Pages - Menu

Jul 24, 2014

Ramadhan..usahlah berlalu pergi!

Ramadhan bakal menjatuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi..Sedihkan..Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan dapat kita nikmati amalan ibadah dengan baik..Insyaallah..teruskan beribadah dan memburu malam lailatul qadar sehingga ke malam-malam terakhir..

Photo

Teringat perkongsian dari usrah lepas,kalau ikutkan kajian dari Iman Al-Ghazali,tahun ni Lailatul Qadar jatuh pada malam ke 29 mengikut hari awal Ramadhan yang jatuh pada hari ahad..Walau apapun,jangan kita hadkan semata-mata pada malam tersebut sahaja.

Mengikut Imam Al-Ghazali, Lailatul Qadar boleh ditemui berpandukan kepada tarikh mula berpuasa atau awal Ramadhan, seperti kaedah berikut:
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-21.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-23.

Teruskan beribadat dan banyakkan zikir kepadaNya..Semoga Allah rahmati dan ampunkan dosa-dosa kita semua..

Photo

Jangan lupa teruskan doa untuk bumi gaza dan palestin dan juga untuk semua penumpang MH370 dan MH17 ye..


No comments:

Post a Comment