Pages - Menu

Oct 25, 2017

5 Set Kecantikan Shaklee untuk Kulit Sihat,Cantik Berseri dan Bebas Masalah

Kulit cantik berseri idaman dan impian semua wanita. Bukan setakat golongan remaja, malah menginjak usia 30 an sehingga usia emas juga mahukan kulit bebas daripada masalah jerawat,jeragat, kulit kusam, pori besar dan sebagainya.


Apakah makanan yang penting untuk mendapatkan kulit yang cantik?



Sudah semestinya makanan seimbang - kurangkan makanan berminyak, berlemak dan pastinya air kosong yang cukup untuk kekalkan kelembapan kulit. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga kekacang. rehat dan tidur cukup juga mengelak penuaan dan menjadikan kulit lebih sihat bertenaga.


Selain pemakanan yang seimbang, suplemen semulajadi set cantik juga sangat membantu untuk mendapatkan kulit berseri dan sihat.


Suplemen Shaklee yang dapat membantu atasi masalah kulit:

1) Kulit kering dan bersisik : ESP + Vitamin E + B Complex


Bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering dan bersisik , gabungan suplemen ini dapat membantu menyelesaikan masalah kulit di hadapi

Set ini membantu kelembapan kulit, kulit lebih halus,parut jerawat semakin pudar jika ada, kulit lebih berseri dan bebas masalah kusam


2) Kulit berminyak dan berjerawat : ESP, Vitamin C, Garlic Complex & GLA Complex


Gabungan 4 vitamin semulajadi ini dapat membantu mengurangkan masalah jerawat, parut jerawat, menstabilkan hormon yang menyebabkan pengeluaran jerawat, mengurangkan kulit berminyak dan liang pori terbuka.


3) Liang pori besar dan berminyak - ESP, Vitamin C dan Collagen Powder

Gabungan set vitamin ini membantu mencerahkan kulit, mengecilkan liang-liang pori besar, mencantikkan dan menghaluskan kulit. Liang-liang pori akan mengecil dan kulit akan lembut dan  kelihatan cerah sekata 


4) Kulit kusam dan berparut - Vitamin C , Vitamin E dan ESP

Gabungan 3 vitamin ini membantu kulit lebih glowing, parut jerawat dan jeragat cepat pudar, sel sihat terhasil dan kulit lebih berseri


5) Kulit tidak bermaya dan nampak tua daripada usia sebenar - Vivix, ESP 

Set ini membantu repair sel-sel rosak, memperbaharui sel- sel badan sihat, kulit nampak fresh dan awet muda.


Set Kecantikan Shaklee yang popular



Apa kata pengguna yang telah mengambil set ini:














Nak lihat lagi Testimoni Set Kecantikan ??
Jom klik di sini

di sini juga 


Sekiranya menghadapi masalah kulit seperti di atas, rawatan dari dalam, set kecantikan semulajadi dapat membantu. 

Boleh hubungi saya melalui Sms @ whatsapp di 016 358 9018




Oct 18, 2017

Cara Atasi Masalah Kaki Kejang Semasa Hamil



Kenapa Kalsium penting untuk ibu hamil?

Pernah tak ibu alami masalah kaki dan betis kejang? sakit gigi atau gigi berlubang setiap kali hamil? Ibu selalu sembelit terutama di akhir kehamilan? Sakit pinggang setiap malam semasa bangun dari tidur? Letih, moody dan sering lenguh seluruh badan?





Tanda-tanda di atas menunjukkan kekurangan kalsium berlaku dalam badan ibu. Tahu tak pengambilan kalsium yang cukup sangat penting untuk ibu-ibu atasi masalah di atas. Majoriti ibu yang alami masalah-masalah di atas memang sering di kaitkan dengan kekurangan pengambilan makanan berunsur kalsium atau suplemen kalsium.


Pengalaman saya 4 kali hamil memang tak lari dari sakit gigi. Awal kehamilan tu mesti jumpa doktor gigi dan ada tampalan sementara. Pregnant anak pertama dan kedua saya tidak tahu juga kenapa ini berlaku. Tapi selepas anak ketiga saya baru dapat tahu punca sakit gigi ini kerana kekurangan kalsium dalam badan. Apatah lagi bayi yang semakin membesar juga turut 'mencuri' kalsium ibu.



Ya, janin dalam perut ibu juga memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang,gusi dan tumbesaran. Dan sudah semesti dan pasti ia perolehi sumber kalsium daripada pemakanan seharian ibu ambil. Ibu dan janin bayi berkongsi nutrisi sama setiap hari. Sebab tu sangat penting ibu kena cukup pengambilan makanan berkhasiat termasuk sumber kalsium ini. 


Antara makanan yang kaya dengan sumber kalsium ( credit mr google)

Ibu hamil memerlukan sehingga 1500mg keperluan kalsium setiap hari berbanding 1000mg bagi individu dewasa yang tidak hamil. Sumber kalsium boleh di dapati daripada  sayuran hijau, biji-bijian dan kekacang, daging, telur, susu,dan juga daripada suplemen tambahan.




Apakah terjadi sekiranya kekurangan kalsium semasa hamil?

Seperti yang di maklumkan diatas, defisit atau kekurangan sumber kalsium dalam badan boleh menyebabkan beberapa masalah seperti:


- Kerap kejang kaki dan betis pada waktu malam
- Gangguan pertumbuhan janin bayi - tulang tidak kuat, mudah rapuh dan pertumbuhan terbantut
- Ibu mengalami masalah tulang dan gigi mudah rapuh 
- Sakit pinggang, lenguh seluruh badan
- Risiko pre-Eklampsia ( gejala darah tinggi semasa hamil)
- Osteoporosis
- Komplikasi semasa meneran ( mahu bersalin)



Ostematrix terbaik dapat bantu ibu 


Untuk melengkapkan sumber kalsium setiap hari,  ia juga boleh di dapati daripada suplemen tambahan.

Sangat penting untuk memilih suplemen yang selamat dan berkesan semasa hamil .

Pemilihan suplemen kalsium adalah sangat penting iaitu ibu perlu memilih pil kalsium yang lengkap dengan vitamin D dan magnesium kerana ia membantu penyerapan terbaik dalam badan dan tidak menyebabkan masalah batu karang. Semua ciri ini terdapat pada Ostematrix


Ostematrix membantu ibu mendapat keperluan kalsium mengcukupi serta mengelakkan risiko gejala masalah kekurangan kalsium di atas







Pengambilan Ostematrix ni sangat sesuai di ambil semasa sebelum tidur. Kenapa sebelum tidur? Kerana ia membantu ibu tidur lena pada waktu malam, mengelak masalah kekejangan pada waktu malam dan ia di serap sepenuhnya dalam badan ibu. Jadi keesokannya bila bangun daripada tidur ibu akan lebih fresh, pembuangan lawas dan badan cergas.



Manfaat Ostematrix untuk kesihatan:





Sempena hari Osteoporosis sedunia ( pity me, saya baru tahu ada sambutan hari penting ini), Shaklee menawarkan promosi jimat untuk para ibu dan semua rakyat Malaysia.


Selama 3 hari bermula pada hari ini sehingga Jumaat ini ( 18 - 20 Oktober ini) akan berlangsung promosi Ostematrix ini. Promosi jimat beli 3 botol diskaun 5%


Harga sebotol Ostematrix tak termasuk postage RM61.30 sahaja ( 120 biji). Suplemen mampu milik dan sangat penting untuk semua.


Jom tengok apa kata pengguna lain yang ambil Ostematrix:






Masalah saya yang kerap terjadi semasa hamil adalah masalah kekejangan kaki / betis waktu malam. Dalam bahasa ganu panggil 'setok karong'..Sakit sangat..Memang kalau kena nak menangis tengah-tengah malam tetiba terjaga..Alhamdulillah selepas konsisten ambil Ostematrix tiada lagi masalah ni sehingga bersalin..Syukur sangat




Yang nak buat pembelian menggunakan kad debit / kad kredit : boleh klik pembelian di sini


atau boleh whatsapp saya seperti berikut: http://www.wasap.my/60163589018













Oct 13, 2017

Masalah Haid Tidak Teratur dan Berjaya Hamil Hasil Konsisten Pengambilan Suplemen Shaklee

Assalamualaikum..Salam Jumaat penghulu segala hari.

2,3 hari ini saya kerap mendapat private message daripada beberapa orang customer yang mempunyai masalah period tidak teratur dan ingin hamil lagi.




Masalah period tidak teratur boleh menyukarkan peluang untuk hamil dan boleh merumitkan keadaan kerana tidak tahu bila masa subur yang sebenarnya. 'Cycle' normal bagi wanita adalah 21 -35 hari  dan kebiasaanya adalah 28 hari. Period yang normal dapat meningkatkan peluang untuk hamil dan dapat bantu pasangan untuk merancang kehamilan sebaik mungkin.


Hari ni saya nak share pengalaman Pn Elyanie yang mempunyai masalah period tidak teratur ni sejak zaman anak dara lagi sehinggalah beliau berumahtangga. Sudah berjumpa doktor yang menyebabkan hatinya di hiris-hiris apabila doktor maklumkan apabila berkahwin kelak akan sukar untuk peroleh cahayamata dan keadaan period lagi teruk. Jom baca kisah beliau di bawah:






Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya Elyanie Binti Che Ros dan berusia 26 tahun. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berusia 1tahun 9 bulan yang diberi nama Ahmad Aryan Razin.

Hari nie Yanie akan sharekan masalah yang Yanie hadapi dan akhirnya kemanisan yang Yanie dapat bila bertemu Shaklee ðŸ˜˜
.

Sebenarnya kata-kata en suami sebelum nie ada sebab kerana dia tahu masa Yanie belajar dulu dekat POLIMAS ada masalah period tidak teratur.

Bagi yang tak pernah baca entry blog Yanie berkaitan ini Yanie akan sharekan dengan korang semua.
.

Masa belajar dekat POLIMAS pada tahun 2009-2012 Yanie hampir 6 bulan period tidak datang. Pada masa itu Yanie makin serabut dan takut kerana risau kalau ada penyakit yang kronik ataupun sebaliknya. Hanya Allah sahaja tahu perasaan Yanie masa itu.
.

Masa belajar dulu keluarga Yanie jauh di Ipoh. Yanie hanya uruskan diri sendiri masa di Kedah dulu selama 3 tahun tanpa keluarga di sisi. Disebabkan makin serabut dengan masalah period yang tidak datang hampir 6 bulan, akhirnya Yanie buat keputusan untuk jumpa pakar di hospital mahupun klinik untuk scan dan buat rawatan masalah yang yanie hadapi.

Hanya airmata sahaja yang menitis tanpa henti selepas jumpa doktor pakar.
.

Doktor cakap period Yanie ini akan teruk lagi apabila Yanie sudah berkahwin nanti. Kerana selepas kita berkahwin hormon kita akan berubah kerana kita sudah bersama suami. Yang makin sebak buat Yanie, doktor cakap risiko ingin timbang cahaya mata sangat tipis atas sebab period Yanie yang teruk. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Yanie masa itu.
.

Memang kita tak tahu bila nak berkahwin. Tapi bila kita berkahwin mesti inginkan cahaya mata untuk diberikan kepada suami, waris keluarga dan waris keluarga mertua. Selepas jumpa doktor, doktor akan beri Yanie ubat untuk period, dan sampai bila Yanie ingin bergantung dengan ubat-ubatan sahaja.
.

Shaklee ubah masalah kesihatan Yanie kepada 360 darjah. Syukur alhamdullilah, akhirnya period Yanie yang hampir 6 bulan tak dapat dapat diatasi dengan selamat. Yanie hanya konsisten dengan SET KESUBURAN SHAKLEE HANYA 3 BULAN SAHAJA. Selepas 3 bulan tersebut, period Yanie datang setiap bulan tepat pada masanya. Masa itu tidak tergambar perasaan syukur dan seronok sangat kerana masalah period Yanie sudah berakhir. Saat bahagia sangat bila dapat mencegah daripada makin teruk.

Yanie memang konsisten makan ESP , GLA COMPLEX & ALFALFA COMPLEX TANPA SKIP. En suami juga konsisten makan ESP , VITAMIN E & ZINC COMPLEX (out of stok) TANPA SKIP JUGA.
.


Yang paling bahagia sebenarnya bagi Yanie dan suami adalah kami sama-sama konsisten makan Shaklee dari kami berkawan, tunang dan akhirnya berkahwin. Kami mula ambil Shaklee jun 2013. Sudah 4 tahun kami sudah bersama Shaklee. Syukur sangat bila en suami ini seorang yang ambil berat dan berikan perhatian sepenuhnya kepada Yanie.

Pada tahun 2015 kami sah hidup sebagai suami isteri, kami makin bahagia dan seronok kerana cinta kami akhirnya bersatu walaupun kawan tak lama. Alhamdullilah syukur kehadrat illahi. Selepas sebulan lebih berkahwin suami tiba-tiba sakit ulser teruk dan demam tak kebah-kebah langsung hampir seminggu lebih. Kita sebagai isteri memang risau dengan keadaannya itu. Hampir 5 buah klinik pergi untuk buat rawatan tapi hanya selepas makan ubat klinik terakhir sahaja suami sembuh sebaiknya.
.

Tiba-tiba mak mertua cakap cuba beli UPT sebab nampak keadaan suami lain. Mungkin suami ada kena alahan kot. Kami suami isteri pun pergilah farmasi beli UPT. Yang bestnya bila nak minta UPT tue masing-masing malu. Maklumlah baru pertama kali nak pergi beli. hahahahaha.
.

Yanie bangun pagi terus buat test ini. Nampak sahaja double line terus tunjuk dekat suami yang yanie sah hamil. Rasa sebak sangat kerana Yanie bertuah kerana Allah beri rezeki anak awal. Sebabkan Yanie konsisten makan supplemen Shaklee daripada masalah kesuburan Yanie dahulu dan kata-kata doktor bahawa Yanie tipis untuk dapat anak akhirnya dapat diatasi dengan sepenuhnya. Inilah hadiah paling bermakna bagi kami suami isteri. Terima kasih Ya Allah kau dengar doaku. Terima kasih Shaklee sebab bantu mencegah masalah kesuburan Yanie.

Selepas seminggu Yanie buat UPT, Yanie dan suami buat keputusan untuk pergi buat scan baby dalam perut sebab nak tahu keadaan baby macam mana. Time buat scan, doktor tunjuk di skrin gambar jantung baby yanie. Masa itu Yanie dan suami nampak jantung baby berdegup sangat laju dan kuat sekali. Time tue rasa bersyukur dan sebak sangat kerana Allah letakkan anak syurga di dalam rahim Yanie. Yanie rasa sangat bertuah sangat.

.

Sebenarnya tak salah kalau kita nak ikhtiar dan cuba cari cara untuk mengatasi masalah kesihatan kita sebaik mungkin. Kerana Allah sangat suka bila hambanya berusaha dan terus berusaha. In Shaa Allah bila kita usaha sehabis mungkin kita akan rasa dan menikmati kemanisannya.



Alhamdulillah..usaha dan ikhtiar yang terbaik. Set kesuburan Shaklee membantu puan Yanie pulihkan masalah period tidak teratur dan alhamdulillah akhirnya beliau berjaya hamul dengan izinNya.

Tak rugi amalkan makanan dan suplemen berkhasiat. Badan kita perlukan zat nutrisi yang cukup lengkap dan suplemen yang dapat topup mana zat berkurang untuk kekal sihat. Bila sel cukup zat, sel sihat, penyakit jarang hinggap dan badan akan tiptop.


Jika adik kakak punyai masalah sama seperti di atas, cubalah suplemen ini ( GLA complex, ESP dan Alfafa Complex). Ketiga-tiga ni sangat penting untuk bantu dapatkan sel badan sihat, atasi masalah haid tidak teratur, masalah dalaman wanita sekaligus membantu menyahtoksik dari badan.


Suplemen semulajadi tidak memudaratkan. Shaklee mempunyai kelulusan daripada KKM, produk halal dan semulajadi, selamat dan berkesan.

Untuk pertanyaan lanjut dan order boleh whatsapp saya di 016 358 9018 atau boleh hubungi melalui berikut







Oct 9, 2017

Cara Atasi Masalah Kulit Kering dan Bersisik

Baru-baru ni jumpa kawan lama perasan kulit muka dia cantik sangat. Takde dah kulit kusam dan kering macam dulu.





Apa lagi, tanyala dia tips macamana boleh dapat kulit cantik macam sekarang. 

"Dulu akak tahu tak, saya langsung tak pakai apa-apa pencuci muka pun. Bila pakai makin pedih dan kering muka. Sampai rasa macam nak terkoyak je kulit muka! Ish takutnya."

Biasa orang duk kulit berminyak risau kulit berjerawat, berjeragat bagai..Haa masalah kulit kering pun tak kurang menakutkan kesannya.


Ciri- Ciri Kulit Kering:

1. Permukaan kulit terasa kasar
2. Pori-pori sangat mengecil
3. Kulit sering mengelupas terutama selepas memakai sabun atau pencuci muka
4. Kulit kemerahan dan rasa gatal
5. Kulit bersisik dan kasar
6. Muncul garis rekahan pada kulit. Jika terlalu kering boleh menyebabkan pendarahan atau pedih.


Punca- Punca Kulit Kering

1. Salah pemakaian sabun. Sabun yang mengandungi bahan kimia sepert sulfur, banyak busa, mengandungi bahan pewarna dan pengawet. Kebiasaan sabun buku menyebabkan kulit bertambah kering dan merekah

2. Kurang minum air kosong

3. Perubahan pada cuaca / suhu

4. Sabun / bahan pencuci pakaian mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai untuk PH kulit


5. Kekurangan nutrisi




Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering


Sekiranya anda mempunyai kulit kering dan bersisik, cara berikut dapat mengurangkan masalah di hadapi:


1. Minum air kosong secukupnya


Pengambilan air kosong yang mencukupi sangat membantu dalam memastikan kulit kekal cantik dan lembab. Ambillah air kosong 2-3 liter sehari atau sekitar 8-10 gelas untuk menjaga kelembapan kulit 


2. Elak menggunakan sabun berbusa 

Sabun berbusa yang mengandungi bahan kimia, pegawet dan bahan perwarna boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan sekaligus merekah. Pilih sabun bersesuaian atau pencuci muka bersesuaian yang kurang berbuih


3. Selepas mandi boleh sapu krim atau pelembap di seluruh badan dan kaki

4. Elakkan menggaru atau menggosok terlalu kuat pada kulit kering kerana ini boleh menyebabkan keradangan pada kulit

5. Pakai pelembap apabila berada dalam bilik berhawa dingin atau ketika keluar rumah

6. Mengambil nutrisi dan zat makanan yang mengcukupi untuk rawatan dalaman



Atasi kulit kering dan bersisik dengan Nutrisi Shaklee


Suplemen semulajadi Shaklee juga bagus di ambil untuk melindungi dan memelihara kulit daripada terlampau kering.



Antara produk Shaklee yang dapat membantu mengurangkan masalah kulit kering:

- Protein ESP
- Collagen Powder
- Sustained Release Vita C Plus
- Vitamin E
- Herbal Blend untuk sapu luaran


Testimoni Pengguna Shaklee


-- Kulit kering bersisik tiada lagi selepas konsisten mengambil protein ESP, Malah kulit lebih lembut dan licin. Tumit pun dah tak kasar lagi


-- Krim free paraben sangat baik untuk masalah kulit kering, ruam, kulit sensitif dan kulit bermasalah. Hanya sapu nipis di luaran sahaja.



-- Pengambilan beberapa sachet Collagen Powder, kulit dah tak kering. lembap-lembap je.






Sekiranya anda mengalami masalah kulit kering, bersisik dan asyik mengelupas, ia petanda badan kekurangan air dan zat nutrisi. Jadi jangan biarkan ia berlarutan, boleh dapatkan nutrisi daripada Suplemen Shaklee ini untuk lengkapkan zat yang berkurangan dalam badan.


Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh whatsapp di sini atau melalui berikut





Oct 4, 2017

Sakit Kaki Mencucuk-Cucuk Hilang Selepas Jaga Makan dan Ambil Suplemen Ini

Al kisah masa balik kampung cuti Tahun Baru Hijrah baru ni en suami mengadu sakit kaki bila bangun pagi..Kaki mencucuk-cucuk sakit katanya.. Malam sebelum tu makan ubi keledek yang mak rebus je katanya.


Image result for ubi rebus




Kakak cakap takkan sebab ubi rebus jadi sakit kaki sebab tak pernah alah makan pun sebelum ni...Mungkin juga angin kan sebab makan ubi pun boleh berangin badan..Husband pun biarkan je since masih boleh berjalan slow-slow lagi. 

Hari tersebut juga kami naik ke Bukit Cameron. Esoknya kaki semakin teruk. Sampai nak pijak lantai sakit sangat. Nampakla jalan terhencutnya. Kaki mula bengkak dan merah. Ajak ke klinik kat sana tak nak, nak tunggu klinik kat Bangi jugak. Adalah beberapa biji Ostematrix dan B complex yang bawak, so telan yang tu dulu, so bolehla bertahan dulu buat sementara..Harapla juga kenanya kaki kiri, so bolehla drive lagi turun Cameron Highland tu.


Sampai je malam tu terus ke klinik. Dr pun tak tahu sebab apa..Bagi ubat saraf, ubat tahan sakit dan krim sapu. Esoknya sakit dah berkurang tapi mencucuk-cucuk dan sakit tumit tu still ada. Saya teruskan bagi makan Ostematrix , B complex dan saya add on 1 sudu Vivix pada waktu pagi.


Alhamdulillah getting better. Dah boleh solat berdiri macam biasa dan kurang dah sakit katanya. Dapat pergi kerja macam biasa.


Hujung minggu baru ni kami ada program dan malam tersebut ada makan-makan sikit - makan SeaShells korang...haa tahu jela ada udang, sotong, kupang dan sewaktu dengannya..En suami makan punya tak beringat! Dah feveret kan!


Esoknya beliau mengadu kaki sakit balik! Kali ni sakit lagi teruk. Bengkak dan merah terus.



Ihsan Google ( lebih kurang bengkak dan merah macamni)


Baru teringat adakah mungkin ini tanda-tanda Gout? Tapi bukan kena pada ibu jari kaki! Kat bahagian permukaan sahaja tapi bila sentuh sakit. Terus beliau ke klinik balik dan dr suggest untuk jalani ujian darah.


So petang tu bertahan sakit. Sampai ajak beli tongkat tau..Nak berjalan pun tak boleh. Solat pun duduk je.


Oh ya, since pergi klinik dah petang dan tak berpuasa, so kena datang esoknya. Alang-alah dah ambik darah terus en suami buat full checkup. Result dalam 3 hari katanya. Dr suspek mungkin Gout juga.


Balik tu terus google mengenai Gout dan pantang larang makanan. Memang teringat entry pernah tulis sebelum ni-- Tanda-tanda Gout & Pantang Larang Makanan . Bila semak balik banyak jugak yang kena pantang ni.



Since Dr tak bagi apa-apa ubat dah dan en suami tak nak makan ubat lepas , saya bagi en suami makan suplemen yang ada kat rumah ni iaitu



Alfafa Complex untuk singkirkan toksik dari badan dan neutralkan balik asid dalam badan 

Ostematrix untuk kesihatan tulang dan sendi bantu atasi masalah saraf berkaitan di kaki

Omegaguard untuk kurangkan keradangan/inflamasi dan bengkak kaki tu. 

dan Saya sapu krim panas, krim Mujarab warna kuning tu..




Omegaguard baik untuk kurangkan radang, bengkak dan bantu turunkan paras kolestrol tak baik 


Masalah berat badan juga penyumbang kepada masalah sakit tumit. Atasinya dengan Omegaguard


Alfafa Complex sangat bagus untuk singkirkan toksik dari badan dan neutralkan paras asid dalam badan

Pil kalsium lengkap dengan magnesium ini juga penting. Ia bantu lengkapkan keperluan kalsium dalam badan, kuatkan gigi, tulang dan sendi. Semua orang perlukan kalsium!

Alhamdulillah 2 hari makan suplemen ni, sakit kaki dah makin berkurang. Hari ni hari ketiga beliau dah boleh drive kereta manual lepas seminggu lebih bawak kereta auto sebab sakit kaki sangat.


Syukur alhamdulillah suplemen-suplemen yang wife prihatin dia bagi ni kan membantu jugak:-P 


Yela sapa tak sayang laki kan..hehe..

Esok kemungkinan result medical checkup akan dapat. Nanti saya share adakah betul sakit gout atau sebaliknya. Mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja.


Haa, sape pernah kena sakit camni? Penyakit ni menyerang tetiba ja..So solutionnya kena jaga makan. Kalau gout pun paling penting kena jaga makan tau tambah dengan suplemen insyaallah sangat membantu.  


Jadi kalau adik, kakak, abang yang ada kena sakit tumit ke, sakit kaki ke cuba semak pemakanan seharian. Ada tersilap makan  ape. Boleh ambil Omegaguard,Ostematrix dan Alfafa Complex insyaallah berkurang sakit tu. 

Ingat ye, paling penting jaga makan!


Okla, itu sahaja perkongsian petang ni. Sekiranya kalian ada masalah sama dan nak cuba suplemen semulajadi ni boleh Whatsapp saya di sini - 016 358 9018


atau hubungi secara berikut: