Pages - Menu

Oct 30, 2014

5 Tips menyimpan duit yang efektif

Nak share tips dan cara simpan duit yang berkesan.Tips ni saya baca dari rakan FB..semoga ia memberi manfaat kepada semua.

1. Standing Instruction (SI) atau Auto Debit
Buat potongan sejurus selepas gaji masuk. Masukkan ke dalam akaun simpanan kita. Tetapkan tarikh yang sama dengan tarikh gaji masuk setiap bulan. Simpan dahulu, selebihnya baru belanjakan.

2. Main Kutu
Kalau susah sangat nak disiplinkan diri menyimpan, boleh cuba teknik ini. Ajak 3-5 orang kawan untuk bermain sekali. Setiap seorang sumbangkan sebanyak RM 300 sebulan. Bila dah terlibat di dalam game ini, kita akan rasa segan dan malu jika tidak bayar. Malah, kita akan seronok bila tiba giliran kita untuk terima duit kutu untuk bulan tersebut. Kalau 5 orang main, terus dapat RM1,500 dan terus simpan dalam tabung. Walaupun pada hakikatnya, duit tersebut memang duit kita pun, cuma psikologinya agak berbeza.

3. Kumpul Si Hijau
Jumpa sahaja duit berwarna hijau ini (note RM5), terus simpan di dalam tabung. Kenapa RM5 dan bukan yang lain? Sebab duit hijau ini jarang kita dapat berbanding dengan duit RM10, RM1 atau RM50. Nilainya juga di dalam kategori “sederhana”, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Cuba amalkan selama 2-3 bulan, anda akan rasa seronok apabila melihat duit hijau ini semakin banyak di dalam tabung.

4. Simpan Duit Syiling
Ramai di antara kita malas nak bawa duit syiling ke mana-mana. Kalau makan di kedai mamak RM2.80, kita akan beri RM3.00 dan baki 0.20 sen lagi kita beli gula-gula sebab malas nak simpan duit syiling. Apa kata mulai sekarang, duit syiling baki kita beli barang itu kita simpan terus di dalam tabung. Sampai je rumah, seluk poket, kalau ada syiling, terus masukkan. Ada orang pernah buat teknik ini dan berjaya mengumpul RM800 selama setahun dengan kumpul duit syiling sahaja. Lebih kurang RM70 sebulan. Wow, banyak juga tu.

5. Simpan di Akaun Tanpa Kad ATM
Ada 3 pilihan.
1) Bank 2) Tabung Haji 3) ASB
Buka akaun, masukkan duit menggunakan cara # 1 dan lupakan terus. Mula-mula memang agak susah, tetapi lama-kelamaan ianya akan mudah. Kalau menyimpan di dalam bank yang ada kad ATM, memang susah nak disiplinkan diri. Sebab mudah sangat nak keluarkan.
Jadi simpanlah di Tabung Haji atau ASB. Dividen yang diberikan adalah jauh lebih tinggi daripada simpanan biasa di bank.

Selamat menabung!

No comments:

Post a Comment