Jun 18, 2017

Indahnya Ramadhan 2017

23 Ramadhan.

Fuhh rindunya nak berceloteh bulan puasa ni..Kejap je masa..pejam celik tak sampai seminggu lagi nak pergi dah 'teman istimewa' bernama Ramadhan ni:-(

Sungguh rasa tak puas berada dalam bulan ni.

Istimewa Ramadhan kali ni saya dapat join tadarus di surau hadapan rumah, Surau Al-Umm bersama bonda-bonda hebat aka ustazah-ustazah, ada pakar hadis, ada pakar bahasa arab, ibu-ibu ,kakak-kakak yang sangat supportive.



Saya peserta tadarus paling muda. Sehingga ada yang ingatkan saya baru lepas habis SPM, ada yang ingat saya cuti semester..hehe..

Alhamdulillah 20 hari bersama dalam bulatan gembira, baca alquran bergilir-gilir 2 muka sorang, jika tersilap baca ada yang tegurkan..Tersilap tajwid ada yang perbetulkan dan pada masa sama recall balik hukum-hukum tajwid.. 

Last bertadarus dulu zaman berkerja 2 tahun lepas tapi masa terhad.
Last belajar tajwid masa kat uni dulu dengan ustazah

Rindu sangat.

Jadi Allah izinkan tahun ni memang tak boleh lepaskan peluang lagi.

Hikmah anak-anak cuti sekolah 2 minggu lamanya dapat saya bertadarus paling lama 3 jam di waktu pagi dan petangnya saya dapat mengajar anak-anak mengaji.

Tahun ni juga paling banyak berbuka puasa bersama ibu-ibu dan jemaah lain di surau. Alhamdulillah lauk sedap-sedap belaka dan sungguh kenyang. Dah tak perlu nak sibuk di dapur waktu petang. Hanya masak simple untuk sahur sahaja. 


Alhamdulillah atas nikmatNya. Syukur semua atas kurniaan dariNya.

Semoga Allah terus izinkan kita mengisi masa dengan baki beberapa hari sahaja lagi di bulan terbaik ni dengan amalan sebaik mungkin.

Semoga Allah izinkan kita mendapat malam lailatul QadarNya.

Semoga Allah izinkan kita hidupkan masa-masa yang ada dengan banyak zikrullah, membaca QalamNya, tadabur , bersedekah dan bangun Qiam pada malam hari.

Insyaallah..Amin.


Beberapa keping gambar di majlis khatam al quran sebagai kenangan untuk masa akan datang. 








Ramadhan, janganlah berlalu pergi selagi kami tak dapat sempurnakan amalan-amalan sebanyak mungkin. Semoga segala dosa di ampunkan, semoga amalan bertambah baik, semoga rezeki mengalir deras, semoga hajat-hajat di pohonkan di kabulkan.

Amin ya Rabb.

Syukur selalu.




No comments:

Post a Comment