Pages - Menu

Jun 3, 2014

cara atasi masalah 'nappy rash' @ ruam lampin

Masalah ruam lampin @ lebih di kenali dengan 'nappy rash' sering berlaku kepada bayi baru lahir sehingga usia usia 18 bulan.

Terdapat beberapa punca berlakunya ruam lampin ini adalah disebabkan oleh:


a) kulit bayi terdedah terlalu lama kepada najis atau air kencing akan menyebabkan keradangan pada kulit bayi yang sangat sensitif itu
b) penggunaan sabun/pencuci atau mandi buih yang tidak sesuai kerana ada kalanya kulit bayi sangat sensitif kepada sabun/pencuci/mandi buih
c) pengunaan ‘baby wipe’ yang tidak sesuai dengan kulit bayi pun boleh menyebabkan ruam lampin ini terjadi
d) ada sesetengah bayi mempunyai kulit yang secara semulajadi adalah sangat sensitif, jadi bila ruam lampin terjadi adalah agak susah dan lambat untuk merawat sakit ini.
Cara untuk mengelak terjadinya ruam lampin ini adalah dengan:
a) kerap menukar lampin bayi sekerap yang mungkin.Bayi biasanya memerlukan penukaran lampin sebanyak 10-12 kali sehari dan bagi bayi yang lebih 2 tahun, biasanya memerlukan 6-8 kali penukaran lampin bayi.
b) membasuh kencing/najis bayi dengan sempurna dan bersih. Mulakan daripada  ”depan ke belakang”. Untuk bayi perempuan, kaedah ‘depan ke belakang’ adalah bagi mengelakkan daripada kotoran atau kuman menjangkiti vagina.
c) selepas membasuh kencing/najis bayi itu, biarkan bayi yang sudah bersih itu seketika untuk memastikan kulit bayi mendapat pengudaraan yang bersih
d) gunakan krim seperti zinc oxide bagi melindungi bahagian kulit yang melecet dan merah itu daripada dimasuki oleh kuman.
e)Jangan gunakan bedak talkum di kawasan melecet ini.Ini akan menyebabkan keadaan semakin teruk

No comments:

Post a Comment