Pages - Menu

Aug 7, 2014

salah laku adat sepanjang syawal dan berpuasa 6 syawal

Assalamualaikum,

Hari ni kat opis saya ada kuliah bulanan oleh ustaz Johari..penerangan ringkas mengenai adab sambutan hari raya dan bagaimana cara sebenarnya sambutan aidilfitri mengikut sunnah nabi..

Sekarang pelbagai adat muncul bila menjelang syawal..Ada yang selepas habis ramadhan terakhir tu,ada yang buat solat sunat tasbihla,solat hajat dan macam-macam lagi..Mengikut cara nabi,Malam raya adalah malam yang kita perlu perbanyakkan takbir raya memuji kebesaran Allah.

Antara salahlaku perbuatan/adab semasa perayaan:

  • Bermaafan pagi raya..Nabi kita galakkan bila buat kesilapan terus mohon maaf,bukan time raya je perlu minta maaf..dan kalau nak bersalam-salaman tu dengan nada ceria dan gembira bukan linangan air mata.
  • Ziarah kubur pagi 1 syawal – Nabi suruh kita bergembira di pagi syawal..boleh pergi ziarah kubur  pada hari lain bukan pada hari untuk kita bergembira
  • Takbir mendayu-dayu..takbirlah dengan penuh bersemangat tanda kemenangan!
  • Tabur bunga atas kubur – ini sama macam budaya hindu dan kristian


Mungkin 1 syawal ni dah lepas tapi mungkin peringatan yang baik untuk kita pada masa akan datang


Ustaz juga ada berpesan mengenai puasa 6 syawal iaitu rancanglah untuk berpuasa 6 sama macam kita merancang untuk pulang kampong berhari raya..Hanya perlu 6 hari sahaja..Kita ni kaum wanita’ sampai masa ada time period kan..so pepandaila adjust masa sendiri jangan sampai kita jadi orang rugi..

Bila perlu mula puasa 6?

Bila keriangan syawal dah berakhir..Maksudnya tiada khusus bila boleh mula berpuasa 6..Boleh buat sederet 6 hari terus @ bila-bila masa sepanjang syawal selama 6 hari..

Ganjaran berpuasa 6 syawal


Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.
Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164

Menersi hadis di atas dapat kita fahami bahawa keutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalahseolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:
Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawalsetelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardusetahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya.
Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.

Juga di ingatkan bagi kaum wanita’ untuk berpuasa 6 syawal ni,pastikan adik kakak tidak gabung puasa qhada dan puasa sunat ya!

Boleh dahulukan mana-mana samada ganti dulu @puasa 6 syawal dahulu atau sebaliknya..

Ini antara petikan saya ambil dari ustaz zaharudin Abd Rahman (UZAR) mengenai gabungan antara 2 puasa ini:
• Jika anda mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan tahiyyatul masjid atau dengan solat unat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat tahiyyatul masjid. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
• Menurut guru saya Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

• Tindakan A’isyah ra yang melewatkan qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa qadha dan syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. ( tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya)


Ok,selamat meneruskan kunjung mengunjung dan saling bermaafan sepanjang syawal ni:-)





4 comments:

  1. Kt kg sue buat solat sunat tasbih. Nampaknya ada berlaku salah laku di situ. Thanks 4 sharing.

    ReplyDelete
  2. tq for sharing k su. byk pencerahan atas kesilapan2 sebelum ni. :)

    ReplyDelete
  3. thank u for the sharing...kan, patutnya gembira di pagi raya...tp ramai duk nangis sedu sedan

    ReplyDelete
  4. seronok dengar bila majikan anjurkan kuliah ilmu mcm ni..secara tak langsung ilmu tu akan terus dtg ke kita..kalu nk cari sndr tentang kemushkilan sesuatu, risau tak sahih plak nanti.

    ReplyDelete