Pages - Menu

Jan 31, 2015

Tanda-tanda penyakit SLE dan cara mengatasinya merebak lebih buruk kepada pesakit

Semalam dalam group Whatsapp saya dapat berita kawan baik kepada kawan saya sudah menghidap stage 4 untuk penyakit SLE.Keadaannya sangat lemah sehinggakan doktor membuat keputusan untuk korek bahagian leher.Saya pun tidak pasti sangat keadaanya dan dikhabarkan sangat menyedihkan.Suami dan ahli keluarga menitis air mata melihat keadaan pesakit.Tanda-tanda penyakit SLE ni pun lambat di kesan dan berbulan-bulan baru dapat tahu dirinya menghidapi penyakit SLE ini.

Masyaallah,ngeri pulak bila dengar tentang penyakit ini.Hari ini saya nak share sedikit info yang saya baca dan semoga kita sama-sama dapat menjaga kesihatan diri dan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengetahui ada penyakit ini.


Apakah itu penyakit SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

 “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).


Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.



Tanda-tanda penyakit SLE
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah



Cara Menangani SLE

  • Pesakit-pesakit SLE perlulah sentiasa mengekalkan cara hidup yang sihat dan menjauhi dari gangguan fizikal dan emosi. Elakkan stress dan sentiasa berfikiran positif
  • Mengamalkan cara hidup yang aktif boleh membantu pergerakan sendi serta boleh mengelakkan risiko sakit jantung. Walaubagaimanapun seseorang pesakit itu tidak boleh terlalu aktif. Pendekatan yang terbaik ialah dengan melakukan senaman ringan berselang seli dengan berehat dan bersantai.
  • Mengambil ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dan sentiasa membuat rawatan untuk mengetahui keadaan diri
  • Mengelakkan dari terkena sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Ini kerana ia boleh menyebabkan terjadinya ruam pada kulit.
  • Memakai pakaian berlengan panjang,menyapu krim pelindung cahaya matahari (UV) dan memakai topi atau tudung sesuai untuk menlindungi diri dari komplikasi
  • Jauhi dari merokok kerana ia boleh aktifkan SLE ini



Saya juga sangat tersentuh hati membaca luahan dari pesakit SLE ni dan salah seorang master Shaklee iaitu Master Iffah..Beliau telah mencuba mengambil supplemen shaklee iaitu Vivix,cecair tonik yang sangat bagus untuk masalah penyakit kronik.







Ikhtiar SLE dengan Resveratrol



Kebiasaan pesakit SLE terpaksa mengambil ubat steroid seumur hidup yang boleh memberi kesan kepada kerosakan buah pinggang . Puan Rosmaini anak beliau di uji dengan SLE dan beliau berikan  vivix kepada anak beliau sebagai ikhtiar. Alhamdulillah badan semakin pulih dan sihat, dan steroid pun dah boleh tinggal sedikit.

Apapun,jangan berputus asa dengan ujian Allah ini. Banyakkan bersabar bagi anda penghidap SLE ni dan saya doakan anda kuat dan di beri kesembuhan dan kemudahan dalam menghadapi ujian ini..

Credit



Jan 30, 2015

Cara mudah hafal sifir sekolah supaya anak-anak gembira menghafal

Pejam celik pejam celik dah nak habis bulan januari tahun 2015 ni..

Anak-anak pun dah mula persekolahan hampir 3 minggukan..hari hari penuh sibuk bagi guru,ibu bapa dan anak-anak semua.

Semalam saya mengajar anakanda hanis tahun 2 matematik.topik bundar dan cerakinkan..

Lama tinggal alam sekolah ni kene rujuk semula buku teks sekolah,baru boleh ajar anak buat latihan sekolah..hehe,alhamdulillah anakanda hanis boleh faham.cumanya matematik ni perlu latih tubi yang banyakkan dan perlu buat setiap hari.

Teringat dahulu selalu score matematik dan sangat suka kalau dapat buat kat depan papan hijau tu..

Hari ni saya nak share sedikit teknik hafal sifir supaya anak-anak dapat ingat dengan mudah..semoga ia membantu anak-anak semua

Jan 28, 2015

Bagaimana mencari khusyu dalam solat

Seseorang bertanya kepada Sayyidil Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. "Bagaimana agar kita boleh khusyu' dalam solat?" Lalu Sayyidil Habib Umar bin Hafidz menjawab: " Seseorang di katakan khusyu' jika memenuhi 6 syarat ini, yaitu:

1. (Hudurul Qolb) Hadirnya hati.

2. (Tafahhumul Ma'ani) Memahami erti atas apa yang kita katakan dan yang kita sedang lakukan.

3. (Al ijlal watta'zhim ) Adanya rasa mengagungkan dan memuliakan kepada Allah. Terkadang kita hadir hati, mengetahui arti, tapi tanpa pengagungan, perkara ini seperti seseorang yang memahami perkataan anak kecil tetapi tidak terlalu menghiraukannya.

4. (Al ijlal watta'dzhim ma'al Haibah) Hendaklah merasakan kemuliaan dan keagagungan tadi di iringi dengan rasa haibah (kewibawaan).
Haibah: Rasa takut yang timbul kerana mengagungkan Allah yang Maha Agung. Takut solat kita tidak di terima oleh Allah.

5. ar-Roja', perlu ada sifat berharap agar solat kita di terima oleh Allah. ianya juga menjadi sebab dekatnya kita kepada Allah serta mengharapkan mendapat balasan yang agung.

6. Haya': Adanya rasa malu bahawasannya kita tidak menunaikan hak Allah dengan kehendaknya.

Kemudian Habib Umar mengatakan, "Jika enam kriteria ini terdapat padamu maka solatmu boleh di katakan solat yang khusyu'."

Mudah-mudahan Allah memberikan taufiq kepada kita sehingga kita mampu untuk mengamalkan kaedah yang ada di atas ini.

Jan 27, 2015

Cara atasi Anemia semasa hamil supaya kehamilan menjadi memori terindah dalam hidup

Tekanan darah rendah atau anemia semasa hamil sering di alami oleh ibu. Tanda-tanda rasa pening,muntah dan loya sering terjadi akibat perubahan hormon. Namun bagi ibu yang mengalami tekanan darah rendah atau anemia perlu sentiasa berhati-hati dan sentiasa membuat checkup bulanan untuk mengelak risiko ini. Masalah anemia atau HB rendah boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.


Tekanan darah masa mengandung biasanya akan turun semasa trimester kedua (13-26 minggu) dan naik balik ke tahap biasa semasa trimester yang ketiga ( 27-40 minggu).





Jadi bacaan tekanan darah 90/53 atau 90/40 adalah biasa sekiranya ibu adalah dalam linkungan trimester kedua. Tanda seperti pitam bila bangun dari kedudukan baring adalah biasa sebab tekanan darah rendah. Namun demikian pertukaran posisi kena dibuat secara perlahan.

Jikalau seseorang itu  bukan dalam trimester kedua tekanan darah seperti tersebut perlu diperiksa dengan lebih teliti lagi kerana kemungkinan akan berlaku penurunan berat badan seperti 3.7kg dalam 7 minggu agar merisaukan.

Tanda-tanda kesejukan, pitam adalah satu tanda yang tidak meyakinkan dan pemeriksaan jantung dan haemoglobin perlu dibuat. Pembesaran bayi pun perlu diperiksa secara ultrasound.



Punca masalah anemia


Antara punca masalah anemia adalah di sebabkan oleh:


  • kekurangan makanan zat besi
  • Kurang pengambilan vitamin C
  • Faktor tiroid dan Thalasemia
  • Kekurangan pengambilan Vitamin B12 dan Asid Folic


Sebelum hamil, anda memerlukan kira-kira 15 miligram (mg) zat besi sehari. Jumlah ini agak banyak. Kebanyakan daripada kita mungkin tidak dapat memenuhi keperluan yang disarankan ini. Semasa hamil, anda perlukan lebih zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi. Jika anda tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi anda berdua, anda mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi.







Cara Mengatasi Anemia/HB rendah

Untuk meningkatkan jumlah zat besi dalam badan,ibu perlu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi dan buah-buahan yang kaya dengan VITAMIN C

Jangan lupa sentiasa mengambil 3 hidangan makanan tinggi iron sehari seperti

[✔] daging merah, ayam dan ikan

[✔] sayur berdaun dan hijau (bayam, brokoli, sawi)

[✔] bijirin yang tinggi iron

[✔] kekacang dan tofu


[✔] telur


Ibu hamil juga di galakkan mengambil makanan atau buah-buahan yang kaya dengan VITAMIN C seperti berikut untuk membantu penyerapan zat besi yang baik:


[✔] buahan sitrus dan jus (limau, anggur)

[✔] strawberi

[✔] kiwi

[✔] tomato

[✔] cili benggala


Selain itu,ibu perlu elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi kerana ia membuatkan badan ibu sukar untuk menyerap zat besi. Sekiranya ibu mengalami masalah HB rendah ini,saya nasihatkan ibu berhenti dahulu minuman berkaffeine ini..Lagipun ia tidak berapa bagus untuk kesihatan ibu dan bayi kan..

Selain daripada pemakanan,sayuran dan buah-buahan,ibu juga boleh mengambil supplemen yang boleh membantu menaikkan HB semula iaitu  set Anemia yang SELAMAT di ambil ketika hamil.Set ini juga turut serta dalam set asas kehamilan :


set kehamilan shaklee

Supplemen sesuai untuk tinggikan HB adalah:


Jom tengok video di bawah ini,nampak happy je kan puan ni semasa hamilkan? yelah ibu mana tak happy semasa hamilkan?? Tetapi beliau mengalami masalah HB rendah/anemia setiap kali hamil..Jom ketahui rahsia  bagaimana beliau berjaya atasi masalah HB rendah/anemia ini ketika kehamilan anak ke 4 sehinggakan nurse sendiri pun terkejut..





Kekadang terasa sangat sukar untuk mengambil pemakanan yang tinggi zat besi dan vitamin c setiap hari kan..Lagi-lagi mahu berdisipin ketika mual dan loya mengundang..Jadi,set anemia/HB rendah ini insyaallah dapat membantu ibu-ibu naikkan semula bacaan HB dan bebas dari masalah anemia. Set ini selamat untuk ibu malah bebas dari bahan pengawet,pewarna dan bahan kimia


Jadikan kehamilan ibu saat-saat istimewa dan bebas dari masalah supaya ibu dan bayi sentiasa sihat.

Tiada apa yang membahagiakan ibu selain memiliki anugerah comel ini dan pastinya bekalkan si comel anda dengan zat nutrisi dan makanan seimbang setiap hari.




Testimoni Vitalea untuk anemia









testimoni shaklee untuk hb rendah


Supplemen ini sangat mampu milik dan ia boleh tahan sehingga 2-4 bulan penggunaan.Sangat jimat dan bagus untuk keperluan ibu.



Vitalea mengandungi iron yang boleh meningkatkan hemoglobin dalam darah
Hanya RM88 sebotol (120biji)

Vitamin C membantu penyerapan iron dalam darah
Hanya RM92.50 sebotol (180 biji )

Vitalea dan Vitamin C perlu di makan serentak supaya lebih berkesan


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk mendapatkan set anemia atau set kehamilan ini boleh hubungi saya seperti berikut :




Giveaway Mudah amirnawawi.com

Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Entri ini adalah entri untuk Giveaway Mudah di blog amirnawawi.com. Saya begitu teruja untuk turut serta dalam giveaway ini. Giveaway ini cukup mudah dan pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang. Jom kita semua sertai bersama.
Copy gambar dan linkkan ke entri ini
Copy gambar dan linkkan ke entri ini
Berikut adalah antara hadiah yang ditawarkan
1. Panasonic Digital Cordless Phone
2. Plush Toy dari LINE
3. Wang Tunai RM10 untuk 4 pemenang
4. Review blog untuk 3 pemenang.
5. CD Karmin dan Glee Original dari Sony BMG
6. Patung Churp-churp yang comel lagi kiut miut
7. Dan pelbagai hadiah lain yang akan dikemaskini
(Hadiah akan ditambah dari semasa ke semasa)
Referall terbanyak akan menerima hadiah khas iaitu RM30 & Buku Pilihan
Giveaway1giveaway2giveaway3

churp26
3. Voted gambar saya di sini. dan printscreen dan masukkan di dalam entri. Contoh seperti di bawah. (paling penting) Ini untuk buktikan yang anda telah mengundi..

(KLIK DI SINI, tunggu sehingga gambar habis loading untuk voted)

ambank 222
4. (tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu) Selesai!
Komen entri penyertaan anda di bawah ya.
Giveaway mudah ini berlangsung dari 25 Januari hingga 31 Januari 2015. (6 hari sahaja) Cepat-cepat :)

Selamat berjaya.

Jan 25, 2015

Misi bantuan banjir Kuala Krai

Alhamdulillah pada jumaat lepas,suami saya dan beberapa sukarelawan di bawah persatuan Generasi Prihatin telah berlepas ke Kuala Krai Kelantan untuk misi bantuan banjir kali ketiga.

Teringat pada lawatan yang lepas,suami menceritakan ada penduduk kampung datang pada mereka dengan hanya bertuala sahaja.Tiada baju untuk di pakai dan semuanya hilang di bawa arus.Masyaallah sangat sedihkan.

Atas inisiatif bersama,di bawah persatuan Generasi Prihatin membantu menghulurkan sumbangan tenaga serta turut menghiburkan hati anak-anak kecil disana dengan sedikit buah tangan set persekolahan dan jajan.

Ketika saya menyuarakan hasrat di group wassap mohon sedikit sumbangan untuk buah tangan anak-anak ini,begitu ramai sangat yang respond dan masukkan duit untuk sama menyumbang.Hampir RM800 berjaya dikumpulkan untuk barangan anak-,anak sahaja.Alhamdulillah,kalian sangat hebat.Saya doakan anda semua kaya dan berjaya.

Saya belikan set alat tulis,color pensil,kek.mini,gula-gula,roti dan puding jelly untuk buah tangan ini.Semoga sumbangan ini memberi sedikit kegembiraan buat adik-adik di sana.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Masih banyak bantuan yang perlu kita hulurkan untuk mereka.

Sedih saya tatapi gambar-gambar kiriman dari suami di sana.Semoga Allah berikan pahala atas kesabaran mereka dan memberi ganti yang lebih baik.

Jom teruskan sumbangan anda..Jangan berhenti memberi kerana janji Allah sesiapa banyak memberi lagi banyak Allah akan ganti.

Jan 24, 2015

7 jenis makanan untuk pesakit sendi supaya boleh cergas sepanjang hari

Pada entry yang lepas saya ada kongsikan mengenai jenis-jenis radang sendi dan petanda mengalaminya.Artritis atau "radang sendi" adalah sejenis penyakit “autoimmune disease” dimana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.

Untuk lebih memahami apa yang berlaku apabila seseorang mengalami radang sendi, mari kita kaji bagaimana sendi-sendi didalam badan bekerja. Pada asasnya, sendi adalah satu tulang bergerak pada tulang yang lain. Ligamen memegang dua tulang bersama-sama. Rawan pula meliputi permukaan tulang untuk menghentikan dua tulang daripada bergesel secara langsung terhadap satu sama lain. Lapisan rawan membolehkan sendi untuk bekerja dengan lancar dan tanpa rasa sakit. Ruang dalam sendi mempunyai cecair sinovial. Cecair sinovial lah yang bertanggungjawab menyuburkan sendi dan tulang rawan.

Radang sendi ini bukan sahaja boleh di rawat dengan pengambilan ubat-ubatan malah boleh di atasi dengan pengambilan pemakanan yang sihat di sekeliling kita.


Makanan juga dapat membantu mengurangkan sakit sendi dan seterusnya membantu sendi berfungsi dengan baik




1. Pisang



Sangat kaya dengan sumber magnesium dan Pottasium yang sangat bagus untuk membantu ketumpatan tulang dalam badan kita. Bagi pesakit sendi ini kebiasaannya mengalami masalah pada bahagian tulang boleh mengamalkan pisang dalam diet seharian.


2. Blueberries

Blueberries sangat tinggi antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imun. Ada kajian menyatakan Blueberries dapat mengurangkan keradangan pada sendi dan mengurangkan bengkak pada bahagian sendi. Blueberries boleh di makan begitu sahaja,di jadikan jus atau 'dessert' 

3. Salmon

Ikan salmon sangat kaya dengan lemak Omega-3.Ia juga mengandungi minyak ikan omega yang juga sangat bagus untuk untuk mengurangkan keradangan. Ada kajian yang di jalankan mengatakan pengambilan lemak omega 3 akan membantu mengurangkan kebergantungan kepada ubat-ubatan yang lebih baik untuk kesihatan diri

4. Green Tea

Terdapat pelbagai jenis Green Tea di pasaran. Ia sangat membantu dalam mengurangkan keradangan dan sangat tinggi oksidan.


5. Jus Oren

Jus oren sangat kaya dengan vitamin C. Kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan luka lambat sembuh, gusi mudah berdarah dan lebam di bahagian badan. Pengambilan jus oren secara konsisten membantu menguatkan tulang rawan dan pengambilan setiap hari mengelakkan dari masalah sendi ini terbentuk


6. Nanas

Atlet-atlet sukan yang mengalami kecederaan pada sendi sangat di galakkan mengambil nanas kerana ia membantu mengurangkan kesakitan sendi dan sangat kaya dengan 'Bromelain'


7. Roti gandum dan bijirin

Makanan ini boleh membantu mencegah keradangan sendi dan membuatkan badan lebih fleksibel dan mengurangkan bengkak dan kesakitan setiap pagi


Amalkan juga supplemen khas untuk sendi supaya ia dapat membantu menyokong keselesaan sendi dan seterusnya memelihara tisu sendi dengan sihat.



7 Kebaikan Alfafa Complex untuk para wanita kekal anggun dan sihat

Tinggal lebih kurang seminggu lagi promosi Alfafa Complex untuk bulan ini.Saya sangat suka pada Alfafa ini.Kecil-kecil cili padi tapi kebaikannya 1001 manfaat untuk diri dan pasangan.

Masih belum mengenali Alfafa Complex?

Boleh baca kebaikannya secara keseluruhan dan pelbagai Testimoni pengguna yang telah mengambilnya.

Hari ini saya just nak share kebaikan Alfafa Complex untuk para isteri.Namun, jangan lupa Alfafa Complex ni bukan untuk para isteri je tau,si suami pun boleh ambil Alfafa Complex ni malah jimat sangat kalau makan bersama-sama dengan isteri.

Manfaat Alfafa Complex untuk suami / Lelaki


So sama-sama dapat manfaatnya k.


7 Kebaikan Alfafa Complex untuk Wanita/Isteri:


1) Alfafa bertindak sebagai perapat

Tahu tak ada beberapa customer yang mengambil alfafa ni sungguh seronok kerana makin ketat katanya..Aumm...(malu plak..)Alfafa ni juga sebagai kacip fatimah moden. Ia dapat mengetatkan kembali sistem peranakan terutamanya bagi ibu yang bersalin.




2) Alfafa membantu mengurangkan masalah keputihan

Keputihan dan wanita tidak dapat di pisahkan.Alfafa membantu mengurangkan masalah keputihan dan dengannya para wanita tidak perlu lagi memakai pantyliners.Masalah keputihan berlebihan memang merimaskan dan sangat merendahkan mood kaum isteri,Jadi segeralah mengambil Alfafa ini untuk mengatasi masalah keputihan anda








3) Alfafa mengurangkan masalah bau badan

Eh kaum wanita pun ada masalah bau badan ni ke..Erk,,cepat-cepat atasi ya..Jangan sampai boyfriend cabut lari pulak ,,Para isteri sangat-sangat perlu alert dengan masalah ini.Jangan sampai suami complain dan tak nak dekat ya..Nampak macam simple kan,tetapi percayalah suami sangat isteri yang berbau harum dan wangi sepanjang masa.Apatah lagi jika anda mengalami pertukaran hormon, bau badan cepat tercetus.






4) Alfafa membantu mengurangkan berat badan

Haa..yang ni sangat best kan..Sape tak nak kurus..Alfafa ni membantu detoks/mengeluarkan keseluruhan toksin dari badan.Bayangkan selama ni macam-macam makanan enak yang kita makan tersimpan dalam usus,jadinya dengan pengambilan alfafa secara rutin membantu menyahkan toksin/kotoran dari badan



5) Alfafa membantu memberi tenaga dan mengelakkan keletihan


 Terdapat pelbagai sumber bekalan tenaga,alfafa adalah salah satunya.Pengambilan secara konsisten dengan air secukupnya dapat membantu mengelakkan keletihan dan meningkatkan stamina.







6) Alfafa dapat mengurangkan masalah ekzema/resdung/alahan

Pernah tak makan seafood,badan jadi gatal-gatal atau bersin setiap pagi/cuaca sejuk? Ia menunjukkan badan kita mengalami alahan/resdung. Pengambilan Alfafa setiap hari dapat mengurangkan risiko masalah ini





7) Alfafa sebagai Milkbooster

Para ibu sangat di sarankan untuk mengambil Alfafa ini kerana ia bertindak sebagai 'Milkbooster'. Susu akan mencurah-curah dengan pengambilan alfafa dan air secukupnya.



Testimoni Alfafa complex


Haa best tak manfaat Alfafa ni? rugi tau kalau tak mengamalkan vitamin herba ini.Kaya dengan zat nutrien untuk kesihatan diri. Harganya pun sangat berpatutan, RM57.50  sebotol mengandungi 330 biji dan RM 102.50 untuk 700 biji.

Tak rugi dapatkan kacip fatimah moden ni..Memang banyak sangat manfaat untuk kesihatan. 

Kecil-kecil cili padi rupanya memang sungguh power resultnya.


Hubungi saya seperti berikut untuk dapatkan info lanjut dan order:

Whatsapp 016 358 9018





Jan 21, 2015

Kebaikan cium anak dan pasangan setiap hari

Hari ni nak share 1 post saya dapat dari group wassap..

Fadhilat Cium ANAK
*******************
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak2.

Brg siapa keluar ke pekan & membeli barang2 & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendpt rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan "aku syg anak aku" akan tersemat terus ke dlm jiwa.

ii) Fadhilat Cium SUAMI
********************
Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa2 kecil si isteri. Restu seorg suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendpt pahala juga kalau di kucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit shj isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dlm dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat Cium ISTERI
********************
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Kesimpulannya:
*************
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin @ mendirikan rumahtangga. Kerana jika tdk diamalkan skrg, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

Nota:
---------------------
Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri...

Kalau dah mati baru nak cium dan peluk...itu dah takde maknanya lagi. Dah jadi mayat kaku...takde rasa apa selain kesal.

⭐⭐👉Jangan cium K-POP

Oleh itu ciumlah  isteri dan suami anda selalu...

******

Jan 20, 2015

First and Simple Giveaway oleh Cik Iman

Assalamualaikum..

Jom support dan join GA ni..syarat sangat mudah..Klik pada imej kat bawah nak join ya..


Saya nak ajak 3 orang kawan join GA ni



Good luck to all:-)

Jenis-jenis radang sendi dan petanda mengalaminya

Adakah anda selalu sakit sendi? selalu sakit-sakit pada pergelangan tangan,kaki?

Artritis atau radang sendi ialah sejenis penyakit autoimun di mana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan memberi kesan kepada sendi, tisu mengelilingi sendi dan tisu perantara lain. Terdapat beberapa jenis radang sendi dan cara mengawalnya.



Jenis-jenis radang sendi:

Artritis yang paling kerap dihidapi ialah osteoartritis yang berpunca daripada pemusnahan tisu rawan pada sendi.



Osteoartritis (OA) - Tanda terbentuk perlahan-lahan dan menjadi lebih buruk semakin masa berlalu. Terdapat sakit di sendi, sama ada semasa atau selepas penggunaan atau selepas tempoh tidak aktif.
Sendi akan menjadi regang, terutama pada pagi. Pesakit mungkin lebih sukar menggunakannya dan rasa kehilangan fleksibiliti .
Ketulan keras, atau taji tulang boleh muncul di sekitar sendi. Dalam beberapa kes, sendi mungkin bengkak. Biasanya sendi yang terlibat adalah di bahagian pinggang, tangan, lutut dan tulang belakang.

Antara rawatan untuk osteoartritis adalah penggunaan aspirin dan terapi magnet//hooooof.

Rheumatoid arthritis (RA) lebih kerap dihidapi oleh wanita berbanding lelaki. Pesakit sering mendapati sendi sama dalam setiap bahagian badan membengkak dan sengal.
Jari, tangan, kaki dan pergelangan tangan adalah paling biasa terjejas. Gejala paling teruk pada waktu pagi setelah bangun tidur dan kesakitan boleh berlangsung selama 30 minit. Tangan boleh menjadi merah dan bengkak.

penyakit-nyeri-sendi
Nodul rheumatoid (lebam tisu di bawah kulit lengan pesakit). Pesakit dengan artritis reumatoid rasa letih kebanyakan masa dan berlaku penurunan berat badan.
Sendi lebih kecil biasanya lebih mudah terjejas. Selalunya pesakit dengan artritis rheumatoid mempunyai masalah dengan beberapa sendi pada masa sama.

Artritis gout pula lebih kerap dihidapi oleh lelaki dan berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi. Artritis gout dapat diwarisi dan diturunkan dalam keluarga.Cara rawatan artritis gout adalah dengan menggunakan kolkisin dan allopurinol.

Punca radang sendi secara am boleh disebabkan oleh:
* Penyakit autoimun
* Kecederaan - patah tulang
* Sendi haus dan lusuh
* Keabnormalan metabolik seperti gout
* Faktor keturunan
* Jangkitan bakteria dan virus

Radang sendi agresif boleh merebak dari sendi kecil di tangan, pergelangan tangan, buku lali dan kaki ke siku, lutut, pinggang, leher, bahu dan rahang.

Secara keseluruhannya, tanda-tanda radang sendi adalah seperti berikut:
* Sakit sendi.
* Sendi bengkak.
* Keupayaan sendi bergerak makin kurang.
* Merah pada kulit di sekeliling sendi.
* Ketegangan, terutamanya di waktu
pagi.
* Hangat sekeliling sendi.

Cara Mengubati Radang Sendi dalam Islam

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit radang sendi akan diberi ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah untuk penyembuhan. Ayat tersebut adalah:
* Surah Qaff ayat 16 hingga 45
* Surah Adz Dzariyat ayat 31 hingga 60
* Surah Shod ayat 34 hingga 61.
* Surah Al Ahqaaf ayat 21 hingga 28.

Pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali pada waktu malam dan surah kedua tiga kali pada waktu siang.
Amalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.
Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah-surah yang seterusnya.

Apapun jua penyakit yang kita hadapi,jangan berhenti berusaha dan berdoa..Jika sudah berjumpa pakar,boleh juga mencuba rawatan alternatif lain seperti rawatan islam,pengambilan supplemen dan lain-lain lagi..

Credit:
wikipedia