Pages - Menu

Aug 21, 2014

Petua Untuk Menambahkan Susu Badan

Terdapat pelbagai cara untuk menambah susu badan yang boleh diperolehi daripada pemakanan seharian kita dan dari dapur..

Jom cuba:


`

Pilihan 1: Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

Pilihan 2: Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan 1 gelas air panas dan biarkan sehingga suam. Minum 2 kali sehari.

Pilihan 3: Daun betik memang enak dibuat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.

Pilihan 4: Longan yang kering yang biasa boleh didapati di kedai singseh elok diamalkan. Rebus longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 - 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minum air rebusan tersebut.

Pilihan 5: Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payudara anda.

Pilihan 6: Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.

Pilihan 7: Orang Melayu lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman seperti cekur manis, pegaga, peria, ulam raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lobak putih.

Pilihan 8: Rempah halba boleh menambahkan pengeluaran susu. Cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian, simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari.

Pilihan 9: Jintan hitam juga boleh menambahkan pengeluaran susu. Cara pengambilannya sama seperti halba.

Pilihan 10: Anda perlu minum air sehingga 8 gelas sehari. Yang paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.

Pilihan 11: Kerap melakukan urutan payudara ketika sedang mandi atau beberapa kali sehari. Lebih afdal jika anda meminta suami anda urutkan. Di samping itu, perhatikan diet anda. Jangan memakan makanan segera atau minuman berkafein. Ia tidak sihat untuk ibu dan bayi. Amalkan lebih banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pilihan 12: Kisar buah sengkuang dan rebus dengan sedikit gula. Minum air sengkuang selalu.

Pilihan 13: Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara anda. Amalkan setiap hari.

Pilihan 14: Ambil bunga melur dan giling hingga halus. Tampalkan padal sekeliling payudara anda di waktu pagi sebelum mandi.

Pilihan 15: Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum 2 atau 3 kali sehari

Pilihan 16: Ambil 2 kelopak daun kobis bulat dan tekap pada payudara anda. Anda juga boleh lenyek-lenyekkan kelopak daun kobis bulat tersebut dan tampalkan pada payudara. Petua ini juga boleh mengurangkan bengkak susu semasa dalam pantang.

Pilihan 17: Bubur kacang hijau dicampurkan dengan beras merah baik untuk memperbanyakkan air susu badan serta memekatkan susu ibu.

Pilihan 18: Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Amalkan memakannya bersama nasi.

Pilihan 18: Ambil petola, bayam dan daun turi . Masak lemak manis dan amalkan selalu sewaktu makan tengah hari.

Pilihan 19: Sayur bendi dibuatkan sebagai ulam dan cicah dengan sambal.

Sumber : SAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

1 comment:

  1. Jantung pisang pernah cuba tp takde effect apa2pun. Yg best sekali rebus air longan..emm sedap sgt.

    ReplyDelete