Jul 22, 2016

Indahnya Akhlak Kekasih Hati Kita

Satu hari Rasulullah SAW didatangi oleh sorang wanita kafir. Ketika tu baginda bersama beberapa orang sahabat.

Wanita itu bawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Sape yang tengok pasti terliur. Baginda menerimanya dgn senyuman gembira. Limau itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dgn senyuman.

Biasanya nabi akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada sahabat. Nabi terus makan dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu minta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari nabi. Wanita itu nak kenakan nabi tapi bila lihat nabi makan makan makan dan makan dgn senyuman dan ucapan terima kasih dari nabi membuatkan wanita tu kecewa dan terus nak balik.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap nabi masa tu.
Lalu sahabat bertanya. "Kenapa hari ni kamu tidak ajak kami skali ya Rasulullah???"

Dengan tersenyum nabi menjelaskan "tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya utk kali pertama. Jika kalian turut makan bersama, aku bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut kerana buah limau tu masam. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu aku habiskan semuanya."

Indahnya akhlak Rasulullah

Jom kita meambahkan Selawat hari jumaat ini
 للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل ِ سيدنا مُحَمَّدٍ

1 comment:

  1. Subhan Allah..sangat indah akhlak baginda... :)

    ReplyDelete