Jul 26, 2016

Cara Hilangkan Batuk dengan Cepat dengan Buah Nanas

Musim tak menentu mungkin ada yang tak sihat,demam selsema dan batuk. Teringat beberapa minggu lepas saya diserang batuk yang teruk juga. Sedap sangat balik kampung tim akhir puasa yang lalu, berbuka puasa dengan jus tembikai ais dan jus oren sejuk-sejuk..Time tuh pulak musim panas..apa lagi..memang nyaman sungguh minum reramai.

Selang beberapa hari dah tak sedap tekak. Gatal-gatal dan batuk-batuk mula terjadi. Kebetulan ada baca di facebook ada someone share mengenai khasiat buah nanas yang mampu menjadi 'ubat batuk' mujarab dengan cepat. Apa lagi time tu,mencarilah buah nanas kat kampung tapi musim raya tak jumpa la pulak.

Last balik sini lepas raya, dapatlah sebiji buah nanas dah masak..Balik terus buangkan kulit dan blender isinya.Kemudian tapis airnya. Jangan masuk sekali hampas tau nanti terasa serdak tu lagi batuk. 

dah dapat jusnya simpan dalam bekas kedap udara. Saya guna bekas kaca botol jem. Kemudian simpan dalam peti semalaman. Esoknya selepas makan, ambil secawan jus nenas ni dan campur dengan sesudu madu.






Alhamdulillah 2 kali je saya minum tiada lagi kedengaran batuk.Memang betul tak perlu ubat batuk lagi. saya pun dah lama tinggal ubat-ubat batuk ni. Kebiasaan minum air masak je banyak-banyak dan ambil minyak ikan Omegaguard.


Buah nenas memang kaya dengan vitamin C. Ada kajian mengatakan pengambilan buah nanas lagi mujarab 5 kali ganda berbanding ubat batuk yang di beli di pasaran.

Bagi kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas, berikan sedikit demi sedikit dan banyakkan juga pengambilan air kosong untuk atasi masalah batuk ini,




Banyak lagi sebenarnya khasiat buah nanas ini. Ia juga bantu kuatkan sistem imun badan baik,bagus untuk turunkan kolestrol tak baik, turunkan berat badan dan bantu masalah pencernaan.


3 comments:

  1. sedapnya nenas, ngidam pula :)

    p/s: selamat hari raya suhaila

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..nanas madu mmg sedapkan..selamat hari raya juga Zie Has

      Delete