Pages - Menu

Jun 26, 2014

Persediaan Ramadhan

Ramadhan bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi..Sekarang kita ni ibarat di zon kuning..Orientasi untuk Ramadhan..

Sudahkah kita bersedia dengan kedatangan bulan paling Mulia ini?

Ibarat jika ingin menduduki peperiksaan,kita sudah membaca buku-buku dan membuat ulangkaji berhari-hari,malah sebelum tidur,kita khatam lagi nota-nota kecil,pensil dan pen di sediakan secukupnya.

Begitu juga untuk melalui madrasah Ramadhan ini,sepatutnya kita sudah bersedia dengan kelengkapan dan keperluan,keinginan,impian dan pelbagai lagi.


Persediaan Ramadhan


Persediaan Ramadhan

1.       Melihat Suasana Hati - Syukur dan Gembira
2.       Meletakkan aim/goal/matlamat
§  Menambah kebaikan
§  Meninggalkan keburukan
§  Mengikut kemampuan
3.       Merancang rutin harian (jadual)
4.       Merancang pengurusan diri, dapur dll
5.       Membersihkan rumah & mihrab
6.       Menghubungi Ibubapa/suami
7.       Menambah ilmu Fikh Ramadhan

Rutin Tambahan

1.       Meningkatkan Ibadah diwaktu malam
2.       Meningkatkan Ibadah di waktu sahur
3.       Mengisi sebaik mungkin waktu siang
4.       Memperuntukkan masa 15 minit berdoa sebelum berbuka puasa
5.       Mengisi masa perjalanan / lapang dengan zikir & selawat
6.       Memperbanyakkan bacaan quran ( cuba memahami & menghayati)

Meningkatkan Kualiti Taubat 

1.       Meningkatkan munajat
2.       Mengakui segala kesilapan
3.       Sebut satu persatu dosa yang pernah di lakukan

Meningkatkan Kualiti Doa

1.       Memperbanyakan puji-pujian kpd Allah
2.       Memperbanyakan Selawat
3.       Mendoakan orang lain ( ibubapa- suami- anak2-adik beradik-jiran-ofismate-ummah- umat islam)
4.       Prihatin dengan waktu mustajab Doa
5.       Yakin + Fokus ( Khusyuk )

Mujahadah / Dispiln Diri  

Memilih Makanan yang sihat & baik
Mengurangkan Tidur
Mengurangkan perkara lagho
Mengurangkan menonton TV / FB/ youtube dll


Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..Semoga Allah memberi kita nikmat kesihatan baik untuk beribadah kepadaNya sesungguh hati tahun ini..Semoga kita dapat menjadi tetamu Malam Lailatul Qadr nanti..

Insyaallah..ameen


No comments:

Post a Comment