Pages - Menu

Mar 13, 2013

Konsep asas penyusuan susu Ibu



Kebanyakan ibu menyusu mencari vitamin untuk membanyakkan susu..Sebenarnya tiada vitamin yang boleh membanyakkan susu.Apa yang sebenarnya pengambilan vitamin atau suplemen memberi ibu tenaga,memberi mood yang baik kepada ibu,menenangkan perasaan seterusnya memelihara kesihatan yang baik ke atas ibu. Dengan mood yang baik dan zat yang mencukupi,proses penghasilan susu akan cepat terhasil seterusnya menambahkan hasil susu ibu..

Ada beberapa kawan bercerita,saya dah ambil ESP dan alfafa tapi susu still merudum jugak..Tak cukup jugak untuk bekalan si comel..Saya sentiasa tanya kat mereka,Pengambilan air masak cukup tak 3 liter sehari?

Bagi golongan biasa,pengambilan air memadai 2 liter tetapi bagi ibu menyusu 3 liter air masak diperlukan setiap hari bagi ibu yang mengambil supplemen untuk melancarkan penyerapan nutrien dan menyahtoksik sisa dari badan.

Memang ada yang cakap..3 liter x mampula nak telan sehari..dan yang pasti tak larat nak ulang-alik tandas..Hehe..itulah pengorbanan anda yang perlu diterima ye..

Pengalaman saya mula2 mengambil supplemen..saya bekerja sebilik dengan bos perempuan dalam 1 bilik..dan luar bilik tu penuh dengan pekerja2/kawan2 lelaki..Hampir setengah jam kami bergilir ke tandas..memang segan betui la..sampai dorang senyum sengih tak habis2 masuk tandas:-)Tapi alhamdulillah pam susu memang senyum sampai ke telingalah bawak balik hasil untuk si comel:-)

Penting juga ibu-ibu fahami konsep supply & demand ye..Pastikan menyusu/pam setiap 3 jam sekali..Saya mampu mengumpul 300oz stok semasa dalam pantang (hari 44 saya mula start kumpul) di sebabkan saya konsisten amalkan konsep ni..Setiap 3 jam memang saya susu anak or  pam kalau anak tengah tidur..Walau yang saya dapat hanya 1 oz..saya tetap simpan..sikit2 lama-lama jadi bukitkan?:-)

Penting juga pengambilan makanan yang kita suka..hehe..saya suka yang ni..ramai yang cakap saya makan durian,susu melimpah2..saya minum air longan,susu badan makin banyak..saya makan sup susu saya luar biasa..

Wah,semua orang ada makanan kegemaran masing2kan..kenapa ada sesetengah orang cuba contoh makan durian tu tak banyak pun susu dia?

Sebab ibu yang makan durian tu makan kerana dia memang SUKA dan seronok..Maka terhasil hormon-hormon happy tuh menyebabkan mood gembira muncul seterusnya menghasilkan susu lebih banyak..

Okla,untuk ibu-ibu di luar sana,keep pumping dan niatkan saya mahu menyusu anak saya selama 2 tahun..Teruskan usaha dan berdoa..Jangan cepat putus asa dan terus bagi FM..USAHA lebih untuk anak kesayangan anda..Anda dah berhempas pulas penat lelah mengandung 9 bulan dan lahir si comel anda,bagilah anak kesayangan anda dengan susu terbaik di dunia..tiada galang ganti..Itulah tanggungjawab dan amanah untuk anda sebagai ibu.

Untuk mencuba set penyusuan boleh hubungi saya untuk konsultasi dan cara makan yang betul.

Suhaila Johar
012 6328345
fb: impianz shoppe





No comments:

Post a Comment