Pages - Menu

Mar 26, 2015

PETUA BAHAGIA: BANGKITKAN PERASAAN GEMBIRA

Tips menarik yang boleh kita amalkan untuk rasa bahagia dan gembira selalu:



1. BANGUN AWAL PAGI. 

Bangun awal pagi dan tidur awal akan membentuk rutin yang positif untuk badan dan fikiran. Kita akan lebih bertenaga, segar dan bersemangat sekiranya bangun awal pagi. Buka tingkap dan pintu serta nikmati cahaya matahari yang pertama menyinari bumi. Ia umpama kekuatan yang dibina untuk kita menghadapi jam-jam seterusnya yang lebih mencabar.

2. BERSENAM SETIAP HARI. 

Ini yang paling sukar tetapi kesannya sangat bermanfaat. Bersenam bukan hanya baik untuk kesihatan fizikal tetapi juga memberi kebaikan kepada minda kita yang penat berfikir dan menghadapi masalah. Bersenam memudahkan kita rasa gembira. Bersenam juga membuatkan kita tidur lebih lena. Ya, tidur lena adalah aspek penting mendapatkan hari yang lebih sempurna, bertenaga dan menggembirakan.

3. ‘UPAHLAH’ DIRI SENDIRI SELEPAS PENAT BEKERJA. 

Ia mungkin minum kopi sendirian di sebuah kedai kopi sambil membaca akhbar. Boleh saja minum kopi atau teh peppermint di kerusi taman rumah anda atau jendela sambil merenung pemandangan alam sendirian.

4. BELAJAR PERKARA BARU. 

Percayalah, sekiranya anda mempelajari cara membuat cucur badak yang sedap kemudian menikmatinya bersama orang tersayang, ia menjadi sesuatu yang sangat menggembirakan.

5. MERANCANG SESUATU YANG BARU SEBAGAI CABARAN KEPADA DIRI SENDIRI. 

Jika sekarang bersenam seminggu sekali, cuba pula buat seminggu dua kali. Perkara ini akan menggembirakan hati apabila kita berjaya melakukannya. Tidak salah mencuba!

6. SELALULAH MENOLONG ORANG WALAU SEKECIL MANA PUN. 

Membantu dan menceriakan orang lain memberi kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Bukan hanya kewangan tetapi tenaga, sedekah lauk-pauk dan lain-lain lagi.

-Datuk Dr Maznah Hamid-

No comments:

Post a Comment