Pages - Menu

May 15, 2014

Pujian gaya Nabi menggunakan Teknik Nabi

Semalam saya sempat menghadiri satu program usrah Nisa bersama Ustazah Siti Khadijah,pengamal teknik Nabi dan hadis.

Antara huraian yang sempat saya catat memandangkan si comel Hannah di ribaan.

Di ceritakan mengenai akhlak-akhlak Nabi yang sungguh indah dan mulia yang seperti kita ketahui iaitu Nabi seorang yang penyabar,berakhlak mulia,bercakap benda-benda baik,suka tersenyum,rajin,pemurah dan pelbagai lagi.

Rasulullah suka memberi ganjaran.Baginda menghargai dan memberi ganjaran.

Sistem ganjaran terbahagi 2 iaitu:

- sosial (pujian)
- material ( sogokan dengan gula-gula,gajet dll)

Rasulullah tidak pernah memberi ganjaran material.


GANJARAN SOSIAL POSITIF
  1. Doa
  2. Sentuhan
  3. senyuman
  4. pujian
  5. Mimik muka
  6. Kata-kata semangat
Rasulullah menasihati dengan 2 cara :

  1. Dengan meminta izin
  2. Sekiranya di minta

Nasihat boleh menjadi ganjaran yang negatif.Macam kebiasaan kita ni,orang tak minta nasihat pun kita rajin nak nasihat kan..


Apabila melihat kebaikan,jangan tangguh-tangguh memuji.Terus bagi pujian.

Contoh apabila kita melihat anak rajin melipat kain,Terus puji.

"wah bagusnya kak husna tolong ummie lipat kain.Allah suka orang yang suka menolong ibu dan ayah"

Apabila orang sekeliling kita suka membuat kebaikan terus puji kebaikan tersebut.


Akhlak Rasulullah Dalam Hadis

  1. Diamkan kesalahan angkat kebaikan
  2. Tidak terus menghukum kesalahan
  3. Tidak menyiasat kesalahan
  4. Memberi penghargaan ke atas usaha baik

Format Pujian Gaya Nabi:

  • Cari 1 kebaikan dan puji kebaikan tersebut
  • Mulakan kata-kata dengan : 
    • saya kagum
    • ibu bangga
    • Allah dan Rasul suka
    • Ayah terharu..
  • Puji hasil kerja,usaha,teknik BUKAN puji orangnya
  • Sertakan impak dan perbuatan baik,hasil ekrja,usaha,teknik dalam ayat pujian

Pujian teknik Nabi

Melerai pergaduhan teknik nabi

Melerai pergaduhan teknik nabi



Credit: Teknik lerai pergaduhan

No comments:

Post a Comment