Pages - Menu

Mar 2, 2013

TIPS Penyusuan susu ibu

Semua ibu mahu bagi susu terbaik pada anak-anakkan iaitu susu badan @ susu ibu..Tetapi ramai yang kecundang di pertengahan di sebabkan faktor air susu berkurang,semangat yang luntur dan kurang ilmu pengetahuan..

Adalah sangat penting si ibu memasang niat untuk memberi susu ibu sejak mengandung lagi..Tidak lupa perlu gali ilmu mengenai penyusuan susu ibu,alat-alat mengepam sekiranya si ibu bekerja,teknik-teknik penghasilan susu ibu dan berbagai lagi..

Saya kongsikan beberapa tips untuk menambah susu bagi ibu-ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan susu badan.

Tips natural

1. Set minda bahawa badan anda mampu menghasilkan susu dan seterusnya anda dapat menyusu secara eksklusif dengan susu ibu SAHAJA..Say NO to susu Formula
2. Kekalkan ketenangan pada minda dan perasaan - Lihat wajah anak anda ketika anak tengah menyusu,ketika pump susu bayangkan wajah anak kesayangan anda atau lihat gambar anak anda,bayangkan anda bercuti di pulau yang indah atau apa sahaja yang menyeronokkan hati anda:-)
3. Pasang alunan zikir,bacaan ayat alquran ketika menyusu atau ketika mengepam
4. Duduk tegak,tarik nafas dalam2 dan berdoalah semoga Allah banyakkan susu badan ibu supaya dapat menyusu sehingga 2 tahun.Insyaallah..
5. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah al-Hujurat dan sapu di kedua belah payudara.Sambil menyusu,usap kepala bayi anda dan senyumlah kepadanya:-)

Tips Pemakanan Masyarakat Melayu:

Cekur Manis - Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. 

Kacang Tanah - Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini 

Air Longan - Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.) or longan segar yang jual kat pasar.. tp jgn bebyk karang sakit tekak plak. 

Halba dan Jintan Hitam -Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba 

Lobak Putih - Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam. 

Pucuk Betik - Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari. 

Jantung Pisang - Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan… Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api. 

Air Horlick

Daun kucai,pucuk pegaga,tumis sayur sawi,sayur bayam

Air Soya dan susu

DAN yang pasti makanan sunnah yang perlu kita amalkan iaitu banyakkan makan KURMA yang amat bagus dengan unsur zat besi dan kalsium dan pasti juga amat bagus untuk tenaga dan kesihatan dalaman.

Tidak lupa AIR MASAK 3 liter sehari ye ibu-ibu di samping perlu kosongkan payudara 3 jam sekali..Means perlu menyusu/ pump setiap 3 jam sekali..

Jika Susu badan masih malu-malu untuk keluar dan anak mula menunjukkan tanda protes susu badan tidak mencukupi, ibu-ibu boleh usaha cara berikut:-

1. TANDEM NURSING (sebelah menyusukan bayi dan sebelah lagi mengepam)..Mula-mula memang rasa kekok nk buat kedua-dua perkara ni serentak..tapi,seperti biasa,PRACTICE MAKES PERFECT..Biasakan dengan amalan ini,InsyaAllah perkara ni akan jadi rutin biasa bagi anda.


2. Power pumping - Pump 10 minit,rehat 10 minit..Pump lagi 10 minit,rehat 10 minit dan teruskan hingga 1 jam..Jangan putus asa walau susu yang keluar hanya 1-2 titis sahaja..

3. Urutan yang betul di sekitar payudara

Semoga tips-tips ni membantu ibu-ibu sekalian..Sentiasa fikir positif dan insyaallah moga Allah kurniakan rezeki buat anak kita untuk menyusu selama 2 tahun penuh..Ameen

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Kewajipan Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

Sumber : FB Kump. Ibu2 Menyusukan


No comments:

Post a Comment