Pages - Menu

Nov 25, 2014

Penawar Alahan Seafood yang membuatkan muka tidak bengkak lagi

Saya menerima SMS dari seorang customer mengenai mukanya menjadi bengkak selepas makan udang dan ketam. Kulitnya juga turut gatal-gatal. Sudah lama katanya tak makan seafood. Mungkin alahan seafood katanya.


Alahan terhadap seafood


Sebelum itu,elok kiranya kita mengetahui bagaimana alahan terhadap makanan berlaku.

Alahan pemakanan adalah kesan tindakbalas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang di anggap berbahaya kepada badan.


Terdapat beberapa jenis pemakanan yang boleh menyebabkan alahan seperti:


  • Susu lembu.
  • Telur.
  • Kacang soya.
  • Gandum.
  • Kacang tanah, tree nuts (walnut, kacang hazel).
  • Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam, kepah).
  • Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.

Bagi menghindari masalah alahan ini, seseorang itu perlu mengenalpasti jenis makanan yang alah kepadanya.

Gejala alahan biasanya berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan. Kadang-kala tanda-tanda alahan terjadi selepas beberapa jam makanan di makan.


Tanda-tanda alahan kepada makanan

Tanda dan gejala alahan makanan termasuklah:
  • 'Angioedema' (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).
  • Kesukaran bernafas dan berdehit.
  • Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah 
  • Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
  • Perut yang sakit dan memulas.
  • 'Colic' (sakit perut) dikalangan bayi.
  • Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.


Cara atasi masalah alahan


Untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu alah terdapat sesuatu makanan (food intolerance),pemeriksaan doktor perlu di jalankan untuk membuat diagnosa yang tepat.

Sekiranya sudah mengenalpasti makanan yang anda alah,anda perlulah cuba mengelakkan dari mengambil makanan ini.

Namun,kekadang teringin juga sekali-sekala nak makan udang,ketam dan sotongkan..Bagi anda yang mengalami masalah ini bolehlah mencuba mengambil supplemen alahan ini.






Set ini terdiri daripada Alfafa Complex, Vitamin C dan B Complex.

1. Alfafa Complex
  • Alfafa Complex sangatlah bagus dalam mengurangkan masalah alahan ini. Ini di sebabkan ia bersifat antihistamine yang dapat mengurangkan masalah gatal-gatal dan kemerahan.
  • Kaya dengan sumber klorofil dan nutrisi

2. Vitamin C

  • Vitamin C juga bersifat antihistamine di mana ia dapat meningkatkan fungsi T-cell,dapat meningkatkan sistem immune badan dan sel darah putih.
  • Vitamin C juga diketahui mempunyai fungsi anti oksidan iaitu dapat mencegah sel badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas. 
  • penting untuk pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyokong sebahagian sel supaya dapat memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu badan disamping membantu penyerapan zat besi. 

3. B Complex


  • B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi 
  • Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh.
  • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
  • Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress.

Testimoni pengguna yang telah mencuba set ini



Testimoni set alahan


testimoni set resdung


Alahan seafood ini boleh di katakan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kalau yang ada masalah resdung tu memang sah-sah cepat jela bengkak muka dan naik gatal-gatal.Tapi kekadang hati teringin jugak nak makan udang,ketam ni..Tapi kalau dah naik bengkak tu menyesal pulakkan..tapi dah terlepas makan nak buat camna..

So apa lagi ,kalau anda terasa nak nikmati enaknya makanan laut ni jangan lupa amalkan supplemen set alahan ini.Insyaallah makin lama alahan akan berkurangan dan hilang. Tak perlu lagi takut-takut nak jamah hidangan makanan laut selepas ni..

Nak dapatkan set alahan ini?

Boleh beli set ini melalui online di sini atau hubungi saya melalui whatsapp : 016 358 9018

Set ni boleh bertahan sehingga 4-5 bulan penggunaan.Oh sangatlah berbaloi!!

Jom cegah sebelum semakin parah.




No comments:

Post a Comment