Pages - Menu

Jul 15, 2014

Ibadah 10 Terakhir Ramadhan Bagi Wanita Haid

Sudah 16 ramadhan berlalu..Allahuakbar..cepatnya masa berlalu setiap hari.

Berkesempatan menghadiri kuliah ramadhan ikram pada minggu lepas bertajuk penghayatan Ramadhan-lailatul Qadar.

Ada beberapa peringatan oleh ustazah mengenai malam lailatul Qadr ni.Memandangkan ganjarannya berlipat-lipat ganda dan ibarat mendapat pahala beribadat hampir 83 tahun,sepatutnya memang kita perlu meraih peluang ni dengan hati terbuka dan bersemangat waja!!

Bagi kaum wanita,terdapat maslahat iaitu ada yang terkena haid ketika 10 malam terakhir.Ada yang penuh bersemangat dah menempuh Ramadhan dari awal tapi tiba-tiba keluar 'period'.Sedih di hati hanya Allah yang tahu..Ya..tapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak kita meraih pahala dariNya..

Antara kelebihan malam lailatul Qadr - turunnya malaikat ke bumi sehingga jika di katakan nampak di mata kasar mata kita,maka kita akan merasa bumi ini sangat dasyat dan penuh dengan mereka.Di katakan pokok-pokok tunduk ke bumi kerana beratnya menampung jumlah bilangan malaikat yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kita.Wallahu'alam..

Bukan mudah nak dapat pahala beribadat 83 tahun ni kan..umur rata-rata rakyat Malaysia pun dalam 60-70 tahun.tu pun tak penuh dengan amal ibadat..Masyaallah..

ok,antara amalan yang boleh di lakukan oleh wanita yang haid pada 10 malam terakhir ramadhan ialah:

- perbanyakkan istighfar mohon ampun atas dosa-dosa kita
- Perbanyakkan membaca doa berikut sepanjang 10 malam terakhir.

Doa lailatul qadar

-perbanyakkan bacaan tasbih subhanallah,alhamdulillah,Allahuakbar
-perbanyakkan kalimah Laila haillallah
-perbanyakkan selawat memuji Nabi kesayangan kita
-Bangun juga pada 1/3 malam - menghayati bacaan al quran,membaca terjemahan,mentadabbur
-Memasak untuk orang yang berpuasa,menyediakan sahur
-Sentiasa mendoakan kebaikan dan keselamatan orang lain
-Sentiasa menyebarkan salam
-Sentiasa berkongsi kebaikan dan share benda-benda baik di blog atau FB/twitter

Banyak sebenarnya kebaikan dan ibadah yang kita boleh buatkan..Bukan hanya solat dan membaca Al quran sahaja.

Subhanallah,sayangnya Allah kat kita sebagai wanita.Jika kita redha dan terima dengan hati terbuka lagilah Allah sayangkan..

Jom teruskan perjuangan dan istiqamah kita di malam-malam terakhir.Mudah-mudahan Allah terima kita menjadi tetamu istimewa lailatul Qadr.Insyaallah

No comments:

Post a Comment