Pages - Menu

Feb 6, 2015

5 perkara tingkatkan dan tajamkan potensi anak supaya menjadi insan hebat

Assalamualaikum..

salam jumaat penghulu segala hari..Allahuma solli ala Muhammad..

Pagi tadi sambil menguruskan anak-anak dirumah sempat menonton Nasi Lemak Kopi O dengan kupasan menarik oleh Dr Tengku Asmadi mengenai potensi anak-anak yang perlu di gilap oleh ibubapa dari kecil.

anak hebat



Antara 5 perkara yang dapat tajamkan dan tingkatkan potensi anak-anak adalah:

1) Fokus

Kerap kanak-kanak hilang fokus ketika belajar dan juga mereka kerap cepat bosan dan multitasking.Suka buat banyak benda dan bermain dalam masa sama. Ajar anak untuk fokus 1 benda sahaja pada masa sama.

Anak hilang fokus semasa belajar adalah disebabkan oleh pemakanan. Contohnya anak-anak tidak bersarapan sebelum ke sekolah.Bagaimana anak-anak mahu bertenaga dan fokus dengan keadaan perut lapar dan lesu?

Pastikan anak-anak mengambil sarapan sebelum ke sekolah. Elok mengambil madu lebah,makanan berkhasiat dan tinggi protein untuk tumbesaran dan bawa bekalan air masak ke sekolah.Pastikan anak-anak habiskan botol air berisi tersebut di sekolah.

Anak-anak juga boleh mengambil jenis kekacang dan supplemen kanak-kanak untuk tingkatkan daya tumpuan dan kecerdasan IQ serta memberi tenaga.


2) Mengasah bakat

Asah bakat anak-anak sejak dari kecil lagi.Sekiranya mereka berminat dengan sukan seperti berkuda,memanah,bermain bola sepak teruskan minat mereka ini. Kini di Malaysia, sukan memberi potensi besar untuk berjaya cemerlang dan di jadikan sebagai profesion.Cari jurulatih jika mampu dan beri sokongan penuh pada minat dan bakat anak-anak


3) Disiplin

Disiplin tinggi sangat penting di terapkan pada anak-anak.Contohnya jika anak-anak membuat kerja,pastikan ia berdisiplin dan buat sehabis baik.

Contoh ia ibarat seperti orang ke GYM untuk exercise. Dia akan exercise dan paksa diri untuk mengangkat berat untuk membina otot.Walau sakit,dia paksa juga buat dan buat lagi sehinggalah muncul otot-otot. Begitulah ibarat disiplin ni perlu di paksa,buat dan terus buat sehingga berjaya membuat yang terbaik.


4) Mementingkan Kualiti

Elakkan anak-anak dari cepat berpuas harti dengan hasil kerja. Sebagai  contoh si ibu mintakan anak siapkan latihan matematik.Pastikan anak menulis dengan cantik,jalan kerja tersusun atur dan kemas selain jawapannya tepat. Dengan ini ia membantu anak-anak untuk memberi kerja dengan terbaik sejak dari kecil. Kanak-kanak yang di asuh dari kecil dengan sikap kerja cermat dan memberi hasil terbaik akan lebih berjaya dan akan memberi lebih dari jangkaan apabila dewasa kelak


5) Berfikiran positif

Sikap positif sangat penting diterapkan dari usia kecil lagi. Latih anak-anak untuk menerima hukuman,ganjaran dengan sikap positif.

Contohnya jika ia di marahi guru atau dikenakan hukuman,bagi penjelasan dan minta mereka menerima dengan positif. Katakan ia adalah proses pembelajaran untuk mejadi insan pandai dan berjaya.


Tiada kejayaan paling manis buat ibubapa melainkan melihat anak berjaya dan menjadi insan soleh-solehah.

Antara doa-doa yang boleh di amalkan oleh ibu bapa untuk anak-anak adalah:


1. Baca Al-Fatihah (1x)

2. Baca Ayat Kursi (1x)

3. Baca surah Al-Insyirah (1x)

4. Baca surah Toha (ayat 1-5) (1x)


Semoga kita sebagai ibubapa sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak sejak kecil dan sentiasa mendoakan mereka setiap hari supaya hidup mereka berjaya dunia dan akhirat..Insyaallah..ameen

No comments:

Post a Comment