Pages - Menu

Oct 31, 2015

Festival LAMPU 2015 di Putrajaya

Semalam kami sekeluarga sempat hadir ke majlis pembukaan Light & Motion (LAMPU) 2015 di depan Mahkamah Putrajaya.Walaupun hujan turun lebat sebelumnya tapi kehadiran tetap penuh dan meriah.



Ni anjuran yang ketiga dah..saya baru 1st time pergi..hehe..kebetulan semalam husband free,so ajaklah sekejap datang ambik angin lepas hujan..hihi

Bagi yang free,ajaklah anak-anak datang ke sini..memang seronok tengok "Projection mapping" ni







Bermula pukul 8.30malam sehingga 12 malam bermula 30/10 hingga 1/11 di daratan Putrajaya berhadapan dengan bangunan Mahkamah.

Jangan lupa ya bawak seisi keluarga meriahkan festival ni.


Credit: FB Page Perbadanan Putrajaya

Oct 29, 2015

Punca & Cara Merawat Ulser Mulut

Umie,mulut husna sakitla..Tak boleh nak makan!Sakit!Rupanya ada ulser @ mata ikan bawah bibirnya.

Ulser mulut adalah penyakit yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.Biasanya ia akan pulih sendiri dalam tempoh yang singkat. Ulser adalah penyakit tidak berjangkit namun jika ia serius ia menunjukkan petanda ada penyakit lain.





Apa itu ulser mulut?

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang di kelilingi warna kemerahan dan menyakitkan.Ulser mulut biasanya terjadi di bahagian bibir,tepi bibir,bawah lidah dan tepi lidah.


Tanda-Tanda Ulser Mulut


  • Tanda-tanda bulat berwarna bulat @ kuning.Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang merah
  • Ulser ni selalunya tidak melebihi daripada 2@3mm besarnya
  • Sakit pada bahagian tersebut terutama apabila tersentuh dengan makanan/minuman
  • Demam dan hilang selera makan
  • Rasa sakit dalam mulut

Punca Terjadinya Ulser

  • Kecederaan yang berlaku dilapisan nipis mulut seperti tergigit,terkena makanan tajam,air yang terlalu panas
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Kurang rehat atau tidur
  • Stress
  • Alahan kepada makanan seperti nenas
  • Pegambilan ubat yang menyebabkan mulut menjadi kering
  • Mulut yang kotor

Tip ketika mengalami ulser

  • Banyakkan minum air kosong dan elak minuman panas dan masam seperti jus oren,jus mangga dll
  • Elak makanan panas,pedas,masam atau keras yang boleh melambatkan penyembuhan
  • Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan sup sayur
  • Gunakan berus gigi yang lembut
  • Berkumur menggunakan cecair pencuci mulut jika memberus gigi menyakitkan
  • Boleh letak sedikit ais di tempat ulser untuk melegakan kesakitan

Untuk meningkatkan sistem imunisasi,boleh ambil lebih vitamin C,sayur-sayuran hijau dan buah-buahan. 

Pengalaman saya sendiri kena ulser ni saya banyakkan minum air kosong dan ambik 2 biji vitamin C setiap hari..Alhamdulillah cepat surut.

Anak saya pun sama..Saya bagi dia chewable Vita C,dia kemam dalam 2 hari je alhamdulillah dah hilang..





Memang sakit kene ulser ni..nak makan dan bukak mulut pun tak boleh..jadi paling mudah ambik jela vitamin C ni..Harga sebotol vitamin C - Vita C plus RM92.50 sebotol (ada 180 biji) dan Chewable Vita C RM33.75 untuk 90 biji..Memang boleh makan sampai 5-6 bulan untuk dewasa dan 3 bulan untuk kanak-kanak.

Vitamin C ni pun bagus juga untuk kuatkan sistem imun badan-atasi selsema,atasi pendarahan dan pelbagai lagi.


Jika anda berminat untuk dapatkan vitamin C di atas boleh hubungi sue ya. Untuk harga lebih jimat dan konsultasi berterusan untuk anda.

Info bersama,jika ulser tidak sembuh tetapi semakin merebak,berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut kerana berkemungkinan komplikasi daripada penyakit lain seperti kanser.




SMS/WHATSAPP 016 358 9018
SID 889 806
COD BANDAR BARU BANGI/PEKAN KAJANG/UKM/UPM/UNITEN
POSLAJU SELURUH MALAYSIA







Oct 28, 2015

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi

Bagi anda yang berada di sekitar Bangi,jika berminat untuk dapatkan supplemen shaklee saya boleh COD terus ke depan rumah anda.Saya adalah pengedar Shaklee bagi kawasan Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah ada beberapa kali dah COD set bersalin dan set menyusu kat ibu-ibu di Hospital Az Zahrah dan Hospital An Nur kat Seksyen 9 Bangi tu.



Pernah juga masuk kawasan elit depan Tasik Cempaka tu..Insyaallah boleh set masa dan tempat nak jumpa.Ada customer suka jumpa kat stesyen minyak Petronas lagi mudah. Dah COD senang saya ceritakan details terus cara pengambilan makan. Kalau ada pertanyaan lagi boleh je terus whatsapp kat no saya..Takde masalah..Saya sedia membantu bila-bila masa.Insyaallah

So warga Bangi yang berdekatan jangan lupa nak cuba suplemen Shaklee,sudi-sudikanlah contact saya ya..

Boleh hubungi saya seperti berikut:

Call/SMS/Whatsapp :

SUE 016 358 9018
SID 889806
PM @ FB : Suhaila Johar


Oct 27, 2015

Vitamin C Wajib Ada di Setiap Rumah untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan

Musim berjerebu ni sangat penting untuk jaga kesihatan..Memang penting untuk kita tingkatkan sistem imun badan dan minum air kosong sebanyak-banyaknya



Hari ni saya nak share mengenai 1 vitamin penting dan vitamin asas yang perlu ada di setiap rumah iaitu Vita C Plus Sustaines Release. Vitamin C ni saya dah ambil hampir 2 tahun dah..Alhamdulillah kalau selsema,rasa nak demam tu saya akan cepat-cepat telan 2 biji. Insyaallah memang demam dan selsema cepat surut dan tak melarat.Insyaallah dengan izinNya jua kan..


Dah lama juga saya tak ke klinik untuk rawatan demam selsema ni. Sebab ubat-ubatan demam,selsema ni saya dah ganti dengan vitamin C ni. Syukur alhamdulillah ya Allah.

Memang berbaloi sangat saya rasa. Harga sebotol ni hanya RM92.50 boleh tahan sehingga 5-6 bulan.So boleh berkongsi sekali dengan husband. Baru-baru ni pun husband duk soksek soksek je time malam..saya minta dia telan 2 biji vita c ni dan tidur..Esok bangun eh dah ok..Selamat boleh masuk opis dengan selesa.

Ramai yang fikir 2 kali bila dengar harganya. Tapi sebenarnya jika di kira betul-betul harganya sangat murah iaitu lebih kurang 50 sen atau RM16 sahaja untuk sebulan. Lagila dapat 'ubat' yang 100% semulajadi dan TIADA bahan pengawet,pewarna dan pemanis. MURAH tak?




Saya ni tak boleh selsema..sebab kalau dah selsema akan combo sekali dengan batuk.Bila dah batuk tu payahnya nak hilang dan akan terus ke serangan asma..Sebab tu saya kena control dan cegah seawal mungkin. Alhamdulillah syukur sangat musim berjerebu ni Allah berikan kesihatan baik pada saya sekeluarga..Takde serangan asma,selsema dan batuk-batuk lagi setakat ni..Segala Puji BagiMu Ya Allah..Syukur sangat-sangat..Bukan saya nak riak ya..Cuma bila fikir balik apa yang kita makan,boleh menjadi pelindungan diri bukan setakat kita berharap sahaja..Saya berkongsi dengan korang semua supaya korang pun dapat kesihatan baik dan dapat jalani rutin harian dengan sihat.

Kalau dah selsema,batuk,demam dan serangan asma pulak..Allahu memang susahlakan..Dah anak 4 ni faham-fahamla kan..Nak urus sekolah anak-anak,urus anak kecil,urus rumah tangga dan lain-lain..Memang penting sangat kesihatan ni kene jaga..

Hehe,berleter macam mak-mak pulak..

Untuk anak-anak pula boleh ambik Chewable Vita-C Plus 100mg. Yang ni ambik 1 biji je setiap hari. Harga murah sangat hanya Rm37.50 untuk kegunaan 3 bulan. Sebulan hanya lebih kurang RM13 sahaja.Rasa masam oren ni boleh kunyah-kunyah je.Anak-anak memang suka walau kadang mereka menjerit masam.Alhamdulillah,combine dengan Vitalea for children memang serasi dengan mereka. Memang ubat batuk,selsema dan ubat demam dah clear dah kat rumah.





Selain untuk kuatkan sistem imun,Vitamin C juga bagus untuk tingkatkan kolagen dalam badan,mengelakkan masalah gusi berdarah,kulit lebam dan percepatkan proses penyembuhan luka.

Saya sangat sarankan anda untuk miliki vitamin C ini untuk kegunaan diri dan keluarga. Insyaallah memang sangat baik untuk kesihatan badan. 

Nak dapat Harga Lebih Murah?

Jika nak lagi murah dan dapat harga ahli lebih jimat 15% boleh join keahlian serendah RM80 sahaja. Bayar sekali sahaja yuran keahlian dan bulan seterusnya terus dapat harga ahli selama-lamanya.

Untung kalau join ahli bulan Oktober ni akan dapat PERCUMA 1 botol multivitamin Vitalea berusia 100 tahun..Dapat PERCUMA tau!!Kalau beli kene baya RM88.75. Kiranya macam korang tak bayar pun yuran ahli sebenarnya.


FREE Vitalea jika register keahlian Sepanjang Oktober ini

Dan bestnya jadi ahli ni dapat kumpul point dan jika cukup syarat dapat balik CASHBACK bulan berikutnya masuk dalam akaun bank korang..Haa sambil makan sambil kumpul CASH semula..Lagi banyak pembelian,lagi banyak pulangan..So nak share ngan sedara-mara or kawan-kawan pun boleh jimat dah.

So sementara ada 5 hari sahaja lagi ni bolehla hubungi saya cepat-cepat ya untuk register keahlian.

So jika anda berminat untuk dapatkan vitamin C ni boleh hubungi saya. Untuk yang berada di sekitar Bandar Baru Bangi,Pekan Kajang,pelajar-pelajar UPM/UNITEN/UKM/UniKL kalau korang nak vitamin C ni bolehla roger-roger akk k..Free delivery ke tempat korang tau.




Untuk yang berada jauh saya menggunakan khidmat poslaju.Hanya tambahan RM7 sahaja untuk caj penghantaran.

Yang penting sama-sama kita jaga kesihatan diri.Tingkatkan sistem pertahanan badan kita.Macam-macam jenis penyakit dah muncul sekarang ni.Jadi tak boleh tidak kena ada tambahan perlindungan ni.

Ok,bagi yang berminat boleh hubungi saya segera seperti berikut:













Oct 26, 2015

Gula Putih Vs Gula Perang

Hari ni tertarik baca info dari Fb Kevin mengenai perbezaan dua jenis gula ini. Rupa-rupanya ia lebih kurang sama sahaja. 



Panduan dalam pengambilan pemanis:

1) Gula putih dan perang: kalori sama je. 1g = 4kcal. Yang putih lalui proses penghasilan yg berbeza (bleaching etc) tapi dua2 adalah Simple Sugar.

2) Stevia: rendah atau boleh dikatakan tidak berkalori dan natural. Peng
ganti pemanis yg baik tapi mungkin rasa "manis" tu agak "kureng"

3) Madu: 1g = 3kcal. Memang bagus dan mengandungi kandungan bahan yg merangsang kesihatan sistem pertahanan badan.

4) Equal/Palsweet atau pemanis tiruan (artificial sweeteners): tidak berkalori tapi beban organ buah pinggang utk tapis dan buang artificial sweeteners seperti aspartame dari badan. Bagi saya pemanis tiruan adalah pilihan yg paling tak bagus walaupun ia tidak mengemukkan.

5) "alcohol sugars": yang ini banyak dalam chewing gum, mints dan candy yg konon "sugarfree". Ada banyak jenis dan mengandungi dalam 2.5kcal utk 1g. Walaupun nama "alcohol" sugar, ia tidak mengandungi alcohol tapi dapat nama disebabkan struktur kimia yang menyerupai alcohol. 


Fakta mengenai gula


Ada banyak pilihan pemanis di pasaran dan ia terpulang pada kita. Sebaik-baiknya kurangkan minuman manis dan kurangkan pengambilan makanan-makanan manis juga.

Credit: FB page Kevin Zahri


Oct 23, 2015

Akupuntur Cina: Manfaat Titik Feng Fu untuk Mengurangkan Tekanan dan Sakit Kepala

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama....

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika  ditempelkan dgn  ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.



Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Malah badan kita  akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan  lebih muda.

Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai  Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu,  memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.



Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi  ini ternyata  lebih  efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi  ini juga dapat  meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, kerana teknik ini  menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini  mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.



Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.

Menempelkan ais pada titik Feng Fu berkhasiat untuk:

1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualitu tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.


Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga boleh mencuba dan mendapat  manfaat. 





Sue - Sid 889806
CALL/SMS/WHATSAPP: 016 358 9018
COD AREA: BANDAR BARU BANGI,PEKAN KAJANG,UKM,UNITEN,UNIKL,UPM
CYBERJAYA
POSLAJU/GDEX SELURUH MALAYSIA

.


Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Oct 22, 2015

Variasi Makanan Bayi untuk Tingkatkan Selera Makan

Apabila anak sudah memasuki usia 6 bulan,kaum ibu kebiasaanya sedikit teruja untuk mulakan makanan pejal kepada bayi. Sebagai ibu memang  perlu kreatif dan sentiasa mencuba sesuatu yang baru untuk bayi anda. Bagi bayi tiada istilah piramid makanan untuk mereka kerana mereka masih lagi dalam proses mengenali sesuatu makanan walaupun hakikatnya mereka memerlukan nutiris untuk tumbesaraan mereka.


Antara makanan pepejal yang sesuai di berikan kepada bayi:


1) Protien dan daging

Daging ayam,ikan atau lembu boleh diperkenalkan kepada bayi anda pada bila-bila masa sahaja selepas memasuki usia 6 bulan. Bayi sebenarnya tidak memerlukan daging secara khusus dalam diet mereka. Namun makanan berasaskan daging ini disyorkan sebagai makanan awalkerana kandungan zat besi yang tinggi. Namun bayi juga boleh dapati zat besi ini daripada pengambilan susu ibu 

Paling penting bukan jumlah hidangan yang anda sediakan. Tapi lebih kepada pengenalan untuk bayi mengenal bau,perisa dan tekstur. Ia juga penting untuk mengelak daripada bayi memilih makanan dan cerewet tentang makanan.


2) Buah-buahan dan sayur-sayuran

Cuba dedahkan si kecil anda buah-buahan dan sayur-sayuran berbeza setiap hari. Sayuran dan buah-buahan hijau seperti brokoli dan epal hijau boleh diberikan pada makan tengahari dan makan malam sesuai sebagai permulaan. Namun bagi bayi perlu di lenyek atau di blend terlebih dahulu.

Pisang atau keledek yang dipanggang atau direbus sesuai diberikan sebagai makanan pertama bayi anda.






3) Nasi,roti dan bijirin lain

Kesilapan ramai ibu adalah memberikan nestum segera di pasaran. Kandungan bahan segera mengandungi gula tambahan dan ada yang telah di campur bahan untuk memberikannya tahan lama. Apa yang terbaik adalah memberikan si manja anda bubur nasi buatan anda sendiri. Boleh mula perkenalkan dengan bubur kosong,bubur campur daging,bubur campur sayur-sayuran dan lain-lain lagi. Makanan yang berwarna-warni membangkitkan selera si manja anda untuk makan.



Perkenalkan makanan bayi secara berperingkat


Buat permulaan ibu boleh menggunakan konsep '4 day'.Perkenalkan makanan yang sama selama 4 hari baru berubah kepada makanan lain pada hari kelima. Ini untuk mengenalpasti si manja anda mempunyai alahan,sembelit,ruam dan sebagainya.Jika si manja anda enggan untuk makan,buat permulaan boleh mulakan 2-3 sudu sahaja sudah memadai.

Yang penting mulakan secara perlahan-lahan dan layani kerenah si manja anda dengan sabar. Jangan lupa susu ibu tetap perlu di teruskan seperti biasa. Semoga ibu-ibu rajin masuk dapur ya:-)


Credit: Majalah pa&ma


Oct 21, 2015

Tanda-tanda Demam kepialu dan Cara Mengelak daripada di Jangkiti

Kecoh sehari dua ini mengenai demam kepialu yang tiba-tiba sahaja di laporkan meningkat di kawasan Kajang dan Kuala Lumpur. Memandangkan ia penyakit yang jarang di perkatakan,hari ni saya nak share sedikit info mengenai demam kepialu ni..Lagilah tinggal kat Kajang kan..lagila kene aware..


Apa itu Demam Kepialu?

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi(S.typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah,urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. 

Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam kepialu. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bakteria tifoid di dalam najis dan menjangkit kepada orang lain.



Bagaimana Penularan Berlaku?

  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi
  • Melalui makanan dan minuman yang disediakan oleh pesakit dan pembawa
  • Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi
  • Menggunakan bekalan air yang tidak bersih


Bahaya demam kepialu ini boleh menyebabkan:

  • Bahagian usus pesakit yang dijangkiti boleh pecah/bocor dan boleh menyebabkan pendarahan
  • BAkteria yang masuk ke dalam sistem darah boleh menyebabkan komplikasi di organ-organ lain selain usus
  • Boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan secukupnya



Tanda-tanda anda menghidapi demam kepialu



Demam kepialu mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas,segeralah berjumpa dengan doktor dan mendapat rawatan segera.




Amalkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas, Sebaik-baiknya masak sendiri di rumah dan dapatkan bekalan air yang bersih. 


Semoga Allah anugerahkan kesihatan yang baik buat kita semua dan lindungi kita semua dari penyakit ini..


Credit Info:KKM

Tips Penting Penyembuhan Luka Bersalin Caesarean

Bersalin melalui 'ikut tingkap' atau caesarean sama perit seperti bersalin normal.Pembedahan caesarean ataupun pembedahan di abdomen bagi ibu bersalin berbeza bagi setiap individu. Secara amnya,penyembuhan adalah lebih lama berbanding kelahiran normal (kecuali jika ada koyakan/lecetan yang serius)



Ada yang mengatakan tempat yang dibedah menjadi bengkak dan ada yang mengatakan sedikit geli dan kebas, Kesakitan juga akan hilang sedikit demi sedikit.Ramai juga yang mengalami masalah gatal di kawasan perut semasa proses penyembuhan, Jika anda langsung tidak dapat menahan gatal tersebut,kebiasaan doktor akan memberikan krim untuk melegakan kegatalan tersebut. Jadi sangat penting unruk berbincang dengan doktor anda.

Ada juga wanita yang melalui pembedahan C-Sectionn mengadu mengalami kekejangan yangnnnnnm,disebabkan oleh angin di abdomen selepas pembedahan.Masalah ini akan hilang beberapa hari selepas pembedahan. akan tetapi ia boleh menjadi lama jika ibu langsung tidak bergerak. Jadi sebaik-baiknya jalan perlahan-lahan atau melakukan senaman ringan. Bincanglah dengan doktor sekiranya anda mengalami masalah.



Aktiviti yang di larang selepas pembedahan



Beberapa aktiviti akan menjadi sedikit susah selepas pembedahan C-Section seperti batuk,bersin dan gelak boleh menjadi tidak selesa.



  • Mengangkat barang berat tidak dibenarkan sama sekali
  • Melakukan persetubuhan suami isteri
  • Memandu kereta lebih-lebih lagi jika merasa sakit ketika memakai tali pinggang keledar dan keluar masuk kereta


BERGERAK-GERAK SANGAT PENTING TAPI JANGANLAH SAMPAI LARI MARATHON YA:-p



Proses penyembuhan luka mengambil masa enam-lapan minggu dan ada wanita mengalami beberapa bulan.


Tips Penting untuk Penyembuhan Pembedahan C-Section




  • Terima bantuan - Ramai wanita suka buat pelbagai perkara dengan sendiri. Namun ini bukan masanya untuk menjadi superwoman. Sangat penting bantuan daripada suami,ibu-bapa,saudara-mara dan rakan-rakan.Jika mereka menawarkan pertolongan,terimalah!
  • Relaks dan jangan melebih-lebih
  • Jangan mengabaikan usus anda. Jika anda mengambil pil tahan sakit,pastikan anda tahu jenis apa yang boleh menyebabkan risiko masalah sembelit. Pelembut najis atau julap mungkin diperlukan ketika ini
  • Terima kekotoran dan kekurangan. Sekiranya anda mempunyai anak-anak lain yang perlu di uruskan,minta bantuan orang terdekat untuk uruskan mereka. Juga masa untuk mengemas rumah sebaik-baiknya di tangguhkan dahulu


Cara cepatkan penyembuhan luka


  • Minum air kosong secukupnya. Sangat penting pengambilan air ketika berpantang bagi mengelak masalah sembelit. Sembelit akan memberi tekanan kepada perut dan tempat luka.
  • Elakkan daripada menyapu sebarang ubat tradisional di kawasan luka pada 10 hari pertama selepas bersalin.Ada sesetengah ubat sapu boleh memberi kesan sampingan.Sebaiknya minta nasihat doktor yang merawat anda.
  • Ketika mandi cukup membasuh tempat luka sahaja. Jangan menggunakan sabun di kawasan luka.
  • Susukan bayi anda supaya dapat sembuhkan luka dengan cepat. Hormon oxytocin akan di rembeskan semasa ibu menyusu dan ia membantu mengecutkan rahim dan seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan daripada jururawat pada hari pertama bersalin tentang posisi dan cara sesuai untuk menyusu bayi dengan selesa.
  • Elakkan melakukan kerja-kerja yang boleh menyebabkan kesakitan seperti membongkok mengangkat barang-barang,aktiviti naik turun tangga dan sebagainya.Sebaik-baiknya dalam tempoh seminggu tiada aktiviti lasak dilakukan.
  • Pakai bengkung khas sekiranya mahu.Terdapat beberapa jenis bengkung sesuai digunakan selepas bersalin pembedahan.Pilihlah dari jenis lembut dan berasaskan kain
  • Amalkan pemakanan kaya dengan zat besi,zinc dan multivitamin. Kehilangan darah yang banyak semasa pembedahan adalah 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. 

Pemakanan lengkap dengan nutrisi sangat terhad untuk di ambil ketika dalam pantang.Apatah lagi badan masih lesu dan lemah. Ibu-ibu boleh mengambil suplemen yang bersesuaian. 

Sangat penting supplemen ini untuk mengganti semula kehilangan darah yang menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh berkurang dan menyebabkan luka lambat sembuh. Zat besi dan multivitamin juga dapat meningkatkan paras hemoglobin dalam darah dengan segera dan seterusnya mempercepatkan penyembuhan luka.





Ibu boleh mengambil set berpantang ini yang lengkap dengan sumber zat besi,protein,zinc,kalsium dan multivitamin.Ia sesuai untuk ibu-ibu bersalin secara pembedahan atau bersalin normal. Boleh di ambil pada hari pertama selepas bersalin untuk mengembalikan tenaga dan mengelakkan kelesuan. 

Badan yang bertenaga memudahkan ibu untuk menyusukan bayi terutama pada hari pertama kelahiran akan keluar cecair kolostrum susu ibu yang sangat baik untuk bayi.



Manfaat setiap vitamin:
Vitalea 

multivitamin yang kaya dengan zat mineral yang boleh membantu ibu memberi tenaga pada kadar segera.ia membekalkan 23 jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan.Membantu ibu memulihkan fungsi penghadaman dan juga selera makan.Amat penting untuk pertumbuhan sel baru,menangani masalah letih dan lesu,masalah tekanan darah rendah/anemia.

B Complex

Kaya dengan 8 vitamin penting iaitu B1,B2,B3,B5,B6,B12,asid folic dan biotin.membantu ibu mengawal tekanan/stress ketika berpantang.Juga membantu menbina tenaga dan sel darah merah

Vita C Plus

vitamin yang membantu ibu menguatkan sistem imunisasi,mengawal penghasilan hormon stress,membina kolagen dan juga bagus untuk pertingkatkan peredaran darah ,mengelak gusi berdarah,simptom alahan

Zink Complex

Membantu merawat luka lebih baik dan dengan lebih cepat,menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur

ESP 

Soya protein non-gmo yang bermutu tinggi amat bagus untuk membantu ibu menjana tenaga,memberi ibu tenaga segera dan tempoh kenyang lebih lama.Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi meningkatkan sistem immune,mencegah migrain,memberi tenaga segera dan mengelakkan tekanan.Ia juga penting dalam membina sel-sel baru dan juga mengelakkan masalah depresi dan lesu.

Ostematrix

Mengandungi zat penting kalsium,magnesium,fosforus dan vitamin D yang membantu ibu membekalkan kalsium mencukupi untuk keperluan diri ibu dan bayi.Penting pengambilan kalsium memandangkan ibu berpantang yang menyusu bayi perlukan zat mencukupi untuk mengelakkan dari kejang,sakit gigi dan lesu.Pengambilan Ostematrix juga membantu dalam proses pelawasan.


Alfafa Complex

Vitamin herba ini sangat membantu ibu dalam proses penyusuan bayi.Membantu ibu dalam menangani masalah sakit sendi,sembelit,sakit badan dan mengurangkan keasidan dalam badan.
Pengambilan alfafa tidak di galakkan kepada ibu yang mempunyai penyakit SLE dan anak yang di hidapi kuning.Jadi sebagai alternatif untuk anak mempunyai kuning perlulah menunggu sehingga habis tempoh berpantang barulah mulakan pengambilan alfafa ini.

Set ni saya dah ambil sepanjang berpantang anak ke 3 dan ke 4 dan saya amat berpuashati. Set ni boleh di gunakan sehingga 2-3 bulan selepas bersalin. Bukan semasa berpantang saja tau.Ada yang boleh di gunakan sehingga 5 bulan. Saya teruskan sehingga kini(baby dah 1 tahun 10 bulan) kerana ia bantu beri tenaga,elakkan masalah sembelit,banyakkan susu badan dan susu cepat keluar dan badan takdelah lesu sangat walau banyak kerja harian menanti.Yang penting jangan skip pengambilan air. 

Kebaikan set bersalin ini berbanding jamu atau jenama lain :
  • Boleh membantu memberi tenaga dengan cepat
  • Membantu dalam penyusuan bayi
  • Dapat pulihkan luka dengan cepat
  • Boleh mengambil seawal hari pertama bersalin
  • boleh di makan walau anak terkena jangkitan kuning
  • Harga berpatutan dan sangat jimat.boleh bertahan sehingga 2-3 bulan
  • Membantu mengelakkan keguguran rambut yang sering dihadapi oleh ibu lepas bersalin

Ketahui bagaimana Puan A yang mengambil set bersalin dan vivix cepat kering dan sembuh jahitan caesarnya dan badan bertenaga menguruskan anak-anak. Jom tonton video di bawah ni.




Jika ibu berminat nak set bersalin atau vivix ni boleh PM sue ya.

  Lagi JIMAT jika ibu join keahlian shaklee. Dapat harga ahli lebih jimat 15-30% daripada harga pasaran.




Kata orang-orang tua 'badan kita ni nak guna lama'..Maksudnya berpantanglah elok-elok dan ambillah makanan dan supplemen yang boleh bantu cepat sihat. Kita pun seronok nak menyusu bayikan jika tengok dia hisap sampai bunyi chup..chup..sebab susu sangat meriah:-)dan paling penting kita rasa bertenaga dan tidak stress walau anak kerap berjaga malam:-)

Jom ketahui apa kata customer lain yang dah cuba set berpantang ni:




Untuk pertanyaan atau pembelian set ini boleh hubungi sue seperti berikut. Setiap pembelian akan di sertakan konsultasi dan panduan cara makan yang betul.



Tahniah buat ibu atas kelahiran cahayamata.Semoga luka cepat sembuh dan badan sihat selalu:-)



Credit:Majalah mami baby