menonton TV,mata dan telinga di gunakan fokus hanya pada TV. Sekiranya pada masa ini si isteri ingin mohon bantuan suami,jangan terpekik-pekik atau terjerit-jerit,cukup pergi dekat padanya dan alihkan pandangannya kepada anda wahai isteri dan baru maklumkan apa bantuan yang  anda perlukan:-)

TELINGA PEREMPUAN sistem STEREO bermaksud semua benda boleh di dengari dan di jalani serentak. Mata dan telinga boleh fokus pada banyak tempat. Contoh,sambil menonton TV boleh bermain dengan anak,boleh sambil melipat kain dan lain-lain:-)

Saya baru tahu rupanya LELAKI @ SUAMI sangat STRESS mendengar BAYI MENANGIS. Jika mereka boleh bertahan dengan anak anda bermakna dia mencuba dan kasihi dia sebab dia telah meruntuhkan egonya:-) Kebiasaan 5-6 bulan pertama selepas kelahiran bayi,suami akan stress mendengar bayi menangis namun apabila ia menjadi rutin ia akan serasi kepadanya.

Perempuan suka cakap TERBALIK??

Hehe..kene atas batang hidung sendiri:p
  • Saya tak kisah maksudnya saya nak nak juga
  • Tengokla = saya tak mahu
  • Abang letih ke? = jom keluar
  • Terpulanglah pada abang = ikut aje cakap saya
  • Sedap ke mee tu bang? = nak rasa mee tu
Pak Uteh pesan kalau kita keluar makan dengan suami dan anak-anak,pastikan order makanan jenis lain-lain.Sebab kebiasaan si isteri akan 'mencuit/merasa' semua makanan yang ada.


ORANG PEREMPUAN SETIAP 10 MINIT - AUTOSAVE
ORANG LELAKI SETIAP 10 MINIT - AUTODELETE

Otak Lelaki - Mono Tracking (nipis) - jika pakai kanan dia akan pakai kanan je ,kiri pakai kiri je
Otak Perempuan - Multi Tracking (Nipis dan tebal) - macam-macam idea ada



Pak Uteh suka senyum:-)


 
okla itu sedikit sebanyak yang dapat saya share, Perkongsian beliau sangat menarik.Saya rasa dengan harga bayaran hanya RM10 sangat-sangat Valuable dan tak dapat di bayar nilainya.

Ini program kali ke 3 dianjurkan oleh GenP dengan kerjasama BBB.Insyaallah lepas ni akan menyusul pelbagai lagi aktiviti dan seminar yang lebih menarik untuk semua..

Untuk mendapat info lanjut mengenai sebarang aktiviti bolehlah like Page Persatuan generasi Prihatin


Credit: FB Persatuan Generasi Prihatin

No comments:

Post a Comment