Dec 21, 2017

Tanda- Tanda Bartholin Cyst dan Cara Rawatannya

Bartholin Cyst

Adakah merbahaya Cyst ini?

Baru-baru ini ada seorang customer whatsapp maklumkan ada tanda-tanda seperti Bartholin Cyst ni. Tapi masih peringkat awal belum sakit cuma bengkak kelenjar kat miss V tu. Risau ,takut semua. Yela dah nama cyst kan..Lagi-lagi duduk pulak di tempat sulit.





Apakah itu Bartholin Cyst?

Nama seperti orang putih tapi jika namanya Cyst kalau besar dan sakit semestinya merbahaya dan perlu rawatan lanjut.

Sebenarnya di kedua-dua belah vagina perempuan ada kelenjar Bartholin ni. Jika merujuk pada gambar di bawah, boleh lihat gambar sebelah kiri - kedua-dua belah di bahagian bawah mempunyai kelenjar Bartholin ini. 

Kelenjar Bartholin ini berfungsi untuk menghasilkan cecair pelincir ketika melakukan hubungan suami isteri dan ia membantu pembersihan kawasan bibir vagina. 

Namun, bila kelenjar ini membengkak dan tersumbat laluannya, dan menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar tersebut menyebabkan cyst terbentuk dan ketika ini ia akan semakin membesar, maka terjadilah Bartholin Cyst.


sebelah kiri, kelenjar Bartholin yang normal, sebelah kanan Bartholin Cyst membengkak dan mempunyai kelenjar tersumbat dengan cecair.



Adakah Bartholin Cyst boleh menyebabkan kanser?

Peratusan untuk cyst ini menjadi kanser sangat rendah. Namun tidak bermakna pesakit yang alami masalah ini harus membiarkan ia begitu sahaja. Size Bartholin cyst ini akan menjadi semakin membesar dan pesakit akan merasa sakit untuk berjalan dan duduk. 

Hubungan seks suami isteri juga boleh terganggu. Sekiranya peringkat teruk sehingga boleh menyebabkan demam dan merasa bengkak berdenyut.


Tanda-tanda Bartholin Cyst


  • Bengkak dan kemerahan di kawasan vulva 
  • Benjolan yang menyakitkan di kawasan vulva
  • Tidak selesa apabila berjalan, duduk atau melakukan hubungan suami isteri,
  • Demam dan menggigil 
  • Berair di kawasan cyst berkenaan




Punca-punca Bartholin Cyst


  • Jangkitan kuman 
  • Jangkitan kelamin (STI) ketika melakukan hubungan intim
  • Kalenjar bartholin tersumbat
  • Kebersihan di kawasan vagina sangat penting . Pastikan selepas membuang air, kemaluan faraj di lap dengan bersih . Alat pencukur bulu kemaluan juga boleh menjadi faktor ia terjadi. Pastikan menggunakan pencukur baru dan bersih setiap kali mencukur bulu kemaluan
  • Keputihan. Tidak semestinya wanita yang sudah berkahwin sahaja boleh di hinggapi penyakit ini malah golongan wanita belum berkahwin juga berisiko untuk menghidapinya.


Kaedah Rawatan Batholin Cyst

1. Sekiranya ia tidak di jangkiti, kadang-kadang boleh mengecil dan sembuh dengan sendiri. Minum air kosong sehingga 2-3 L setiap hari dan amalkan mencuci kemaluan dengan baik. 

Sekiranya ia telah di jangkiti , jumpa doktor segera dan rawatan krim antibiotik dan oral antiobiotik akan diberikan.

2. Ubat tahan sakit. 

3. Kaedah Laser

4. Sekiranya di peringkat teruk, doktor akan cadangkan untuk melakukan pembedahan ( mengeluarkan / melepaskan penyumbatan "Marsupialization) untuk memastikan Bartholin cyst ini hilang sepenuhnya.  Namun risiko untuk berulang kembali cyst ini tetap akan berlaku di kelenjar lain. Oleh itu kebersihan faraj  dan pengambilan air kosong secukupnya sangat penting.


Sangat-sangat penting untuk segera berjumpa doktor sekiranya mengalami tanda-tanda seperti benjolan dan kemerahan ini. Jangan tunggu sehingga peringkat teruk tidak boleh berjalan untuk mengubatinya


Apakah Suplemen Shaklee yang boleh membantu?

Untuk masalah Cyst ini terdapat beberapa suplemen yang dapat membantu pesakit dan setakat ini beberapa customer yang mengambilnya pulih dengan baik.


1) GLA Complex


  • membantu mengecutkan cyst / fibroid dengan cepat
  • membantu penghasilan prostaglandin
  • mengurangkan bengkak atau merah pada rahim yang menyebabkan kesakitan
  • menghalang salur darah tersumbat
  • menstabilkan hormon wanita

2) Garlic Complex




  • Antibiotik semulajadi
  • Bertindak sebagai antikulat

3) Vitamin C



  • Memusnahkan sel yang tidak normal
  • Kuatkan sistem imun
  • Membantu penyembuhan dengan lebih cepat
  • Baca lebih lanjut disini



Sangat-sangat penting untuk adik, kakak, ibu jaga kebersihan ya. Rahim wanita ada 1 sahaja. Ada muka cantik tapi rahim bermasalah tiada guna lagi.

Dapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai masalah dan gejala Bartholin Cyst ini. Jangan takut-takut atau malu. Insyaallah ikhtiar dan berubat dari peringkat awal dapat membantu mengelakkan risiko menjadi lebih buruk.


Untuk pertanyaan lebih lanjut dan mendapatkan suplemen semulajadi sebagai rawatan alternatif boleh hubungi saya melalui whatsap : klik di sini 










No comments:

Post a Comment