Nov 21, 2017

Milkbooster Shaklee untuk Ibu Kekal Bertenaga dan Stok Susu Semakin Meriah

Rindu zaman mengepam masa BF baby dulu .Dulu-dulu saya antara ibu yang sangat gigih mengepam di office. Haa angkat bakul sekejap...kekeke....Zaman-zaman bawak beg laptop sebelah bahu kanan, beg mengepam sebelah bahu kiri, beg bekal kat tangan kanan, handbag sebelah tangan kiri..Sampai dulu ada kawan lelaki tegur eh apalah banyak sangat beg ko bawak ni su..Kiri kanan haa..Without fail saya bawak hampir 2 tahun tau! Memang kalau ikutkan nak lempar je semua tu..lagi-lagi seharian berkerja penatnya usah cite..




Berkerja sebagai Programmer menyebabkan saya terpaksa bawak balik laptop ke rumah sebab nak kejar dateline. Nak copy sistem bukan kecik dalam pendrive. Itulah terpaksa angkut juga laptop bawak balik ofis.

Kenangan naik bas, kenangan naik LRT, kenangan tumpang kereta dengan kawan, kenangan naik motor rempit dengan che abe, kenangan drive jalan super jam kat Ampang nung..memang di ingat balik nak tergelak, nak menanges, nak ketawa semua ada:-)

Dan saya percaya pengalaman-pengalaman beginilah bila di kenang balik sangat indah. Betulkan? Saya percaya korang pun ada pengalaman special sebegini.

Dulu-dulu fasa menyusu, saya sangat percaya susu ibu adalah titisan emas untuk bayi. Masakan tidak, kalau tak takdelah ayat dalam alquran yang menyuruh ibu menyusu bayi dan saya juga percaya susu ibu membantu bayi membina antibodi badan kuat. Ya betul! Anak-anak jarang demam, sakit atau selsema. Syukur alhamdulillah.

Akibat saya 'kelek' beg pam spectra dulu-dulu juga ramai kakak di office yang juga mengikut jejak saya beli pam spectra dan sama kelek ke ofis..Alhamdulillah, saya happy sangat dapat 'create' environment sihat ini di opis..Time rehat juga sama-sama mengepam dengan gembiranya.

Thats stori mori sikit zaman happy BF dulu..Rindu sangat..

Ada orang rezeki Allah izinkan dapat susukan bayi sehingga 2 tahun. Sampai 3-4 tahun pun ada. Namun ramai juga yang mempunyai masalah kekurangan susu badan lagi-lagi bila badan letih, stress kerja menimbun, zat nutrisi tak cukup, makan pun lintang pukang memang penghasilan susu juga merudum.

Senang cite stok susu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Haa..esok nak guna, harini sibuk mengepam! Lagi malang, terus suakan dengan susu tepung cap lembu.

Sekiranya ibu-ibu mempunyai masalah susu merudum, susu segan-segan nak keluar, pam banyak kali pun tak nak keluar, selalu penat lesu seharian berkerja, saya cadangkan ambillah set penyusuan shaklee ni..Bukan sebab saya jual menyebabkan saya promote tapi sebab saya pernah alami semua tu dan saya jumpa set penyusuan ni masa tu, alhamdulillah seperti magic susu kembali lancar, badan kurang penat, balik masih boleh memasak dan uruskan rumah tangga,walau stress kerja banyak masih dapat menyusu bayi dengan baik.


Saya tahu bukan senang fasa penyusuan bayi ni. Hati mau kental, semangat tekad perlu ada. Yakin boleh menyusu bayi, yakin susu cukup dan sudah semestinya kena rajin pam/ BF direct bayi setiap 2-3 jam, minum air kosong banyak (3 liter seharian) dan pengambilan suplemen tambahan membantu mengurangkan stress, menambah tenaga seterusnya membantu pengeluaran susu lebih banyak dan lancar.

Jom dengar cerita jururawat ini yang mengalami masalah penyusuan dan stok susu berkurang. Alhamdulillah selepas mengambil suplemen Shaklee, sangat berpuas hati. Stok susu semakin bertambah dan kesihatan anak-anak pun baik.



Set menyusu Shaklee terdiri daripada ESP, B Complex, Vitalea, Alfafa Complex, Vitamin C dan Ostematrix ( kalsium)





Set menyusu lengkap shaklee


Namun sekiranya ibu mempunyai masalah bajet, boleh mengambil set bajet penyusuan iaitu ESP dan Alfafa Complex


ESP adalah protein soya daripada sumber Non GMO. Ia adalah milkbooster utama yang ramai sangat ibu suka. Pengambilan konsisten membantu susu badan lebih pekat, membantu pengeluaran susu dengan cepat dan  bukan setakat itu sahaja, ia juga memberikan tenaga berpanjangan, memberikan tempoh kenyang lebih lama dan kulit menjadi cantik dan sihat


Antara manfaat  dan kebaikan ESP:

♡soy protein yang membina blok sel-sel asas kulit
♡ mencerahkan kulit semulajadi dan rawat kekusaman sewaktu berpantang dan menyusu
♡ melembabkan kulit dan kulit menjadi awet muda
♡ memudarkan parut baru dan lama
♡ mengurangkan gastrik dan baik untuk kuruskan badan
♡ bayi kurang meragam sebab kenyang dan bayi bambam gebu gebas
♡ membantu cerahkan kulit dan membaiki sel-sel kulit
♡ membantu kuruskan badan ibu dengan mengelak mengunyah sepanjang masa
♡ meningkatkan kualiti susu ibu - lebih berkualiti makanan, lebih berkualiti susu
♡ meningkatkan pengeluaran susu - protein salah satu bahan mentah menghasilkan susu





Alfafa Complex baik untuk dalaman Wanita


Mungkin tidak ramai yang mengenali Alfafa Complex. Alfafa Complex juga di gelar Raja segala tumbuhan dan ia kaya dengan kandungan vitamin dan mineral di dalamnya. Ia juga agen detoks utama dan dapat bantu singkirkan toksik dari badan

Selain ESP, Alfafa Complex juga membantu dalam pengeluaran susu ibu, bertindak sebagai milkbooster, menghilangkan kepenatan dan pelbagai lagi manfaatnya untuk kesihatan wanita terutama ibu selepas bersalin.
Alfafa Complex juga di gelar kacip fatimah moden kerana ia dapat membantu mengetatkan balik faraj selepas bersalin, baik untuk masalah keputihan atau bau badan. Herba ini juga baik dalam membantu menghangatkan badan selepas bersalin.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:
Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Set bajet ni sangat special. Sehingga sekarang walau sudah berhenti menyusu pun saya masih amalkan 2 suplemen bersama beberapa suplemen lain.Ini kerana ia bukan setakat untuk penyusuan bayi malah khasiatnya lebih daripada itu.


Saya pasti tiada ibu yang tidak mahu menyusukan bayi mereka dan sudah pasti inginkan terbaik untuk bayi kan..Pulangan kesihatan berbaloi insyaallah dengan pengambilan set menyusu ini. Lagi baik juga sekiranya ibu dapat  amalkan pemakanan seimbang, tidur cukup, air kosong yang cukup, manage stress dengan baik dan amalkan teknik penyusuan yang betul sepanjang penyusuan bayi.


Apa kata ibu yang mengambil set menyusu ini?











Ingin dapatkan Set Penyusuan Shaklee?

Untuk dapatkan set penyusuan lengkap atau set bajet menyusu ni boleh hubugi saya secara berikut. Fast response melalui whatsapp. Boleh klik link ini - 016 358 9018 atau boleh juga hubungi saya seperti berikut





Nov 20, 2017

Produk Bayi Organik Shaklee untuk Kulit Sensitif

Buat julung kali, produk shaklee  untuk bayi di perkenalkan dan hari ini sudah mula berada di pasaran.

Bagi anda yang sudah biasa menggunakan produk organik untuk bayi, produk Baby Shaklee ini sangat sesuai dan terbaik untuk kegunaan harian bayi.



Istimewa set produk bayi Organik Shaklee:
  • Di rumus khas daripada bahan Organik 
  • Diuji secara klinikal dan telah diuji oleh pakar kanak-kanak 
  • Tidak merengsakan kulit
  • Sesuai untuk masalah kulit sensitif dan bayi yang mempunyai masalah eczema
  • Selamat untuk kulit lembut bayi
  • Bahan organik yang telah di luluskan
  • pH seimbang



Produk untuk bayi ini hanya ada 3 produk sahaja iaitu:




1) Shaklee Baby Gentle Wash
Bagi bayi yang mempunyai masalah kulit sensitif, penggunaan sabun tidak di galakkan. Jadi penggunaan Gentle Wash ini sangat membantu untuk membersihkan kulit bayi dengan lembut dan berkesan setiap hari.
Mandian ini turut mengandungi bahan aloe organik, ekstrak oat, dan minyak zaitun untuk membersihkan kulit dengan lembut. 
Fungsi setiap kandungan bahan:
Lavender organik membantu menenangkan kulit. 
Chamomile organik membantu memberikan rasa tenang dan relaks kepada bayi.

2) Shaklee Baby Massage Oil

Selepas mandi, sangat bagus untuk memberi urutan kepada bayi seluruh badan. Urutan manja ini dapat membantu bayi lebih sihat, tenang dan juga mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi.
Minyak urutan bayi ini juga daripada bahan semulajadi. Adunan istimewa bersama minyak asli semulajadi dan minyak essential untuk kulit lembap dan lembut. Lavender essential oil sudah semestinya memberi haruman ketenangan dan mententeramkan.

3) Shaklee Baby Soothing Lotion
Selepas dah lakukan urutan kepada bayi, bolehlah sapu Shaklee Baby Soothing Lotion ni pada seluruh badan bayi.  Losyen ini membantu kulit bayi lembap dan lembut dan ia juga telah di uji keatas kulit sensitif.
Ramuan istimewa daripada Aloe dan minyak organik seperti Shea Butter, Sunflower Seed dan Kelapa bantu melembapkan kulit dan menyuburkan nutrien kulit. 
Essential oils organik seperti Lavender, Chamomile, Rosemary dan Vanilla Fruit membantu dan memberikan perasaan yang tenang.
Yang bestnya losyen ini tidak melekit dan sangat terbaik untuk kulit lembut bayi.

Bestkan 3 produk ni..Memang ramuan terbaik dan pilihan terbaik untuk di gunakan kepada bayi. Bukan setakat untuk bayi yang mempunyai masalah kulit sensitif, malah boleh digunakan untuk anak-anak yang tidak mempunyai masalah kulit pun kerana ia organik dan semestinya pilihan terbaik untuk anak-anak.
Jom dapatkan segera set produk bayi ini..Ekslusif untuk bayi comel tersayang. Set ini sangat terhad pengeluarannya jadi anda kena dapatkan segera ya.
 Hubungi saya melalui whatsapp untuk pesanan : sila klik di sini 




Nov 17, 2017

Cara Hilangkan Angin dalam Badan dengan Mudah dan Berkesan

'Kak, ada tak peppermint ginger? badan saya banyak angin tapi payah nak kentut. Susah sangat nak buang angin..Jadi badan rasa lesu, perut pun sebu'

'Su, ada tak peppermint ginger? nak try untuk hilangkan loya muntah ni..Tak tahan akak preggy kali ni..Loya teruk sangat.'

'Su, sedap sungguh makan peppermint ni..terus rasa lega perut..lega angin dah keluar..hehe'




Masalah angin dalam badan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Perut sebu, susah nak sendawa, susah nak kentut, masalah penghadaman..Semua ni kalau tak di tangani dengan baik boleh menyebabkan kepala pening, badan lesu.Moody je sepanjang hari tau,

Cara tradisional untuk hilangkan angin dalam badan adalah dengan meminum air halia.

Halia memang sinonim dengan masalah angin ni. Dulu-dulu jika perut sebu, rasa bergelodak angin dalam badan mesti minum air halia untuk atasi hilangkannya.

Jika dalam pantang, ramuan dengan halia sangat penting. Halia terkenal untuk membuang angin dalam badan. Jadi badan ibu tak tersumbat dengan angin sepanjang berpantang. Bayi pun takde masalah kembung perut.

Tapi tak semua orang boleh nak telan halia ni kan. Namun jangan risau,ada caranya yang mudah dan berkesan iaitu dengan pengambilan Peppermint Ginger Plus





Apakah kandungan bahan Peppermint Ginger?


Kandungannya daripada halia, pudina,pokok adas (fennal) , cekur manis (anise), Tiada pemanis, pengawet atau pewarna.


Kebaikan Peppermint Ginger:


  • Membantu mengurangkan masalah loya / mabuk teruk morning sickness
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/ mabuk darat
  • Membantu mengeluarkan angin dalam badan
  • Melegakan masalah penghadaman / perut sebu
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Mengurangkan dan mencegah masalah kembung perut
  • Menghalang muntah selepas pembedahan




Siapakah yang boleh ambil Peppermint Ginger?


1. Ibu mengandung yang mengalami masalah loya yang teruk atau morning sickness.

2. Mereka yang kerap kembung atau sukar untuk membuang angin


3. Mereka yang alami masalah penghadaman, selalu berangin perut


4. Mereka yang kerap mabuk laut, mabuk naik kenderaan

5. Mereka yang alami masalah susah nak sendawa, rasa senak perut


Apa kata pengguna yang dah pernah mencuba Peppermint Ginger ?






Yang berminat untuk dapatkan Peppermint Ginger ini atau produk shaklee yang lain boleh hubungi saya seperti berikut:

Whatsapp : 016 358 9018 (klik sini)









Nov 15, 2017

Resepi Ayam Bakar Noxxa yang sedap

Assalamualaikum..lamanya tak mencoret.

Hari ini nak share resepi je.

Resepi simple-simple je tapi paling mudah dan senangla.

Kalau adik kakak ibu ada periuk ajaib aka periuk pressure Noxxa tu kat rumah, jangan peram tau..Sayang kalau tak guna..Eh eh awat tak guna pulakkan..beli dah mahal, simpan plak buat pekasam buat ape kan..hehe..sebab pernah baca kat FB kawan-kawan, ada yang takut-takut nak guna..Pastu dah beli tak reti nak guna..

Haa kalau korang beli dengan agen tu, make sure dia masukkan dalam group masak memasak aka group noxxa ni la dalam FB ada..Telegram pun ada..Dalam tu macam-macam resepi ada..tinggal nak buat je..Kalau tak reti jugak, tryla guna..tak silap ada dah jual buku resepi noxxa ni.




Ok, hari ni nak share 2 resepi ayam bakar yang selalu duk buat kat rumah ni..Dulu bakar ayam selalu pakai pemanggang ajaib tu, haa lani ada yang lagi cepat ,pakai jela periuk noxxa ni kan. 7 minit sahaja..zasss dah siap boleh terus makan.


1) Resepi Ayam Bakar Mix Herbs

Resepi ni rasanya dah berulang kali buat kat rumah. Since anak-anak suka sangat rasanya. dan kalau masak ayam ni confirm habis dan bertambah-tambah nasinya.

Bahan-bahannya :

Beberapa ketul ayam ( bahagian kepak, paha ayam atau bahagian lain pun boleh)
sedikit serbuk kunyit
sedikit Mix herbs
sedikit serbuk lada hitam
Sedikit sos tiram
garam secukup rasa


Haa senang sangatla caranya. Gaul je semua bahan-bahan di atas sehingga sebati..Kalau nak sedap biarkan 1-2 jam..Kalau tak, lepas gaul boleh je terus ON pressure cooker tu.

Masukkan ayam dah siap gaul tu dalam inner ( periuk) ..Tutup rapat dan make sure pulas tombol kepada Pressure.

Set High Pressure ( HP) - 7 minit.

Haa tunggula ayam tu ketung-ketang dalam tu..sekejap je..nanti dah bunyi tikktikk dah siap tu..make sure release dulu wap dia..baru boleh buka

Haa nanti bila dah buka korang akan nampak banyak air / minyak ayam tu..

Even tak letak minyak pun, ayam pun akan keluar minyak sendiri.

Lepas tu, Stir Fry ye. Tunggula minyak / air dari ayam tu kering..Masa stir fry ni tak perlu tutup pun takpe. Nanti dah puas hati tengok kekuningan ayam tu bolehla off  periuk ni.


Haa amacam..senang tak? confirm korang makan ni puas hati sangat..Rasa herbs tu membangkitkan selera...Tryla masak untuk family..confirm bau ayam ni semerbak seluruh rumah buat semua tak sabar nak makan..hehe


Ok next resepi kedua pula adalah 

2. Resepi Ayam Bakar Pandan

Ni resepi derhaka namanya..saya olah sedikit..nak lagi sedap boleh la masukkan bawang,halia..tapi cenggini pun dah 3x bertambah dah nasi si bujang ni..hehe




Bahan-bahannya:

Ayam secukupnya
2 sudu serbuk kari daging
sedikit garam
sedikit blackpepper
sedikit serbuk kunyit

macam biasa gaul je semua. Nak sedap lagi biarkan selama 1-2 jam supaya ia sebati serapannya. Kalau dah tak sabar-sabar nak masak. malas nak tunggu lama-lama macam perangai saya ni hehe teruskan je masuk dalam inner periuk tu.

Sebelum tu make sure balut dulula ayam tu dengan daun pandan..Haa nanti dah lilit seluruh badan ayam tu dengan daun pandan, baru la tutup dan macam biasa tekan High Pressure (HP) 7 minit ye. Pastu dah siap tekan stop dan release wap. bila buka ada air/ minyak ayam keluar tu stir fry je untuk keringkan

Tak susah mana pun menu sihat ni..Lagi kalau bakar ayam kat dapur berjam nak tunggu siap..Haa yaang ni 7 minit je tau..confirm bertambah-tambah nasi nya nanti.


Eh gambar atas lupa nak snap. Nanti ada saya masukkan balik ya. Korang try tau.


Ok. selamat mencuba








Nov 7, 2017

Testimoni Vivix : Kulit Semakin Cantik Berseri Awet Muda

Kecantikan kulit sangat sinonim dengan pengambilan kolagen, vitamin C dan juga penggunaan alat solek. Sihat dari dalam, maka cantik lah luarannya.

Sinaran matahari, pencemaran, pengambilan makanan berminyak dan faktor dalaman seperti hormon tidak stabil boleh menyebabkan kulit bermasalah seperti kulit berjerawat,berjeragat, liang pori besar dan pelbagai lagi.

Salah satu cara untuk mendapatkan kulit cantik berseri adalah dengan pengambilan Resveratrol.

Tahukah anda , vivix kaya dengan kandungan Resveratrol

Banyak kajian yang telah dijalankan ke atas Resveratrol antioksidan hebat ini. Kajian membuktikan pengambilan resveratrol secara konsisten dapat membantu meningkatkan kesihatan dengan lebih baik, mecegah penuaan kulit dan menentang kanser.




Manfaat dan Kebaikan Vivix:


1. Membantu melindungi dan membaiki DNA
Kandungan Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA. Setiap hari, sel-sel tubuh badan kita diserang oleh hampir sejuta agen yang mampu merosakkan DNA kita. Ia mampu merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan ‘typo’ (kesilapan susunan DNA dari yang asal) yang mana ini boleh mengganggu fungsi sel. Vivix mengandungi resveratrol iaitu sejenis anti-oksidan yang sangat hebat dan terbukti membantu melindungi DNA dari terus rosak. Pada masa yang sama membetulkan sel-sel yang telah rosak.

2. Pengawalaturan gen
Kerosakan dan kecacatan DNA boleh menyebabkan kemerosotan umur pada tahap sel. Dalam satu penemuan utama ramuannya,Vivix membantu mengaktifkan satu sistem pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan terus pada tahap sel.
3. Biogenesis Mitokondria
Mitokondria sangat penting dalam penghasilan tenaga yang diperlukan oleh sel. Mitokondria merupakan penjana tenaga dalam tubuh. Apabila jumlah mitokondria berkurangan, kecekapan sel badan dalam menghasilkan tenaga juga berkurangan. Salah satu kelebihan Vivix adalah ia menggalakkan biogenesis (penghasilan baru) bagi memastikan penghasilan tenaga sentiasa mencukupi seperti yang diperlukan oleh sel.
4. Melambatkan pembentukan proten AGE
Pembentukan dan pengumpulan protein AGE (Advanced Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan pada tahap sel yang mengganggu kekuatan dan jangka hayat sel. Ramuan Vivix yang mengandungi 10x ganda resveratoral (kandungan unik dalam Anggur Muscadine) sangat membantu melambatkan pembentukan protein AGE itu tadi.



Bagaimana Vivix membantu kecantikan kulit?

Resveratrol adalah sejenis antioksidan yang sangat tinggi dan sel anti-penuaan semulajadi.

Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, University Ohio, AS, pada tahun 1997 membuktikan kejayaan resveratrol MEMBANTU memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas.

Vivix antioksidan tinggi mempunyai 10 kali ganda daripada Resveratrol biasa. 

Gabungan bersama polifenol menjadikan ia sangat hebat dan sudah pasti memberi kesan dan impak besar pada kulit.

Ia bertindak sebagai antioksidan yang sangat baik, memelihara tubuh dengan cara memerangkap dan melindungi daripada radikal bebas di persekitaran, menghalang pembentukan radikal bebas di tubuh yang menyebabkan penuaan kulit.

Keupayaan resveratrol sebagai antioksidan dan anti-penuaan terbukti lebih hebat berbanding vitamin E dan Vitamin C.


Jom lihat testimoni pengguna vivix berikut. Rata-rata yang ambil resveratrol ni sangat berpuas hati.












Haaa..teruja tak? best ke best ke? Memang best sangatlah effect vivix ni..

Bukan cantik je dapat, sihat pun dapat insyaallah


So adik kakak abang yang ada masalah kulit, cubalah tonik vivix hari ini.

Grab terus 2 botol vivix , dapat diskaun 5% dan beli pada harga ahli terus ( dapat Keahlian Shaklee percuma) , penghantaran percuma dan cash rebate.


Jom whatsapp untuk pembelian atau hubungi saya seperti berikut: