Oct 22, 2016

Punca Episitomi dan Cara Baik Pulih Luka Episitomi dengan Cepat

Pengalaman perit luka Episiotomi semasa bersalin anak sulong masih terasa keperitannya. Sakitnya nak duduk,nak berjalan,nak berbaring..

Ahhh, sebulan dalam pantang sangat menyeksakan! Terasa seolah-olah inilah anak pertama dan terakhir.

Mana tidak, luka jahitan Episiotomi sangat panjang dan dijahit dengan begitu kemas dan ketat sehinggakan nak duduk terpaksa senget punggung. Sakit ya Amat!! Nak berbaring dan menyusu sangat stress!


Apakah Episiotomi?

Episiotomi adalah satu prosedur yang dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana perineum ibu akan digunting sedikit bagi memudahkan laluan bayi.






Guntingan akan dilakukan apabila kepala bayi telah sampai ke mulut faraj.

Selepas proses kelahiran selesai, luka akan dijahit dengan benang yang akan larut / hancur sendiri dalam beberapa hari.



Punca Episiotomi?


Tidak semua ibu memerlukan episitomi kerana ia bukan prosedur yang mesti bagi setiap kelahiran kecuali:

1) Kandungan sulung walaubagaimanapun, ia bukan rutin untuk semua ibu-ibu kehamilan pertama yang mhu beranak secara biasa. Penilaian diberi oleh pegawai perubatan serts bidan yang mengendalikan proses kelahiran.

2) Kejadian yang memerlukan bayi dilahirkan segera sebelum kelahiran dibantu oleh forceps atau vacuum.

3) Untuk kelahiran bayi sonsang

4) Kepala bayi berada dalam posisi abnormal.

5) Bayi besar atau kejadian bahu sangkut - supaya internal manoeuvre dapat diakukan untuk selamatkan bayi.

5) Bayi didalm keadaan stress/tekanan (fetal distress) - membantu ibu memudahkan kelahiran bayi.

* Episiotomi akan dilakukan jika penyambut kelahiran merasakan koyakan faraj teruk akan terjadi.

**  Proses kelahiran terlalu lama ATAU ibu keletihan bukan indikasi episiotomi.


Jenis koyakan semasa melahirkan

Terdapat 4 jenis koyakan yang selalunya terjadi semasa proses kelahiran:

First Degree Tear; satu koyakan kecil pada kulit yang lazimnya pulih sendiri dan tidak memerlukan jahitan.

Second Degree Tear; koyakan yang lebih mendalam yang melibatkan otot-otot dan kulit - memerlukan jahitan

Third Degree Tear ; koyakan mendalam yang melibatkan kulit dan otot-otot perineum. Koyakan itu juga melibatkan otot-otot yang mengelilingi anus - memerlukan jahitan.

Forth Degree Tear ; koyakan parah yang melebihi paras otot-otot anus anda. Koyakan mungkin sejauh bahagian usus yang terletak selepas anus, - memerlukan jahitan.


Cara Elakkan Luka Episiotomi Alami Jangkitan/ Terbuka


Bagi mengelakkan luka episiotomi mengalami jangkitan/terbuka, amatlah penting ibu mengambil perhatian perkara-perkara berikut:

1) Memastikan kawasan perineum  bersih kerana darah nifas serta air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka dibersihkan samaada dengan air suam, atau dengan ubat sapu yang telah dibekalkan oleh pihak hospital.
 
**Elakkan menyapu benda lain seperti serbuk manjakani atau minyak gamat yang kita tak tahu tahap kebersihannya di kawasan perineum.

2) Elakkan dari sembelit kerana sembelit akan memberikan tekanan di bahagian perineum semasa meneran dan ini akan menyebabkan luka terlerai sedikit atau mungkin terus. Minum banyak air dan makan banyak sayuran serta buah buahan bagi membantu pelancaran proses pembuangan najis.



Petua elak masalah sembelit ketika berpantang:




** Mitos berkaitan minum air yang banyak akan menyebabkan perineum ataupun peranakan berair selain makan sayur akan menyebabkan angin tidak benar sama sekali. Minum air yang kurang juga akan menyebabkan gangguan pada penghasilan susu badan. Kekurangan air juga akan menyebabkan luka episiotomi lambat sembuh.

3) Senaman lantai pelvic ataupun juga dikenali sebagai senaman kemutan ('Kegel Exercise) boleh dilakukan secara rutin. Ia akan membantu dalam pelancaran darah di vagina selain akan membantu dalam proses penyembuhan luka.

4) Perhatikan tentang tanda-tanda jangkitan kuman, seperti;

~ Kemerahan
~ Bengkak di luka episiotomi
~ Sakit yang teramat di kawasan luka terutama semasa bergesel sewaktu berjalan.
~ Pengeluaran discaj berbau
~ Demam. 

Segeralah ke hospital/maklumkan kepada jururawat yang melawat di rumah.

* Luka boleh diperiksa dengan menggunakan cermin. Minta kerjasama suami untuk melakukan pemerhatian.

5) Jika kesakitan terhadap luka episitomi tidak dapat dikawal, pengambilan paracetamol serta ponstant boleh diambil (atas arahan doktor).

6) Pakai seluar dalam dari jenis kapas yang boleh menyerap peluh bagi mengelakkan kelembapan di perineum.

7) Tukar pad dengan kerap dan lap kering perineum setelah ke tandas bagi mengelakkan potensi infeksi.

8) Cuci perineum DARI DEPAN KE BELAKANG (perineum ke anus) bagi mengelakkan flora pada anus menjangkiti luka episiotomi.

9) Elakkan dari mencangkung. Seeloknya gunakan tandas duduk bagi mengelakkan regangan pada luka episiotomi.


Nak luka cepat sembuh walaupun bersalin ceaser? Jom tonton video di bawah:




Luka Pantang Cepat Sangat Sembuh, Walaupun Caesar?


Kebiasaanya selepas proses kelahiran, ibu di minta untuk berjalan-jalan untuk  mengelakkan pengumpulan darah beku di perineum. 

Pengaliran darah yang sempurna membantu dalam penyembuhan luka episiotomi.


Adakah di bius ketika melakukan Jahitan Episiotomi?

Kebiasaannya, semasa jahitan episiotomi dilakukan, bius setempat akan diberikan; cuma pemberian bius yang terlalu banyak akan menyebabkan bengkak di kawasan perineum dan apabila bengkak surut, dikhuatiri akan menganggu kesan jahitan itu. 


Kawasan kulit di perineum mempunyai saraf yang sensitif, walaupun telah diberikan bius, sakit dan pedih tetap akan terasa. Tanggapan bahawa tiada pemberian bius semasa menjahit luka episiotomi adalah salah.






**Pesanan untuk suami semua terutama untuk isteri yang mengalami luka Episiotomi, pastikan luka benar-benar sembuh. Kesian sangat pada isteri tau. Jadi sama-sama berikan kerjasama dan fahami perasaan si isteri.




Credit Info : 

Medical MythbustersMalaysia
https://www.facebook.com/belnawhen

No comments:

Post a Comment