Pages - Menu

Aug 12, 2014

Healing Crisis dan Cara Mengatasinya

Ada beberapa orang kawan saya maklumkan yang mereka sakit kepala,berpeluh-peluh malah ada yang naik jerawat teruk di muka selepas mengambil vitamin shaklee.

Apakah puncanya?Adakah di sebabkan oleh vitamin ini tidak sesuai dengan badan seseorang itu?

Untuk makluman anda,ia adalah proses penyembuhan yang di kenali sebagai 'healing crisis'


Apa itu ‘Healing Crisis’?


‘Healing Crisis’ atau lebih difahami sebagai krisis penyembuhan berlaku apabila badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh. Ramai yang tersalah faham bahawa mereka mungkin tidak sesuai dengan vitamin ini dan terus berhenti dari mengambilnya.Ia adalah sangat TIDAK BETUL dan sangat merugikan kerana anda telah melabur membeli vitamin tersebut.

Dalam ayat mudahnya,sebenarnya tubuh anda sedang dalam proses membuang toksin-toksin yang dah lama tersimpan dalam badan dan untuk memastikan tubuh anda lebih sihat.

Ia adalah tindakbalas yang baik yang menunjukkan bahawa vitamin ini bertindakbalas dengan baik dalam tubuh anda.


Dalam tempoh ‘healing crisis’ ini, seseorang individu akan mengalami beberapa ketidakselesaan seperti sakit kepala, mual, letih, ruam pada kulit, cirit birit, demam, dan sebagainya mengikut keadaan badan individu tersebut. Namun, ia hanya bersifat sementara. Ada yang mengalaminya 1-2 hari, minggu, atau mungkin bulan, terpulang kepada tahap kesihatan individu terbabit.


Bagaimana cara mengatasi healing crisis?

Minum air suam/plain water dengan banyak dan kerap setiap hari.Badan kita memerlukan air yang banyak untuk menyahtoksik elemen-elemen tidak baik tadi keluar dari badan. Walaupun ada yang merungut kerana terpaksa pergi ke tandas dengan kerap. Tetapi, itulah yang terbaik.



Jadi, jika anda mengalami ‘healing crisis’ selepas mengambil/makan vitamin Shaklee, amalkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. InsyaAllah, kesan itu akan berkurang dengan izinNya.

Sekali lagi saya ingatkan, ‘healing crisis’ bukan bererti vitamin tersebut tidak serasi dengan anda, tetapi ia menunjukkan petanda baik kerana badan kita bertindak balas dengan vitamin yang anda makan.

Jadi selepas ini anda jangan fikir ia TIDAK sesuai dengan badan tau..Teruskan makan seperti biasa,banyakkan minum air dan BERSABAR:-) insyaallah,kesannya akan anda dapat dan insyaallah pasti kesihatan anda lebih baik.


2 comments:

  1. Healing crisis dah pernah kena. Mmg kena byk minum air masak dan teruskan mkn vit mcm biasa.

    ReplyDelete
  2. makan suplemen ape pon, air kosong memang nak kena banyak..bila air tak cukup, suplemen mcm tak cukup medium utk jalankan tugasnya.

    ReplyDelete