Sep 23, 2016

#TeknikAsmaulHusna untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum, Jumaat Kareem.

Allahuma Solli Ala Muhammad.

Buat ibu-ibu yang bahagia😍

Perkara yang baik untuk ibu-ibu hamil amalkan:

1. Membanyakkan menyebut Nama2 Allah, Asmaulhusna bg memupuk cinta kepada Allah, mendapat 99 energi dan memupuk 99 sifat mulia kepada bayi dalam kandungan.

2. Membaca Al Quran dan mentadabbur bagi memupuk cinta kepada Al Quran bagi bayi.

3. Membaca Hadis-hadis memupuk cinta kepada Rasul.

4. Menonton video-video para nabi, panglima Islam, ulul albab bagi memupuk roh perjuangan dalam diri anak.

5. Banyak bersedeqah bagi memupuk sifat bersedeqah bagi bayi.

6. Elakkan melihat  video-video yang melalaikan kerana ia akan memupuk tabiat ini kepada anak yang bakal lahir. 

7. Berkata perkara-perkara yang baik-baik.

8. Sentiasa menjaga emosi, bimbing emosi positif sentiasa. 

Selamat beramal. Moga rahim kalian melahirkan ramai khalifah seperti bilal bin rabah, uwais qarni, rabiahtuladawiyah, summayah...aamiin ya mujib.

#TeknikAsmaulhusnaMengandung

Credit : Telegram Teknik Asmaul Husna

No comments:

Post a Comment