Pages - Menu

Apr 27, 2013

Testimoni Mealshake

Testimoni #1 - Mealshake

Antara salah satu produk kegemaran ramai di Shaklee adalah Mealshake..Amat sesuai di ambil oleh anak-anak yang kurang berselera makan,kurang berat badan dan sering demam/selsema..

Jom baca beberapa testimoni pengguna Mealshake ni:

- Mengambil Mealshake sahaja





 - Mengambil Mealshake & Omega  



- Mengambil Mealshake & ESP






Jom hadiahkan Mealshake ni pada si comel kesayangan anda..Anda pasti tersenyum melihat anak kembali berselera makan dan bertambah bam-bam:-)

Hubungi :

Suhaila (ID 889806)
016 358 9018
FB : impianz shoppe
sufiyah44@gmail.com

Merawat Migraine dengan Shaklee




Sakit kepala/Migraine sering berlaku pada bila-bila masa sahaja.Ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam,ada yang terpaksa terbaring tidur sahaja sepanjang hari jika terkena migraine.

Perlu kita ketahui terdapat beberapa jenis migrain/sakit kepala ini:

1 ) Sakit kepala di sebabkan tekanan emosi
2)  Sakit kepala di sebabkan migrain
3 ) Sakit kepala di sebabkan sinus


Jika sering terkena migrain,pesakit perlu mengelak beberapa perkara :-

HINDARKAN:


  • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .

Pengambilan pemakanan yang betul dan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Supplemen shaklee yang dapat membantu untuk atasi masalah migrain adalah:




1) Ostematrix - Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala.Magnesium dapat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine.

2) B complex - mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan stress,strok dan depressi.




Pilihlah Yang Selamat dan Semulajadi

Pilihlah supplemen yang sihat dan pasti selamat untuk atasi penyakit anda daripada bergantung kepada ubat-ubatan yang mengandungi dadah yang boleh menyebabkan kesan jangka panjang.

Supplemen ini adalah daripada bahan semulajadi.Tiada perisa tambahan,pewarna atau bahan pengawet.Malah SELAMAT untuk kegunaan dan pengambilan ibu hamil dan menyusu.



Kaedah Rawatan Islam

Juga mengikut sunnah ikat kepala dengan kain / serban , berbekam atau berinai di kepala . 
untuk mengatasi masalah ini.

Dalam Kitab as-shahih sewaktu menjelang wafat, Rasullullah mengaduh katanya, "Aduh, kepalaku"Lalu Baginda mengikat kepalanya untuk menahan sakit (Hadis ditakhrij oleh an-Nasa'i, ibn Majah dan Ahmad]


Jangan biarkan kesakitan anda berlarutan ya. sekiranya anda berminat untuk dapatkannya boleh membuat pembelian sendiri di sini menggunakan kad kredit/debit anda.


Boleh click pada image di bawah untuk pembelian set migrain ini. Selepas pembelian anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi cara pengambilan yang betul.







atau boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan juga pesanan seperti berikut:

Hubungi:

Whatsapp sekarang :  http://www.wasap.my/60163589018





Apr 21, 2013

set penyusuan 3M

Set yang istimewa untuk ibu-ibu di luar sana..Jom dapatkan set penyusuan 3M..


Manfaat set penyusuan 3M:
  • Memberi tenaga berpanjangan
  • Kulit cantik dan berseri
  • Menghilangkan cramp,sakit sendi,sengal-sengal
  • Anti-stress dan mampu mengelakkan tekanan
  • Susu meriah dan yang pasti anak sihat 

Fungsi setiap vitamin:

B Complex
B Complex merangsang penghasilan Serotonin iaitu hormon yang membuatkan ibu gembira & tak stres. Untuk menghasilkan susu yang banyak, ibu perlu berada dalam mood gembira & tenang. Tentu anda perasan, kalau kita sedih atau stress susu kita akan merudum.Jadi dengan pengambilan vitamin ini ia membantu ibu mengawal stress seterusnya membantu ibu menjana mood yang baik.

Vitamin C
Vitamin C berfungsi untuk membina sel baru dalam badan bagi menggantikan sel yang telah mati. Ia juga berfungsi memulihkan sel yang rosak. Apabila sel kita sihat, maka badan akan menghasilkan susu yang banyak. 

Alfalfa
Alfalfa sememangnya milk booster yang terbaik untuk ibu yang menyusukan anak. Bukan itu saja, sebagai bonus alfalfa juga bertindak seperti kacip fatimah. Ia berfungsi merapatkan kembali bahagian bawah yang dah longgar dan juga membantu mengatasi masalah keputihan. Pendek kata, setiap wanita memang wajib ambil alfalfa.

ESP
ESP membekalkan tenaga kepada ibu sepanjang hari. Apabila ibu cergas, badan pun akan menghasilkan banyak susu. Di samping itu, ESP juga merupakan milk booster yang merangsang payudara supaya cepat penuh.Bonus kepada ibu-ibu yang mengalami stretchmark semasa hamil, parut akan semakin pudar,kulit makin berseri selepas pengambilan ESP ni.

Ostematrix
Ostematrix juga penting bagi memastikan ibu mendapat kalsium yang mencukupi bagi mengatasi masalah reput gigi & tulang.Diperkaya dengan kalsium,magnesium dan vitamin B mampu mengatasi masalah cramp,sakit sendi dan lenguh-lenguh.


Anda pasti mampu tersenyum gembira melihat anak sihat membesar dengan susu ibu..







Hubungi saya pengedar shaklee yang sah..Anda akan dapat tips penyusuan eksklusif dan konsultasi percuma dengan setiap pembelian set ini..

CUBALAH SEKARANG..PASTI BERBALOI UNTUK ANDA:-)

016 358 9018
sufiyah44@gmail.com
FB:impianz shoppe
vithebat@blogspot.com





Apr 16, 2013

KUPASAN STATUS HALAL


KUPASAN STATUS HALAL BAGI VITAMIN SHAKLEE OLEH PENULIS BUKU HALAL "Halalkah Ubat Anda?".

Ok, kali ini saya ingin kongsikan tentang pertanyaan pembaca buku
"Halalkah Ubat Anda?" tentang status halal produk-produk keluaran
Syarikat Shaklee.

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.


Soalan 1 :

Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee
adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu

Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya


Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk
"Shaklee" iaitu
"Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik".

Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
---------------------------------------------------------------------'

JAWAPAN:


Wa alaikum salam

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul
apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk
Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih
di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status
halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,
beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22
Februari 2011
untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email
beliau dan menjelaskan bahawa:

"Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin
yang
digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran
gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin
tidak dijamin bebas kandungan babi".

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang
pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee
Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia
dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang
sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang
mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional
Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada
tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika
Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar
pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat
di pasaran Malaysia.


Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com

P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan
pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk "Halalkah Ubat
Anda?".

Buku "Halalkah Ubat Anda?" mendedahkan lebih 90 jenis
ubat-ubatan yang mengandungi unsur daripada babi.
Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com

Teknik betul beri SIP(susuibu perahan) oleh pengasuh

Bagi ibu-ibu yang keluar bekerja dan tinggalkan anak kesayangan pada pengasuh / TASKA,penting untuk ibu-ibu memberitahu kepada pengasuh atau pusat jagaan cara pengendalian susu ibu dengan betul.

Berikut beberapa panduan pengendalian yang betul bagi memastikan penyusuan SI dapat di kendalikan dengan baik oleh pengasuh atau pihak taska:
  1. Elakkan memberikan SIP ketika bayi menangis.bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.
  2. Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya.Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.
  3. Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
  4. Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
  5. Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dlm mulutnya.
  6. Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
  7. Bayi yg akan menentukan bila dia patut berhenti minom. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dlm botol.
  8. Jika bayi kelihatan gelisah,minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP yg ada didlm botol.
  9. Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan,lbh byk SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keadaan bayi yg mungkin kerap meragam.
Sumber Majalah PA&MA

Juga perlu di ingatkan,sebelum ibu-ibu mula bekerja atau masuk pejabat,ajarilah anak kecil anda menggunakan botol susu atau sudu kecil supaya memudahkan pihak taska atau pengasuh memberi susu ibu perahan nanti.Ini juga membantu anak anda mengenalpasti dan memahami pertukaran tersebut.


Contoh jadual untuk mengajar bayi kecil anda sebelum masuk semula pejabat atau mula kerja



Semoga ibu-ibu tidak patah semangat untuk teruskan penyusuan susu ibu kepada bayi walau sudah mula bekerja dan semoga anak-anak kita selamat sentiasa di bawah jagaan pengasuh atau taska ketika kita keluar bekerja..Insyaallah


Apr 15, 2013

Set penyusuan mana yang sesuai untuk ibu menyusu?


Pengambilan supplemen untuk penyusuan bukan sahaja untuk meningkatkan hasil penyusuan tetapi yang lebih penting adalah untuk membantu ibu dan bayi lebih sihat.


Bagi membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan,terdapat beberapa set yang boleh di pilih oleh ibu.Set mana yang sesuai untuk ibu-ibu?

Set 3M* -  Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP

Ia menjadi set PALING LARIS. 

Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?
1. Ibu kepada bayi kembar
2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
3. Ibu yang nak kumpul stok.
4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.

Set E* - Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa & Ostematrix 

Siapa yang sesuai ambil?
1. Ibu yang sering keletihan melampau.
2. Ibu yang alah dengan susu lembu.
3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.
4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.

Set B* -  Vitalea, B complex, Vitamin C & Alfalfa 

Siapa yang perlukannya?
1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.
2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu.
3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.

Set Eu Four Pack* -  Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix.

Siapa yang perlukannya?
1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.
2. Ibu yang keletihan.
3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.
4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.

Dengan setiap pembelian set di atas akan mendapat konsultasi cara makan,tips mengepam dan penyusuan

Hubungi saya untuk mendapatkan set sesuai untuk anda:

Suhaila Johar
sms/wasap 016 358 9018
PM FB: suhaila johar / FB page : Impianz Shoppe

Apr 14, 2013

Vitamin untuk kanak-kanak

Sebagai ibu amat penting untuk kita memastikan anak-anak mendapat khasiat yang baik dalam pemakanan.Ada ibu-ibu yang sering pening kepala apabila anak kurang selera makan.





Untuk membantu anak mendapatkan nutrien yang cukup bagi tumbesaran yang optimum, ada beberapa tip boleh dijadikan amalan.

Tip 1: Beri protein yang mencukupi
Jumlah protein yang mencukupi dalam diet harian anak penting untuk kesihatannya. Protein bukan sahaja menyumbang ke arah tumbesaran tubuh untuk kanak-kanak yang sedang membesar tetapi juga untuk membantu membina dan memperbaiki tisu badannya yang rosak. Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (Recommended Nutrient Intake -RNI) untuk rakyat Malaysia, kanak-kanak yang berusia di antara satu hingga tiga tahun memerlukan sebanyak 14gm protein setiap hari manakala kanak-kanak yang berusia di antara empat hingga enam tahun memerlukan sebanyak 23gm protein setiap hari. Oleh yang demikian, pastikan anak anda mendapat protein yang secukupnya.
Tip 2: Pastikan anak cukup zat besi
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, zat besi penting untuk penghasilan hemoglobin iaitu komponen dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. Untuk pengetahuan, jumlah darah meningkat sejajar dengan peningkatan pertumbuhan anak. Oleh sebab itulah kanak-kanak perlukan zat besi yang secukupnya.  Zat besi boleh diperoleh daripada daging merah, hasil tenusu, makanan laut, legum dan sayur-sayuran hijau seperti brokoli. Ketahuilah bahawa vitamin C yang ada dalam buah-buahan sitrus boleh untuk membantu menyerap zat besi dari sumber bukan daging.
Tip 3: Hadkan pengambilan gula
Gula merupakan karbohidrat ringkas dan boleh didapati dalam buah-buahan, makanan pencuci mulut dan minuman berperisa. Seperti yang diketahui ramai, gula membekalkan tenaga tetapi kurang kandungan nutriennya. Jadi, pastikan anak anda tidak terlebih mengambil gula. Selain itu, elakkan daripada memberi anak minum minuman berkarbonat dan galakkan anak minum banyak air kosong.
Anda juga perlu mengehadkan pengambilan snek yang manis oleh anak. Sebaliknya, galakkan mereka makan makanan yang kaya nutrien dan tenaga. Antara makanan yang disarankan ialah seperti buah-buahan kerana buah-buahan bukan hanya mengandungi gula tetapi juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin. Selain buah-buahan, karbohidrat kompleks pun bagus untuk anak anda kerana berkanji dan berserat. Beri anak anda banyak karbohidrat kompleks seperti nasi, mi, oat atau bijirin. 
Tip 4: Jangan gunakan garam
Banyak makanan yang siap yang ada di pasaran bukan dibuat untuk kanak-kanak dan selalunya mengandungi terlalu banyak garam. Jadi, elakkan membeli makanan siap untuk anak. Sebaiknya sediakan sendiri makanan untuk anak. Akan tetapi ketika menyediakan makanan untuk anak, kurangkan penggunaan garam dan kalau boleh jangan masukkan garam ke dalam makanan mereka terutamanya bagi makanan bayi.
Tip 5: Pengambilan lemak baik
Bukan semua lemak tidak baik untuk kesihatan. Tidak kira sama ada orang dewasa ataupun kanak-kanak, masing-masing perlukan lemak untuk kegunaan tubuh. Lemak mengandungi asid lemak yang penting dan sesetengah jenis mikro nutrien yang sangat diperlukan untuk pembentukan otak dan menjalankan fungsinya dengan sebaiknya. Akan tetapi, walaupun lemak baik, anda masih perlu mengawal pengambilan lemak oleh anak. Terlalu banyak makanan berlemak boleh memudaratkan. Oleh itu, pastikan makanan yang diambil anak perlulah seimbang.
Ketika menyediakan makanan untuk anak, pilihlah bahan mentah yang rendah lemak tepunya, rendah asid lemak dan rendah kolesterol. Walau bagaimanapun, elakkan memberi anak makan makanan rendah lemak yang diformulasikan untuk orang dewasa. Sebaliknya, pilihlah makanan yang mengandungi lemak daripada sayur-sayuran dan ikan kerana bahan-bahan tersebut kaya dengan Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 boleh didapati daripada telur, ikan laut dalam seperti salmon, ikan bilis dan tuna.
Tip 6: Tetapkan waktu makan
Ajarkanlah tabiat pemakanan sihat kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ini termasuklah bila waktunya mereka perlu makan dan bukan hanya apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mereka makan. Kanak-kanak disarankan mengambil 3 hidangan utama dan  2 hingga 3 hidangan snek sehari. Hal ini membantu mengelakkan pengambilan makanan ringan yang tidak terkawal dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko obesiti.
Ibu bapa disyorkan agar sentiasa membekalkan anak dengan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, makanan tinggi serat dan bijirin agar mereka dapat makan ketika lapar. Karbohidrat lengkap yang ada dalam bijirin, makanan kaya serat dan buah-buahan mampu membuatkan perut anak anda kenyang sementara menunggu waktu makan utamanya. Serat yang ada dalam buah-buahan dan bijirin baik untuk sistem penghadaman kanak-kanak dan membuatkan dia rasa kenyang untuk satu jangka masa yang panjang.
Tip 7: Makan bersama keluarga
Makan bersama keluarga adalah amalan yang baik dan perlu diamalkan oleh setiap keluarga yang ada di dunia ini. Inilah masanya untuk mengeratkan hubungan seisi keluarga. Jadi, sediakanlah hidangan yang istimewa dan pastinya makanan tersebut kaya dengan khasiat. Inilah juga masanya untuk ibu bapa mengajar anak etika di meja makan dan tabiat pemakanan yang baik.


Sumber :pama


Dalam shaklee,terdapat vitamin sesuai di ambil untuk kanak-kanak untuk membantu mendapat khasiat baik dan kekal sihat cergas iaitu VITALEA-CHILDREN DAN MEALSHAKE





Mealshake pun boleh di minum seisi keluarga.rasa yang enak berperisa shaklee pasti seisi keluarga suka:-)


Testimonial beberapa pengguna yang mengambil vitamin di atas:







Semoga anak-anak kita sentiasa sihat dan ceria..Badan sihat hati pun ceria kan..


Hubungi saya untuk tawaran lebih JIMAT


Suhaila Johar

ID 889806
SMS/WHATSAPP: 016 358 9018
FB : impianz shoppe

Apr 13, 2013

Mencegah darah tinggi

Darah tinggi adalah pembunuh senyap No 1 di Malaysia..Perlu kita  memastikan tahap kesihatan berada dalam kategori normal untuk memastikan hidup sihat.


Bacaan Tekanan Darah

Kategori
Sistolik
Diastolik
Normal
bawah 120
dan
bawah 80
Pre-hypertensi
120 - 139
atau
80 - 89
Hypertensi
140 dan keatas
atau
90 dan keatas
Hypertensi sistolik
160 dan keatas
dan
bawah 90



Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala

• Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
• Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti
sakit kepala atau pening kepala
• Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya
ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut
(bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
• Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa
kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.Penghidap darah tinggi berisiko untuk mendapat strok atau angin ahmar.

Dalam Shaklee,terdapat beberapa makanan tambahan/vitamin yang boleh membantu untuk pesakit darah tinggi.


Garlic Complex - Membantu menurunkan tekanan darah dan kolestrol,mengawal jangkitan dan memelihara kesihatan lebih baik

Omega Guard - Merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung

Carotomax,Vitamin E & Vita C - mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas

Vitalea,B complex & Vita C - membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardiovaskular


Hubungi saya untuk konsultasi makan dan harga lebih jimat:

SUHAILA JOHAR
016 3589018
FB : impianz shoppe










Apr 10, 2013

Apa kata KKM tentang Makanan Kesihatan?




Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?

Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan
pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat
membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan
untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:

Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.

Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab

Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.

Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.


Apr 9, 2013

Pentingnya air dalam badan


Adakah anda mengambil cukup kuantiti air setiap hari?di katakan setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air.

Air amat penting dalam tubuh badan kita bagi mengawal suhu,membantu peredaran oksigen dan dalam melindungi organ dalaman.

10 tanda menunjukkan badan anda mengalami masalah dehidrasi atau kekurangan air..

·         Mulut kering dan lidah bengkak
·         Air kencing berwarna kuning pekat
·         Sukar membuang air besar
·         Kulit menjadi kenyal
·         Jantung berdebar-debar
·         Kekejangan otot
·         Pening
·         Mudah penat
·         Air mata kering
·         Panas dalam badan

       Amalan minum air secukupnya dapat mengelakkan masalah penghidratan,dapat mengatasi masalah sembelit,mencantikkan kulit dan menyihatkan rambut. Pastikan anda mengambil air masak atau air suam ye,bukan air teh,milo dll


Merawat demam,selsema atau serangan asma dengan Nutriferon




Interferon yang di hasilkan oleh Dr Yosuhiko Kajima membantu menguatkan sistem immune tubuh dan melawan serangan bakteria jahat,kuman,sel kanser dan lain-lain.

Nutriferon adalah penggalak imunisasi(immune booster) yang perlu di ambil oleh sesiapa sahaja yang mempunyai masalah ANTIBODI LEMAH,SENANG SAKIT atau DEMAM dan yang sering sakit tetapi lambat sembuh.

Nutriferon telah di jalankan ujian klinikal dan telah dipatenkan.Ia hanya boleh didapati di stokis Shaklee sahaja dan ia tidak boleh di dapati dimana-mana kedai atau pasaraya.



Bagaimana Nutriferon bertindak?

- Ia merangsang setiap jenis sel untuk menghasilkan interferon semulajadinya sendiri.Secara tidak langsung fungsi utamanya adalah untuk menguatkan sistem immune badan.

- Apabila badan diserang jangkitan bakteria atau kuman,

  1. Nutriferon membantu mengaktifkan sistem immune badan dengan cepat
  2. Memusnahkan segala benda asing yang menganggu sistem badan
Cara pengambilan :

1 minggu sekali sahaja utk mereka yang sihat 
1 paket sehari (atau jika perlu) di minum bersama air.




Siapa yang memerlukan set ini?
  • Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.

Bagi bulan April ni,promosi bagi pembelian nutriferon..Beli 6 percuma 1..


Buang semua painkiller,actifast atau panadol yang ada di rumah anda..Cubalah nutriferon yang lebih sihat dan selamat.

Hubungi saya untuk miliki sumber hebat ini..

sue 016 358 9018

FB :impianz shoppe

Apr 2, 2013

Atasi masalah perut buncit dengan Herb-Lax

Jika sekiranya anda mengalami sembelit setiap hari,ini bermaksud usus anda sebenarnya TIDAK SIHAT.


Tanda-tanda kanser usus

Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas tetapi ada beberapa tanda yang perlu diberi perhatian iaitu apabila anda mengalami masalah untuk buang air besar. Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan. Antara gejala kanser usus ialah:

* Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.

* Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.

* Najis bercampur dengan darah.

* Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus. Jika darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian hujung usus yang berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat dengan apendiks).

* Perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis).

* Perut rasa memulas.

* Terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).

* Perut rasa tidak selesa (sama ada senak, sakit atau kembung).

* Muntah.

* Hilang selera makan.

* Berat badan turun tanpa sebab.

* Kerap penat.

* Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.





Pentingnya kita semua menjaga dan mengetahui proses pembersihan usus. Di dalam Shaklee,Herb-Lax dapat membantu dalam proses melawaskan pembuangan najis dan dapat mengatasi masalah sembelit.
RM 52.50 - 120 biji


Kebaikan Herb Lax
·  pembersihan najis yang tersekat
· meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
·  membantu masalah sembelit
· tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
·  mengempiskan perut
· ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.






Cubalah Herb-Lax sebagai detoks dalam badan anda.Jika usus dah bersih,mudah untuk vitamin atau zat untuk menyerap dalam badan.


Konsultasi percuma untuk setiap pelanggan saya.


Hubungi segera saya seperti di bawah untuk pesanan:

Suhaila Johar
016 358 9018
FB :impianz Shoppe
sufiyah44@gmail.com

COD : Kajang,Bangi,Mines,Uniten,UPM
Pos laju seluruh Malaysia