Jul 29, 2016

Resepi Kek Coklat Noxxa Simple dan Sedap

Musim open house banyak lagi syawal ni. Anak-anak kat sekolah pun sama-sama beraya kene bawak potluck..Haa paling senang buat kek Coklat Noxxa ni..

Saya copy balik resepi dari sini..cuma saya adjust sikit bahan-bahan saya guna.


Bahan-bahan:


Bahan A

* 1 Cawan serbuk koko
* 1 Cawan gula pasir ( saya guna 3/4 cawan)
* 1 Cawan susu pekat (saya guna 1/2 cawan je)- kurang manis sikit
* 1 Cawan minyak masak 
3 Biji telur

Bahan B (Di ayak)

2 Cawan tepung gandum (saya guna 1 cawan tepung gandum,1 cawan tepung kek)
1 Sudu kecil Soda bikarbonat
1 Sudu kecil Serbuk penaik


Bahan² untuk Topping (ganache) 

1/2 Cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
* Buat kaedah double boiled


Cara² membuatnya

1. Masak bahan² bertanda * dengan api yang sederhana dan sejuk kan
2. Pukul telur hingga gebu
3. Bila bahan² bertanda * dah sejuk, masukkan telur yang dah dipukul tadi
4. Masukkan bahan² B sedikit demi sedikit dan gaul sebati
5. Tuang adunan tadi ke dalam inner Noxxa Pressure Cooker dan setkan button steam selama 20 minit.
6. Kalau ada coklat rice,badam or ape-ape hiasan boleh letak sekali

Haa tahan la telinga dengar bip bip bip ni selama 20 minit tau..kejap je..hasilnya..



Coklat rice tu saya tabur je atas tu nak bagi nampak meriah..haha..anak-anak suka sangat..sebiji ni separuh hari je dah habis anak-anak kat rumah ni makan..


First time buat..alhamdulillah menjadi jugak..rasanya takde manis sangat..hubby cakap just nice...alhamdulillah:-)

selamat mencuba.






2 comments:

  1. Lepas habis steam 20 minit tu bole terus bukak periuk ke sis?

    ReplyDelete