Pages - Menu

Dec 26, 2017

Adakah Selamat Makan Durian ketika Hamil

Baru-baru ni saya mempunyai customer yang baru sahaja di sahkan hamil selepas 'try conceive' hampir 9 bulan. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Selepas 4 tahun takde baby, memang sangat teruja katanya apabila dapat berita sangat gembira ini.

Beliau bertanya saya, adakah boleh makan durian ketika hamil?





Haa sekarang ni kan memang musim buah durian..Kalau kat Bandar Baru Bangi ni memang akan jumpa jer peniaga durian ni tepi-tepi jalan..Orang kata lagi tak dapat memang geram je rasa..Tapi sabar..sabar..untuk ibu preggy sebenarnya tidak ada masalah untuk makan durian ni


Hasil pengalaman dan pembacaan saya , makan durian semasa mengandung tak salah. Boleh je TAPI haa ada tapinya..janganlah sampai makan berbiji-biji durian tu..Kot ye pun musim durian kan:-)

Makanlah berpada-pada..kalau setakat beberapa ulas takde masalah. Cuma durian ni kalorinya tinggi ya . 

2 ulas durian sederhana pun dah 60 kalori. So kalau ibu ada masalah diabetes ketika hamil, hati-hatilah. Nanti naik pula bacaan gula dalam darah, haa tak pasal-pasal kena minum air gula lagi dan buat BSP.

Lagi satu pengambilan berlebihan boleh menyebabkan perut sebu dan loya. Beringat-ingat ye makan..Sebab ibu bukan makan setakat untuk diri sendiri malah kesannya juga boleh dapat kepada bayi dalam kandungan.


Cuma ada sesetengah negara yang tak benarkan ibu hamil makan durian sebab ia antioksidan dan sedikit 'panas'. Kalau rasa memudaratkan untuk bayi, seeloknya stop dulu..Namun tiada kajian yang pernah di jalankan ke atas ibu hamil.


Pengalaman sendiri sebelum ni saya makan je..Tapi setakat merasa orang kata supaya takdelah meleleh ayaq liur baby nanti kan. Lagipun durian ni Indeks Glisemiks tinggi, memang tak bagus untuk ibu dan bayi. Lagi bagus kalau ambil ESP yang rendah Glisemik Indeks dan banyak kebaikannya untuk ibu.


Menurut Dr Zubaidi, boleh ambil 2 ulas sehari dan jika ada kesan memudaratkan segeralah berjumpa doktor.

Ok, selamat menjamu durian..Dapat durian kampung ke atau musang king sedap sangat ni:-)





Dec 21, 2017

Tanda- Tanda Bartholin Cyst dan Cara Rawatannya

Bartholin Cyst

Adakah merbahaya Cyst ini?

Baru-baru ini ada seorang customer whatsapp maklumkan ada tanda-tanda seperti Bartholin Cyst ni. Tapi masih peringkat awal belum sakit cuma bengkak kelenjar kat miss V tu. Risau ,takut semua. Yela dah nama cyst kan..Lagi-lagi duduk pulak di tempat sulit.





Apakah itu Bartholin Cyst?

Nama seperti orang putih tapi jika namanya Cyst kalau besar dan sakit semestinya merbahaya dan perlu rawatan lanjut.

Sebenarnya di kedua-dua belah vagina perempuan ada kelenjar Bartholin ni. Jika merujuk pada gambar di bawah, boleh lihat gambar sebelah kiri - kedua-dua belah di bahagian bawah mempunyai kelenjar Bartholin ini. 

Kelenjar Bartholin ini berfungsi untuk menghasilkan cecair pelincir ketika melakukan hubungan suami isteri dan ia membantu pembersihan kawasan bibir vagina. 

Namun, bila kelenjar ini membengkak dan tersumbat laluannya, dan menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar tersebut menyebabkan cyst terbentuk dan ketika ini ia akan semakin membesar, maka terjadilah Bartholin Cyst.


sebelah kiri, kelenjar Bartholin yang normal, sebelah kanan Bartholin Cyst membengkak dan mempunyai kelenjar tersumbat dengan cecair.



Adakah Bartholin Cyst boleh menyebabkan kanser?

Peratusan untuk cyst ini menjadi kanser sangat rendah. Namun tidak bermakna pesakit yang alami masalah ini harus membiarkan ia begitu sahaja. Size Bartholin cyst ini akan menjadi semakin membesar dan pesakit akan merasa sakit untuk berjalan dan duduk. 

Hubungan seks suami isteri juga boleh terganggu. Sekiranya peringkat teruk sehingga boleh menyebabkan demam dan merasa bengkak berdenyut.


Tanda-tanda Bartholin Cyst


  • Bengkak dan kemerahan di kawasan vulva 
  • Benjolan yang menyakitkan di kawasan vulva
  • Tidak selesa apabila berjalan, duduk atau melakukan hubungan suami isteri,
  • Demam dan menggigil 
  • Berair di kawasan cyst berkenaan




Punca-punca Bartholin Cyst


  • Jangkitan kuman 
  • Jangkitan kelamin (STI) ketika melakukan hubungan intim
  • Kalenjar bartholin tersumbat
  • Kebersihan di kawasan vagina sangat penting . Pastikan selepas membuang air, kemaluan faraj di lap dengan bersih . Alat pencukur bulu kemaluan juga boleh menjadi faktor ia terjadi. Pastikan menggunakan pencukur baru dan bersih setiap kali mencukur bulu kemaluan
  • Keputihan. Tidak semestinya wanita yang sudah berkahwin sahaja boleh di hinggapi penyakit ini malah golongan wanita belum berkahwin juga berisiko untuk menghidapinya.


Kaedah Rawatan Batholin Cyst

1. Sekiranya ia tidak di jangkiti, kadang-kadang boleh mengecil dan sembuh dengan sendiri. Minum air kosong sehingga 2-3 L setiap hari dan amalkan mencuci kemaluan dengan baik. 

Sekiranya ia telah di jangkiti , jumpa doktor segera dan rawatan krim antibiotik dan oral antiobiotik akan diberikan.

2. Ubat tahan sakit. 

3. Kaedah Laser

4. Sekiranya di peringkat teruk, doktor akan cadangkan untuk melakukan pembedahan ( mengeluarkan / melepaskan penyumbatan "Marsupialization) untuk memastikan Bartholin cyst ini hilang sepenuhnya.  Namun risiko untuk berulang kembali cyst ini tetap akan berlaku di kelenjar lain. Oleh itu kebersihan faraj  dan pengambilan air kosong secukupnya sangat penting.


Sangat-sangat penting untuk segera berjumpa doktor sekiranya mengalami tanda-tanda seperti benjolan dan kemerahan ini. Jangan tunggu sehingga peringkat teruk tidak boleh berjalan untuk mengubatinya


Apakah Suplemen Shaklee yang boleh membantu?

Untuk masalah Cyst ini terdapat beberapa suplemen yang dapat membantu pesakit dan setakat ini beberapa customer yang mengambilnya pulih dengan baik.


1) GLA Complex


  • membantu mengecutkan cyst / fibroid dengan cepat
  • membantu penghasilan prostaglandin
  • mengurangkan bengkak atau merah pada rahim yang menyebabkan kesakitan
  • menghalang salur darah tersumbat
  • menstabilkan hormon wanita

2) Garlic Complex




  • Antibiotik semulajadi
  • Bertindak sebagai antikulat

3) Vitamin C



  • Memusnahkan sel yang tidak normal
  • Kuatkan sistem imun
  • Membantu penyembuhan dengan lebih cepat
  • Baca lebih lanjut disini



Sangat-sangat penting untuk adik, kakak, ibu jaga kebersihan ya. Rahim wanita ada 1 sahaja. Ada muka cantik tapi rahim bermasalah tiada guna lagi.

Dapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai masalah dan gejala Bartholin Cyst ini. Jangan takut-takut atau malu. Insyaallah ikhtiar dan berubat dari peringkat awal dapat membantu mengelakkan risiko menjadi lebih buruk.


Untuk pertanyaan lebih lanjut dan mendapatkan suplemen semulajadi sebagai rawatan alternatif boleh hubungi saya melalui whatsap : klik di sini 










Dec 18, 2017

Vivix : Resveratrol Terbaik Kaya Pelbagai Khasiat

Bulan ini promosi Vivix.

Beli 6 botol percuma 1 atau beli 2 botol diskaun 5%



Bila beli time promosi ni memang jimat, Beza harga pun hampir RM50 dan lebih daripada harga biasa.

Dapat pula Percuma Shaklee membership dan penghantaran percuma. Serta 'Cashback' akan di kredit ke dalam akaun bank bulan berikutnya.

 Tak lama dah promosi vivix ni akan berakhir. Lebih kurang 12 hari je lagi

Ramai pengguna vivix ni. Ramai juga anak yang belikan untuk ibu bapa tersayang yang mempunyai masalah kesihatan.

Saya akui harga vivix sedikit mahal tetapi dengan khasiat dan manfaatnya sangat berbaloi dan baik untuk kesihatan.

Sebotol Vivix mempunyai lebih kurang 100mg Resveratrol. Jika korang mencari atau google mengenai khasiat resveratrol pasti menemui pelbagai manfaatnya untuk kesihatan.

Resveratrol adalah ahli kumpulan sebatian tumbuhan yang dikenali sebagai polifenol. Sebatian ini dianggap mempunyai ciri-ciri antioksidan, melindungi tubuh daripada jenis kerosakan dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk keadaan seperti kanser dan penyakit jantung.




Resveretrol adalah satu kompaun yang dijumpai dalam tumbuhan seperti Polyganum Cuspidatum dan Anggur Merah. Ia biasanya digunakan oleh tumbuhan untuk mengawal dari serangan parasit atau serangan persekitaran yang merosakkan. Kiranya ia satu antioksidan untuk melindungi diri.


Nak dapat anggur merah mungkin senangkan tapi nak dapat Polyganum Cuspidatum tu nak kene ke Jepun baru boleh dapatkannya. Itu pun belum tentu kita boleh makan dan mengambilnya.

Cara paling mudah untuk dapat kesihatan optimum dan lindungi badan daripada serangan radikal bebas adalah dengan pengambilan makanan kaya resveratrol seperti VIVIX ini.


Mungkin ada suplemen lain yang turut mengakui sebagai suplemen Resveratrol tapi pastikan ia adalah asli  dan tidak ada campuran bahan lain. Vivix mempunyai kandungan bahan botani kedua-dua tumbuhan di atas - Polyganum dan Anggur Merah


Vivix is sold as a botanical beverage mix containing 4 plant extracts (Muscadine Grape Extract, European Elderberry Extract, Japanese Knotweed Extract and Purple Carrot Extract).

There are naturally occurring polyphenols in the plants but the amounts may vary between harvests. However, we do not extract any specific active compound from the plants. As such, the product is classified as food and fall under control of Malaysia Food Safety and Quality Department (FSQD).

The Vivix label has also been screened and approved by FSQD and classified as FOOD.


Kebaikan dan manfaat Vivix

Ujian Klinikal mengenai Vivix

Bahan kandungan dalam Vivix

Kajian Vivix ke atas Telomere DNA

Testimoni Vivix


Untuk dapatkan khasiat dan manfaat vivix, boleh dapatkan melalui pengedar Shaklee atau Branch Shaklee berdekatan. Berminat boleh hubungi saya seperti berikut

whatsapp 016 358 9018


Dec 7, 2017

RADIKAL BEBAS : Pentingnya pemakanan dan suplemen antioksidan di zaman moden kini

Bercerita mengenai antioksidan , radikal bebas mungkin ramai masih kabur lagi. Kalian tahu tak betapa pentingnya untuk mengambil pemakanan atau suplemen antioksidan dalam diet seharian kita di zaman sekarang. Kenapa penting sangat pengambilan diet yang mengandungi antioksidan ni? Di zaman moden ni, apa yang kalian tahu mengenai radikal bebas? Apa kaitan radikal bebas dengan antioksidan?






Radikal bebas adalah suatu atom atau molekul yang tidak stabil dan sangat reaktif karena memiliki satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan pada orbit luar. Untuk mencapai kestabilan atom atau molekul, radikal bebas akan bereaksi dengan molekul di sekitarnya untuk memperoleh pasangan elektron. Reaksi ini akan berlangsung terus menerus dalam tubuh dan apabila tidak dihentikan akan menimbulkan berbagai penyakit kritikal. 


Radikal bebas boleh di perolehi daripada faktor internal seperti metabolisma tubuh ( pencernaan makanan) dan juga daripada sumber luaran seperti asap rokok, asap kenderaan atau kilang, zat makanan yang mengandungi bahan pestisid, bahan kosmetik, pencuci toksik,radiasi dan pelbagai lagi.







Apa yang terjadi apabila tubuh terkena serangan radikal bebas?

Apabila tubuh kita terus menerus terdedah kepada radikal bebas dalam jangka masa lama, ini menyebabkan kerosakan oksidatif yang menyebabkan kerosakan DNA, penuaan sebelum tiba masanya, kedutan, kulit kusam, inflamasi yang juga menyebabkan terjadi penyakit kronik lain seperti sakit jantung, peparu, kanser, kencing manis dan lain-lain.





Sebagai perumpamaan, 

Saat dibelah, buah epal dengan cepat akan berubah warna. Daging ayam yang tidak disimpan dalam peti ais lama-kelamaan akan menjadi basi. Inilah yang dinamakan proses oksidasi. Begitu juga dengan proses alam semulajadi yang terjadi pada sel tubuh manusia.



Penyakit kronik akibat radikal bebas:

Kanser
Diabetes
Penyakit ginjal
Arteriklorosis





Bagaimana mahu melawan atau berlindung daripada radikal bebas? 

Adakah cara untuk lindungi badan kita daripada serangan radikal bebas sekeliling kita ni? Sudah tentu ada. Iaitu dengan pengambilan antioksidan.


Antioksidan adalah bahan yang dapat melindungi sel-sel tubuh badan kita daripada kesan buruk radikal bebas ni. 





Pada masa kini, sekiranya kalian berada atau tinggal di bandar besar yang mempunyai pencemaran lebih tinggi ,setiap hari terdedah kepada asap kenderaan, asap kilang dan sebagainya, maka antioksidan sangat di perlukan.

Namun jangan fikir anda yang tinggal di kawasan kampung atau luar bandar selamat. Asap rokok, bahan pencuci, kosmetik dan kebanyakan bahan-bahan kimia daripada penyembur juga boleh menyebabkan badan kita terdedah kepada radikal bebas ni.


Jadi bahasa mudahnya, semua orang memerlukan antioksidan untuk melindungi sel badan masing-masing di zaman moden kini.



Jenis dan Sumber Antioksidan



Terdapat berbagai jenis antioksidan.  Sumber antioksidan adalah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna merah, oren, kuning dan ungu.


Seterusnya banyak bahan-bahan tumbuhan yang diperolehi dari tumbuhan yang dikenali sebagai “phyttonutrients” atau “phytochemicals” juga mengandungi ciri-ciri antioksidan contohnya, sebatian phenolic iaitu flavonoids yang diperolehi dari beberapa jenis buah-buahan, sayuran dan ekstrak tea hijau.



Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan dan suplemen antioksidan adalah vitamin A,C, E dan Polifenol.


Produk Shaklee untuk antioksidan adalah Vivix, Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin A (Caratomax).



- Vitamin C berperanan mencegah kerosakan dengan menuetralkan radikal bebas.





Amalkan vitamin C sebanyak 1000 mg sehari. Vitamin C dapat meningkatkan sistem imun badan. Vitamin C berperanan sebagai antioksidan yang bertindak meneutralkan radikal-radikal bebas yang berbahaya dan boleh merosakkan kulit serta organ-organ penting dalam badan.


- Vitamin E dengan Selenium dapat membantu memecah rantai radikal bebas. 




- Vitamin A ( Carotomax) 




- Polifenol ( Vivix)








Bila tahu mengenai radikal bebas ni kita baru tahu betapa pentingnya pengambilan makanan antioksidan dan suplemen antioksidan ni. Kita tak boleh nak elak pencemaran, asap rokok, sinaran UV, pencuci dan bahan toksik sekeliling kita. tapi sekurang-kurangnya jika kita ambil cakna ada ilmu mengenai cara mengurangkan bahaya dan kesannya, insyaallah kita boleh kurangkan risiko penyakit merbahaya seperti di atas.

Kalau rasa kurang pengambilan sayur dan buah-buahan dalam kategori di atas, ambillah sekurang-kurangnya 1-2 suplemen ini. Insyaallah moga-moga ikhtiar kita dapat lindungi sel dan badan kita daripada bahaya radikal bebas ini.


Untuk dapatkan suplemen antioksidan di atas, boleh hubungi saya di whatsapp : 016 358 9018 ( klik sini) atau seperti berikut



Produk shaklee adalah produk semulajadi, Tiada pewarna, pemanis dan pengawet.







Dec 6, 2017

Pesanan Dr Hamid Arsyat mengenai Diabetes dan Tips Penjagaan Pemakanan

Lebih kurang 18 % penduduk malaysia mengidap penyakit kencing manis (diabetes). Lebih 10 % lagi dalam kaedaan ' prediabetic' dan boleh jadi pesakit diabetes jika tidak mengambil langkah-langkah untuk mencegahnya.

Simptom diabetes keatas wanita


Jom baca perkongsian mengenai Diabetes oleh Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arsyat yang di kongsikan oleh beliau di muka bukunya.

Kenali Diabetes

Seseorang disahkan nengidap diabetes bila kandungan gula glukos dalam darah melebihi 8 mmol/L, setelah puasa melebihi 6 jam. Normal ialah antara 4 - 8 mmol/L. Air kencingnya pun didapati mengandungi gula; jesteru digelar penyakit kencing manis.

 Terdapat 3 jenis diabetes;

a. Type 1 diabetes, juga digelar' juvenile diabetes', sering menimpa sebelum umor 20 tahun. Sel2 beta dalam panreas yang mengeluarkan insulin rosak. Pesakit perlu suntikan insulin.
b. Type 2 diabetes. Biasa menimpa orang dewasa, biasanya umor 40 tahun keatas. Sumber insulin cukup tapi berlaku insulin resistant, metabolisma gula glukos gagal.
c. Diabetes waktu hamil atau gestational diabetes sebab peningkatan hormon2 ketika hamil.

Pesakit-pesakit saya yang hamil ada diabetes, saya stabilkan dengan ubat metformin tanpa guna insulin melainkan dia memang type 1 diabetes.

  • Type 1 diabetes terus begantung kepada insulin. Tiada pilihan lain.


  • Type 2 diabetes dan diabetes waktu hamil bolih dikawal dan biasanya dikaitkan dengan kegemokkan, makan berlebihan karbohaidret dan manisan dan pengidap PCOS.


Jika tidak terkawal, dalam jangka panjang banyak kerosakkan organ-organ bolih berlaku : rosak buah pinggang, mata, saraf, jantung, saluran2 darah yang menyebabkan gangrene dan lain2.

 Langkah-langkah mengawal dan mencegah diabetes;

a. Ikuti nasihat doktor yang merawat. Jika diarah makan ubat saperti Metformin atau lain, perlu patuh.

Pantau kandungan gula dalam darah, mudah dilakukan dirumah setelah diajar olih kakitangan klinik. Buat beberapa ujian, lepas puasa, lepas makan dan dua jam lepas makan.

b. Kawal pemakanan khususnya gula, karbohaidret dan manisan. Nasi, mee, roti, kueh2, nasi lemak, roti canai, ais krim dan lain2 kesemuanya mengandongi karbohaidret dan gula.

Kurangkan amount makan.

Makan ikut jadual, sarapan, makan tengah hari dan malam.

Lebihkan sayur2, buah2 dan lauk dari perotin.

Makanan-makan yang perlu dikurangkan:

  • Jauhkan minuman soda, juz dalam tin, kotak atau botol, kandungan gula terlalu tinggi.
  • Jauhkan makanan yang mengandongi gluten saperti, wheat, wheat germ, barley dan rye. Gluten mencetuskan inflammation dan neningkatkan hormone steroids, tahap gula pun naik.
  • Jauhkan susu lembu tanpa pasteur kerana kandungan A1 casein yang sama tindakan saperti gluten. Tukar kepada susu kambing.
  • Jauhkan Minyak soya, canola dan corn. Minyak kelapa dan sawit lebih baik.
  • Jauhkan produk2 GMO saperti soya dan jagung diimport dari luar negara.
  • Jauhkan semua minuman arak dan beer.


Makanan-makanan  yang disyorkan:

  • Makanan-makanan yang mengandungi fiber. Sayur tempatan sawi, kangkong, pucuk2 ubi, keledek dan paku, nenas, oats.
  • Makanan2 mengandongi chromium, broccoli, raw cheese, kacang hijau dan panjang.
  • Makanan2 mengandongi magnesium, bayam, almond, yogurt
  • Protin, ikan2 berminyak, salmon, mackerel, tuna, daging lembu tanpa lemak, ayam organic, dhall.
  • Lemak2 baik, Minyak kelapa
  • Makanan2 rendah gula, nuts, biji2 labu, sunflower, berries, avarcado.


Supplement , gantian gula, herba.

Beberapa jenis makanan tambahan dan herba tempatan yang bertindak menurunkan glukos dalam darah;

1. Kayu Manis (cinnamon) , kajian menunjukkan ia mengurangkan glukos, LDL cholesterol dan triglycerides, disamping neningkatkan HDL cholesterol dalam darah.

2. Peria (bitter gourd). Kajian menunjukkan peria bolih mengawal glukos dalam darah dan meningkatkan insulin sensitivity. Ia juga bolih bantu mencegah komplikasi diabetes saperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salur darah.

Dipasaran terdapat jualan kapsiul dan tablet peria.

3. Alpa Lipoic acid.

Ini satu jenis anti oxidant yang bantu metabolisma glukos, meningkatkan insulin sensitivity, dan mencegah kerosakkan saraf (diabetic neuropathy). Sumber utama broccoli, bayam dan tomato.

4. Fish oil 1000 mg setiap hari.

Ia bantu tingkatkan insulin sensitivity dan kurangkan inflamasi. Bertindak mengawal cholesterol dan meningkatkan HDL. Kesannya bantu kawal diabetes.

5. Gantian gula.

a. Sweetener P3. Berasal dari gula tebu. Diperoses dengan Nano technology. Glycemic index sifar (zero). Bolih didapati dipasar2 supermarket, Mydin etc. Sesuai untuk gantian gula. Satu produk tempatan, usaha bumiputera.

b. Stavia. Sejenis tumbuhan kecil berasal dari amerika selatan. Daunnya sangat manis tetapi sangat rendah nilai glycemic index. Pengganti gula. Dapat kawal glukos dalam darah. Sesuai sebagai gantian gula.

6. Minuman Teh hijau (green tea)

Teh hijau punyai banyak khasiat kesihatan kerana kandungan antioxidant - polyphenols dan catechins. Dianggap satu minuman yang memanjangkan umor kerana memperlahan kematian sel2 dan tisyi2. Ian juga mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Minumlah 5 cawan setiap hari.

7. Herba-herba tempatan.

Saya dapati beberapa jenis herba2 tempatan ada berkesan mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Misalnya daun betawali, ulam raja, hempedu bumi, sambung nyawa, ginseng, pecah kaca dan lain2.

Daun2 yang menghijau bolih dimakan sebagai ulam. Atau direbus dengan air panas. Atau dikeringkan dan jadikan air teh.

Exercise, kawal kegemokkan ,rehat dan tidur:


Sangat penting lakukan exercise 30-40 minit setiap hari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga.

Cukupkan tidur 5 - 7 jam setiap hari. Dan beri masa untuk merehatkan tubuh dan mental kita.


Jom sama-sama jaga kesihatan. Jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat setiap hari.


Kredit : FB Dr Hamid Arshat