Pages - Menu

Jun 21, 2014

Makanan pertama bayi 6 bulan

Anak-anak dah masuk 6 bulan usianya,ibu-ibu mesti gembira dan tak sabar-sabar nak mulakan pemakanan pertama bayi kan?



Namun ada beberapa garis panduan yang perlu ibu-ibu ketahui sebelum memberi makanan pertama kepada bayi

  • Susu ibu tetap perlu di teruskan walau anak sudah mula makan
  • Elakkan pengunaan garam,gula dan bahan perisa bagi bayi setahun ke bawah
  • Sebaiknya ibu masak sendiri bubur atau puri bayi bagi 6 bulan pertama makan.
  • Elakkan makanan segera seperti nestum untuk mengelak kenaikan berat bayi secara mendadak
  • Elakkan makanan yang boleh memberi alahan kepada bayi seperti susu lembu dan produk tenusu,buah-buahan sitrus(masam) dan jusnya,ikan dan kerang,telur dan apa jua makanan yang mengandungi gluten (protein dalam bijirin seperti gandum,barli dll)

Makanan pertama bayi 6 bulan

Cara Makan

Untuk permulaan ibu di sarankan untuk campurkan 1 sudu kecil bubur nasi dengan 4-5 sudu susu ibu atau sedikit air masak.

Pakar menyarankan ibu menggunakan jari yang bersih untuk mencuit sedikit makanan ke dalam mulut bayi.Pada peringkat permulaan,bayi makan dengan kadar 'main-main' iaitu untuk kenal sesuatu yang baru kepada bayi.

 Perut bayi yang kecil hanya dapat diisi sedikit sahaja, dan sebahagian besar nutrisinya akan terus datang daripada susu badan atau susu formula untuk beberapa bulan lagi. 


Puri buah-buahan dan puri sayuran

Makanan lain yang boleh anda mulakan pada usia enam bulan termasuklah:

  • Buah-buahan seperti pisang ranum,pir,epal dan lain-lain
  • Sayur-sayuran seperti lobak merah,kentang,brokoli dan lain-lain


Puri brokoli


Puri kentang

Puri epal


Photo: (Resepi Permulaan : 6 - 8 Bulan) Stew Buah-Buahan
Stew Buah-Buahan
(Hidangan untuk 2 orang)

Bahan-bahan:
100g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana
250 ml (1 cawan) air.

Cara memasak:
1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
2. Masukkan buah epal ke dalam periuk.Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
3. Lenyek epal dengan menggunakan garfu sehingga menjadi puri.

Cadangan
1. Hidangkan bersama susu ibu.
2. Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.

❋ LIKE dan SHARE jika bermanfaat ❋

TEMPOH PENYIMPANAN STOK MAKANAN BAYI


TEMPOH PENYIMPANAN STOK MAKANAN BAYI


Untuk mengekalkan KUALITI & NUTRIEN stok makanan bayi anda, simpan stok makanan bayi anda di dalam bahagian sejuk beku peti ais anda selama 3 bulan maksimum.

Stok makanan bayi boleh bertahan selama 3 bulan hingga ke 6 bulan di bahagian sejuk beku. Namun begitu, adalah lebih baik jika ianya digunakan dalam tempoh 1 bulan ke 3 bulan yang pertama.

Disebabkan pertambahan kristal ais yang terbina semasa stok makanan bayi disejukbekukan dan juga disebabkan oleh proses pemejalwapan yang berlaku apabila stok makanan tersebut dicairkan, kandungan nutrisi didalam makanan tersebut akan berkurang.

Jadi, adalah lebih baik sekiranya stok makanan bayi tersebut digunakan seawal mungkin iaitu dalam tempoh 3 bulan selepas ianya disejuk bekukan.

Dan yang TERBAIK ialah gunakan stok makanan tersebut dalam tempoh 1 bulan pertama.

Ini adalah untuk memastikan bayi anda mendapat faedah nutrisi yang maksimum dari makanan yang anda sediakan!

Selamat mulakan makanan pertama bayi.Semoga kita sebagai ibu rajin masuk ke dapur dan masak makanan bayi kita ya..Untuk lebih mudah juga anda boleh dapatkan buku resepi bayi untuk rujukan.

Credit: FB Resepi Makanan Bayi , BabyCenter.com

No comments:

Post a Comment