Oct 5, 2016

Punca Tekanan Darah Tinggi & Cara Mengawalnya

Tekanan darah tinggi atau hipertensi antara penyakit no 1 di Malaysia. Ia pembunuh senyap dan juga menyebabkan risiko kepada penyakit kritikal meningkat seperti stroke,sakit buah pinggang dan sakit jantung. Tekanan darah tinggi boleh menyerang sesiapa tanpa mengira usia. Remaja,golongan muda,golongan tua, malah ibu hamil juga boleh menghidapinya.




Bacaan Darah Tinggi:

Tekanan darah dikatakan normal bila angka berada di sekitar 120/80mmHg dan dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi apabila mencapai 140/90mmHg. Jika tekanan darah seseorang berada di antara 120-140 untuk sistolik dan 80-90 untuk diastolik, maka ianya disebut sebagai pre-hipertensi.

Punca Terjadinya Tekanan Darah Tinggi

Darah tinggi boleh di sebabkan beberapa faktor antaranya:

1. Merokok

Apabila merokok hormon Epinefrin yang dikeluarkan dengan kuat menyebabkan pembuluh darah menyempit. Oleh itu jantung akan mengepam darah lebih kuat menyebabkan darah tinggi berlaku. Malahan ia mampu memecahkan pembuluh darah di bahagian otak maka perokok itu boleh mengalami stroke.


2. Makanan Masin

Sebenarnya dalam garam ada sodium yang boleh menyebabkan salur darah menyimpan terlalu banyak air daripada biasa. Jadi bila banyak sangat air dalam darah, jantung akan mengepam dengan lebih kuat untuk melalui air dalam salur darah. Maka jantung akan mengepam dengan lebih kuat dan bekerja keras untuk melalui air yang bertakung dalam salur darah. Bila jantung pam kuat, ini mengakibatkan tekanan darah tinggi berlaku.

Kurangkan juga makanan berproses,makanan segera yang juga tinggi kandungan garamnya. 


3. Kolestrol Tinggi

Apabila kolestrol tinggi dalam tubuh maka kolestrol itu akan terkumpul dalam salur darah lantas mengakibatkan perjalanan darah terganggu dan tidak lancar. Jika salur darah tersumbat, maka lebih kuat jantung mengepam darah dan memberi tekanan lebih kuat dengan menghentam dinding arteri dan mengakibatkan tekanan darah tinggi berlaku.

Jadi pastikan selalu buat ujian Kolestrol supaya dapat kawal dengan baik.

4. Stress


Stress tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian. Namun kita perlu mengawalnya dengan baik. Bila seseorang itu terlalu stress, rasa berdebar-debar, denyutan jantung pun lebih laju. Jadi jantung akan mengepam darah dengan lebih laju lantas menghentam dinding arteri dengan kuat dan terjadinya darah tinggi.

5. Kurang Bersenam

Senaman sangat penting untuk melancarkan peredaran darah. Cari masa setiap hari untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit. 


Darah Tinggi "silent killer"

Orang yang mengalami darah tinggi atau hipertensi seringkali tidak menunjukkan gejala. Keadaannya cuma diketahui ketika serangan komplikasi datang dan mungkin ketika itu, ianya sudah terlambat. Oleh kerana itulah hipertensi digelar sebagai ‘the silent killer’ atau pembunuh senyap.

Menurut Dr Muhammad Yamin,ahli kardiovaskular dari Eka Hospital, hipertensi merupakan salah satu faktor terjadinya jantung koroner.

Pesakit yang hipertensinya tidak terkawal akan mengalami penebalan (hipertropi) otot jantung kiri. Jika ini berlaku dalam jangka waktu yang lama, akan membuat jantung tertekan sehingga kekuatannya menurun. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ianya dapat menyebabkan serangan jantung bahkan boleh mengundang kematian!!




Selain boleh menyebabkan penyakit jantung, hipertensi yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan aorta koyak mendadak, pendarahan di otak, atau pecah pembuluh darah di retina mata.

KAWAL TEKANAN DARAH SEBAIKNYA.

Jaga pemakanan,kurangkan stress, berhenti merokok, amalkan gaya hidup sihat.

Jom tonton video berikut bagaimana Encik Fahmy dapat turunkan tekanan darah tinggi beliau. Ada sedikit tips yang beliau kongsikan untuk turunkan bacaan tekanan darah tinggi ini.



Kawal Tekanan Darah Sekarang

Tonik VIVIX antioksidan terbaik ini juga dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi dan membantu turunkan bacaan darah tinggi dengan cepat. Vivix kaya dengan RESVERATROL membantu melancarkan peredaran darah, mengelak terjadinya penyempitan arteri, dan baik untuk kesihatan menyeluruh.



Apa kata pengguna yang telah mencuba VIVIX.




Suplemen lain yang baik untuk pesakit darah tinggi juga adalah Omegaguard, B Complex, Garlic Complex, Phytocol St.


Bulan ini terdapat promosi istimewa untuk anda, Promosi Omegaguard dan Vivix untuk kesihatan jantung dan kardiovaskular,



Jangan lepaskan penjimatan harga berganda-ganda ni ya. Bagi yang berminat untuk pembelian vivix,saya cadangkan buat pembelian sebelum 15hb ini kerana anda akan mendapat 1 botol SR vitamin C secara PERCUMA selain KEAHLIAN PERCUMA DAN PENGHANTARAN PERCUMA.


untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya seperti berikut:



No comments:

Post a Comment