Pages - Menu

Oct 23, 2014

Tips penjagaan gigi

Menulis sambil menunggu giliran untuk masuk jumpa doktor gigi..sapa takut jumpa doktor gigi?teringat zaman sekolah rendah dahulu,macam-macam program kesihatan gigi..paling best bila dapat berus gigi dan ubat gigi percuma..ingat tak?
Ok saya nak share sikit tips penjagaan gigi,antara aset penting jugakan..lebih-lebih lagi ia juga boleh menarik perhatian dengan senyuman menawan gigi tersusun cantik.


Penjagaan kebersihan gigi yang baik:

  • Berus gigi sehingga bersih sekurang-kurangnya 2 kali sehari selepas makan dan sebelum tidur
  • Berkumur-kumur selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan untuk menggosok gigi atau selepas makan di luar

Makan secara sihat:

  • Makan makanan seimbang.Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman
  • Elakkan makanan berasid atau berkarbonat

Pemeriksaan pergigian berkala:

  • Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurangnya sekali setahun
  • bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi di nasihatkan mendapat rawatan lebih kerap

Ok,semoga tips ni membantu kita mendapat gigi yang sihat..

No comments:

Post a Comment