Pages - Menu

Sep 29, 2016

Punca dan Cara Atasi Masalah Kulit Berjerawat dengan Berkesan

Jerawat dan muka berparut boleh menganggu penampilan seseorang. Ia juga boleh menyebabkan seseorang kurang yakin dengan penampilan diri, terasa down dan ada yang sanggup tak keluar rumah.

Ada kawan saya sanggup berkurung seminggu dalam rumah kerana malu jerawat tetiba naik dengan subur dan parut makin banyak akibat allergy dan salah penggunaan produk kosmetik.

Setiap wanita dan lelaki idamkan kulit cantik bebas jerawat dan jeragat. Malah bonus la kalau kulit sedia semulajadi cerah dan berseri kan.


kulit cantik bebas masalah kulit idaman semua wanita
sumber : google

Dalam kelas nutrisi yang saya join baru-baru ni, Nutrionist ada maklumkan jerawat boleh muncul di sebabkan banyak faktor. Antaranya:


  • Pemakanan ( banyak makanan berlemak,berminyak dalam menu seharian)
  • Stress
  • Perubahan hormon
  • Pencemaran
  • Penggunaan Alat kosmetik yang mengandungi bahan merbahaya (merkuri, hydroquinone) dll
  • Tidak mencuci muka dengan betul
  • Salah penggunaan pencuci muka
  • Tidak minum air masak/kosong dengan cukup


Jadi sekiranya jerawat muncul dengan subur di muka, banyakkan pengambilan makanan yang berkhasiat, cuci muka dengan pencuci yang betul dan banyakkan minum air kosong.


Kebiasaan jerawat akan meninggalkan parut yang hodoh dan boleh mencacatkan penampilan wajah seseorang. 


Antara petua-petua yang boleh di amalkan untuk hilangkan parut jerawat dengan cepat ( sila klik link di bawah)


7 rawatan semulajadi untuk hilangkan parut jerawat dengan cepat

Cara hilangkan parut jerawat hitam

10 cara hilangkan jerawat dengan bahan di dapur

Cara hilangkan jerawat dengan pengambilan supplemen



Sekiranya anda mengalami masalah jerawat yang berulang-ulang dan jerawat batu yang boleh menyebabkan kulit wajah bengkak ,cubalah atasi dari dalaman.


Penggumpulan toksik dalam badan juga menyebabkan jerawat keluar. Jadi penting juga untuk lakukan detoks supaya semua toksin dapat di keluarkan dan kulit lebih sihat.


Ini kisah seorang pengguna set kecantikan shaklee. Beliau mengalami masalah jerawat dan muka berparut akibat allergy dan resdung. Akhirnya beliau mencuba set kulit cantik ni. Alhamdulillah kini kulitnya bebas masalah jerawat, parut jerawat makin berkurang dan kulit lebih cerah.



Ketiga-tiga suplemen ni sangat membantu dalam membaikpulih sel-sel badan supaya sentiasa dalam keadaan baik, melawan radikal bebas (punca daripada pencemaran,pencuci bertoksik dll) dan membentuk kolagen dalam badan supaya kulit sentiasa awet muda dan cantik.


Ada 2 hari sahaja lagi promosi Vitamin C dan ESP untuk bulan ini

Beli 6 ESP percuma 1 @ beli 2 ESP diskaun 5%
Beli 6 Vitamin C percuma 1 @ beli 2 Vitamin C diskaun 5%


Sekiranya anda berminat untuk pembelian set ini boleh buat pembelian di bawah:




Atau boleh hubungi saya segera seperti berikut. Setiap pembelian saya akan sertakan dengan panduan ekslusif cara makan yang betul









Sep 28, 2016

Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my


Assalamualaikum..jom join GA ni..tinggal beberapa hari sahaja.

Syukur alhamdulillah negara kita aman,makmur hidup bersepakat selepas kemerdekaan. Semoga Allah rahmati dan cucuri rahmat kepada semua perwira-perwira negara kita.



Hadiah- Hadiah Giveaway

Pertama - RM10 + Di Masukkan di Bloglist 50 Hari 

Kedua - RM10 + Di Masukkan di Bloglist Selama 30 Hari

Ketiga - RM10 + Di Masukkan di Bloglist Selama 10 Hari

Keempat sehingga Kesepuluh - Hadiah Template Blogger

Demo Template 1
Demo Template 2
Demo Template 3
Demo Template 4

Sep 24, 2016

15 Tips Untuk Wanita Berbadan Besar Turunkan Berat Badan untuk Hamil

Masalah kegemukan atau obesiti antara punca yang boleh mengganggu kesuburan wanita. Seringkali wanita yang mengalami masalah obesiti akan berhadapan juga dengan masalah sukar mendapat cahayamata.


Untuk menimang cahaya mata, tindakan awal ialah perlu mendapat berat yang ideal. Ia memang sukar bagi sesetengah individu namun perlu lakukannya kerana sekiranya menghidapi berat berlebihan juga menyebabkan risiko isu kesihatan ketika hamil kelak.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan terkenal, Dr.Hamid Arshat turut berkongsi pengalaman merawat pesakit-pesakitnya yang mempunyai masalah kesuburan akibat daripada kegemukan.

Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemok/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan.

Yang berjaya turunkan pun hanya 10% dari berat asal. Lepas itu hilang kawalan dan berat naik semula melebihi tahap asal.



Faktor yang amat penting untuk berjaya ialah mengubah cara gaya hidup khususnya tabiat makan.

Menurut Doktor,  pengambilan makanan bergula dan karbohidrat tinggi mesti dikurangkan seperti nasi,roti,mee,kuih-kuih manis,biskut dan juga makanan rapu.

Beliau juga menyarankan untuk banyakkan senaman,berjalan kaki,berkebun atau melakukan aktiviti rumah selama 30 minit setiap hari.

Lagi tips yang sesuai dan perlu di amalkan bagi sesiapa sahaja yang ingin turunkan berat badan seperti berikut:


15 Tips untuk Konsisten Turunkan Berat Badan: 


1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Kunyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksidan serta kurang kalori yang menggemukkan.

4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat daripada tepung gandum saperti donut, cakes dll. Makan 'whole grain' wheat, oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.

8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang-kurangnyanya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan'. Masa itu ia akan berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.

11. Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, senyap2 dia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayur2 atau salad dan lauk2 dalam hidangan serta kurangkan nasi.

13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus (tapau) separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketagih nak makan, jauhkan segala makanan manis dan karbohaidrat.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rampai di halaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. Exercise hingga berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau berkerja. Minum air mineral saja.

Insyaallah, proses penurunan berat badan akan menjadi lebih mudah sekiranya mendapat sokongan daripada pasangan suami/isteri. Lakukan exercise bersama-sama dan boleh maklumkan kepada pasangan misi untuk turunkan berat badan ini supaya pasangan mudah untuk berkerjasama.

BMI ideal untuk pasangan ingin hamil 


Bagus juga sekiranya pasangan yang ingin turunkan berat badan melakukan detoks terlebih dahulu untuk menyingkirkan semua toksik termendap daripada badan. Detoks juga membantu penurunan berat badan dengan mudah.

 Ada pelbagai jenis detoks yang boleh di lakukan dan sangat banyak manfaat detoks kepada badan kita. Detoks sebaiknya di lakukan sebulan sekali. Boleh klik pada entry di bawah untuk mengetahui mengenai detoks.







Saya doakan anda yang merancang untuk hamil diberikan kekuatan dan semangat untuk turunkan berat badan. Insyaallah dengan izinNya pasti akan ada tangisan bayi di rumah kelak.

All the best:=)


Sumber Facebook Dr.Hamid Arshat

Sep 23, 2016

#TeknikAsmaulHusna untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum, Jumaat Kareem.

Allahuma Solli Ala Muhammad.

Buat ibu-ibu yang bahagia😍

Perkara yang baik untuk ibu-ibu hamil amalkan:

1. Membanyakkan menyebut Nama2 Allah, Asmaulhusna bg memupuk cinta kepada Allah, mendapat 99 energi dan memupuk 99 sifat mulia kepada bayi dalam kandungan.

2. Membaca Al Quran dan mentadabbur bagi memupuk cinta kepada Al Quran bagi bayi.

3. Membaca Hadis-hadis memupuk cinta kepada Rasul.

4. Menonton video-video para nabi, panglima Islam, ulul albab bagi memupuk roh perjuangan dalam diri anak.

5. Banyak bersedeqah bagi memupuk sifat bersedeqah bagi bayi.

6. Elakkan melihat  video-video yang melalaikan kerana ia akan memupuk tabiat ini kepada anak yang bakal lahir. 

7. Berkata perkara-perkara yang baik-baik.

8. Sentiasa menjaga emosi, bimbing emosi positif sentiasa. 

Selamat beramal. Moga rahim kalian melahirkan ramai khalifah seperti bilal bin rabah, uwais qarni, rabiahtuladawiyah, summayah...aamiin ya mujib.

#TeknikAsmaulhusnaMengandung

Credit : Telegram Teknik Asmaul Husna

Cara Tangani Stress dan Hidup Bebas daripada Penyakit Merbahaya


[Stress oh stress.]

Nak pergi kerja stress dengan jalan jammed

Dah sampai opis stress dengan kerja-kerja menimbun
Balik rumah, kain menimbun, rumah tunggang-langgang tak sempat nak berkemas.




arggh...stress sungguh..Pernah tak anda alami situasi ni? 


Dulu-dulu kisah saya pernah seperti ini. Lagi-lagi berkerja sebagai programmer yang perlu mengadap coding sistem (pengaturcaraan). Rasa macam mau menanges je dalam tandas opis..Stress sehingga tekanan darah saya tidak stabil. Naik tidak mahu turun..Sape tidak risau bukan?


Bila saya baca entry pengalaman as programmer yang lepas tersenyum balik. Boleh bayangkan diri saya yang kusut masai duk mencari solution terbaik untuk siapkan kerja~~


Memang bahaya stress jika tidak berjaya di tangani boleh mengundang kesan buruk kepada diri sendiri. 



  • Tekanan darah tinggi
  • Pembuluh darah sempit boleh menyebabkan risiko stroke
  • Muka berkerut boleh cepat tua
  • Perasaan Down
  • Lemah lesu
  • Kemurungan
  • Tekanan perasaan
  • Migrain
  • Sembelit
  • Masalah kulit akan menjadi semakin teruk ( jerawat)


dan sudah pasti orang sekeliling juga merasa tempiasnya terutama anak-anak dan suami.


Stress memang tak boleh berpisah dengannya..Lumrah kita sebagai manusia memang takkan lari daripada stress. Cuma kita perlu tanganinya dengan sebaik mungkin. Perkara PERTAMA perlu di lakukan bila stress adalah BERTENANG:-)


Ok,sebelum tu boleh baca dulu beberapa entry lepas saya ada tulis mengenai stress ini.



10 tips tangani stress dengan mudah


5 cara tangani stress dengan pantas



Hari ni saya ada baca beberapa tips lain daripada sharing kawan-kawan di FB untuk menguruskan stress dengan baik. 



1) urutan pada telinga
  • Ini akan membebaskan endorfin dlm otak dan buatkan kita rasa tenang

2) Telefon ibu
  • Bercakap dan bersembang dengan ibu boleh membantu mengurangkan stress di hadapi, Saintis mndapati bahawa mendengar suara ibu boleh mengurangkan hormon tekanan dan meningkatkan hormon oxytocin yg menyumbang kepada rasa tenang

3) Menghidu epal



  • Bunyi mcm pelik kan.Tapi sebenarnya mghidu epal atau buah-buahan sitrus boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan

4) Rewards diri dengan makanan kesukaan seperti kek,aiskrim dan lain-lain


5) Melakukan urutan dapat melegakan stress





6) Pengambilan suplemen seperti B Complex dapat membantu mengurangkan stress.



  • Dalam B Complex ada kandungan vitamin B6 yang membantu penghasilan hormon serotonin (hormon gembira = penenang). 
  • Studies have found Vitamin B helpful in treating anxiety disorders, particularly agoraphobia and obsessive thoughts.")




B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 Vitamin B iaitu :
Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin B3
Vitamin B5
Vitamian B6
Vitamin B12
Asid Folik
100% Biotin


Manfaat lain B Complex : 


  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mencegah stress.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia.



1 botol B Complex mampu milik untuk semua. Hanya RM53.75 untuk 120 biji.Boleh makan sehingga 4 bulan.Jimatkan!. Memang vitamin wajib ada bagi semua untuk mengurangkan stress setiap hari:-)



Amalan Rohani Mengurangkan Stress



Apapun masalah kita hadapi,sebagai muslim mestilah kita back to basic. Banyakkan menangis kepadaNya, baca al quran ,berzikir dan selawat. Yang ni insyaallah memang ubat mujarab paling berkesan selain daripada tips-tips di atas.



Semoga kita di beri kesihatan baik selalu dan dapat handle stress dengan sebaik-baiknya.


Sep 22, 2016

Bahaya Virus Zika Kepada Ibu Hamil. 7 Langkah Segera Perlu Di Lakukan untuk Mencegahnya

Virus Zika telah sampai ke Malaysia. Pada 10 September lepas, 4 kes telah di laporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berlaku di negara kita dan sebanyak 22 buah negara telah di laporkan menghidapi serangan virus ini.


Apa itu Virus Zika?


Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti.






Tanda-tanda Demam Zika



  1. Sakit kepala
  2. Ruam pada kulit
  3. Sakit sendi
  4. Mata merah
  5. Kelesuan
  6. Demam ringan

Kebiasaannya jangkitan virus zika ini di kesan selepas 2 hingga 7 hari selepas di gigit nyamuk dan orang yang terkena jangkitan virus ni boleh menyebarkan virus ini. So sangat bahaya.



Bahaya Virus Zika kepada Ibu Hamil


Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.




Langkah Pencegahan Supaya Tidak Terkena Virus Zika


Golongan ibu hamil sangat berisiko untuk mendapat serangan virus ini. Namun terdapat beberapa panduan yang boleh ibu ikuti bagi melindungi diri dan kandungan bayi daripada serangan virus ini:





  • Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang supaya tidak di gigit nyamuk
  • Pasang kelambu semasa tidur atau boleh sembur penyembur nyamuk awal-awal sebelum masuk bilik tidur
  • Tutup semua pintu sebelum waktu senja
  • Elak kawasan berisiko seperti sedia maklum kawasan Singapura dll.
  • Jaga kebersihan persekitaran rumah. Elakkan air bertakung dan semak samun yang boleh menyebabkan tempat pembiakan nyamuk
  • Gunakan skrin atau langsir yang telah di sembur dengan penyembur nyamuk untuk menutup tingkap / pintu
  • Ambil Immune booster Nutriferon, Vitamin C dan Garlic Complex yang dapat membantu menguatkan sistem imun badan  dan menentang radikal bebas.
Nutriferon, immune booster terbaik untuk menentang serangan virus dan menguatkan sistem pertahanan badan

  • Sapu krim serbaguna Herbal Blend yang bertindak sebagai repellen. Nyamuk tidak suka kepada bau krim ni. Memang sangat sesuai di sapu pada keseluruhan badan.






Dah ramai juga miliki krim Herbal Blend ni untuk elak gigitan nyamuk. Saya sendiri guna dan sapu pada anak-anak. Insyaallah selamat kerana ia tiada kandungan bahan kimia merbahaya dan ia free paraben. Selamat untuk kegunaan seisi keluarga.



Jom order segera set Immune booster dan Herbal Blend ni. Musim denggi dan zika ni memang sangat penting perlindungan diri kita sekeluarga. Semoga Allah lindungi kita semua daripada serangan apa jua virus melanda dan semoga negara kita bebas daripada wabak ini segera.


Nak dapatkan set immune booster dan Herbal Blend boleh klik pada link di bawah 





atau boleh hubungi saya segera seperti berikut:





Credit : FB Kementerian Kesihatan Malaysia , Majalah Pa&Ma

Sep 20, 2016

Cuti Hari Malaysia : Dapat Tiket Murah Masuk Themepark Melaka

Minggu lepas cuti Hari Malaysia, kami bercuti santai ke Melaka. Cuti tetiba tanpa planning..Main terjah je kata orang..hehe.

Saya yang beria nak bercuti ke Melaka ni. Teringin sangat nak tengok bunga api kat OldWest tu..Last time pergi dulu masa habis pantang kak una masa family day ofis lama. Best sungguh time tu. Time tu nama cowboy town lagi. dah 7 tahun rupanya..dan bawak 4 orang anak yang tengah membesar ni memang seronok sangat la.



Awal pagi jumaat tu baru packing baju masuk beg. Cuti sehari 2 pun penuh 1 beg jugak. Lagi-lagi kalau ada misi nak mandi-manda ni. 


Kami sampai di Simpang Ampat Melaka lebih kurang 12.30 tengahari. Check in masuk Homestay berdekatan dengan A Famosa tu. En hubby dah siap semua dah booking dan whatsapp owner. Sampai je terus masuk rumah dan dia ke masjid terus solat jumaat.


Balik solat jumaat, relaks2 kejap since cuaca pun panas. Lebih kurang pukul 4 petang kami baru keluar jalan. Time ni baru perasan ada tempat baru ala-ala Johor Premium Outlet (JPO) tapi nama dia Melaka Premium Outlet..Eh sesuka hati je bagi nama baru. Nama dia Freeport A'Famosa Outlet.



Freeport A'Famosa exit Simpang Ampat Melaka


Kat sini apa lagi cuci mata la..Bukan nak beli sangat pun. Tapi kalau beli memang puas hati. Barang branded tahan lama kan. En hubby sempatla beli wallet baru.  Saya padan duk kejor anak dara je..Asyik masuk kedai, terjatuh patung la.Terbalik barangla..Haa keluar jela duk kat tepi-tepi ni..tapi kene mengejor jugak takut masuk air!!!!





Ada juga game-game board kecik ni. Tapi sesuka hati je main.




Panjang jugak MLO ni..Okla pusing-pusing senaman kaki kan..Hehe..dah puas melantak sup daging raya aritu,haa senaman kaki tak official la pulak..



View cantik..Bolehla nak posing2 kat sini

Anak-anak paling suka masuk kedai alat permainan la..Haa habis benda semua nak main.


Dan sebelum balik, kami nampak ada booth sorang amoi jual tiket themepark melaka ni..Haa apelagi, memang mai sini en hubby nak terjun air kan..Jadi terus beli.. Sebelum ni kami singgah jugak kat tiket kaunter A Famosa dalam tu. 1 tiket dah RM40. Duk congak-congak berkira-kira tak beli lagi.. So tengok yang ni dia offer RM 30 je.. so terusla ambik 5 keping terus 


Actually ade je package terus tiket masuk waterpark,old west dan Safari Night tu. Poket tebal boleh ambik pakej terus lagi jimat:-) Tapi kami ni bercuti nak masuk 2 tu je..haha yang lain next time ya.


Sebelum tu jugak , hubby dah singgah kat kaunter Old West tu tapi bukak pukul 6.30 petang. tetiba dia rajin plak p masuk mudah.com cari tiket ni.Saya pun cari jugak kat groupon tapi tiket by pos pulak. Alhamdulillah rajin duk menggodek mudah.com, en hubby jumpa orang nak jual tiket Old West ni dengan harga RM28 je. Haa ape lagi terus grab jela. Jimat dalam RM20 lebih jugak 1 tiket tau.. Lgi-lagi kami ramai gerabak ni..So dapatla berjimat sikit..Alhamdulillah..Owner tiket tu duk area situ jugak dan dapat hantar kat kami. Semua tiket masuk dah dapat..Lega dan next destinasi pekene cendol bakar la petang tu.


Promosi time tu tapi kami tak beli pun.

Malam tu lepas maghrib terus masuk Old West. Anak-anak dah isi perut dengan roti je dulu. Hoho excited belaka. Bebudak ni lagila tak pernah datang. Along dan kak una dulu datang masa baby2 lagi.

Masuk sini harus la sedia kamera ya. Seronokla ambik gambar kat sini..Layan tak terlayan jela..Hahaaa.


Tapi kali ketiga datang kesini..Saya rasa masih SAMA. Tiada pembaharuan sangat walau dah melepasi 7 tahun! 

Yang dulu takdak KAMBENG je..Sekarang ada..Awal-awal dah jumpa kambeng ni..siap duk kejar lagi kambing-kambing ni kelaparan agaknya..Hhahaa..dah bau kambing laki ku duk usap-usap kambing kat sini:-P




As usual kat sini ada persembahan api, persembahan cuti-cuti malaysia dan perarakan mak2 nyah tu..erkk sama je.









Haa..layan jela gambar-gambar ni..nak termuntah tengok mat-mat indon tu ramai beno duk berkibar bendera..seronokla depa ye mai negara kita masuk gambar!! hahaa..


Ok,stop dulu,,nanti sambung lagi edisi themepark yang lebih menarik..5 jam kami kat sana tau..hohohoho..sakan main airr....


Happy Holiday:-)