Feb 3, 2016

Cara Hilangkan Morning Sickness dan Mabuk ketika Hamil






Mabuk atau 'morning sickness' ketika hamil kerap berlaku pada trimester pertama. Puncanya adalah disebabkan kehadiran hormon hCG yang dirembes dalam kuantiti yang banyak. 

Saya juga mengalami alahan yang teruk ketika hamil anak pertama,ketiga dan keempat. Kata orang jika ibu hamil alami masalah mabuk ni menunjukkan rahim sihat dan kandungan bayi kuat. Wallahualam. Namun ibu jangan risau ya kerana ia hanya sementara sahaja dan perlu banyak bersabar.

Sedikit tips dan cara untuk hilangkan loya dan morning sickness:

  • Jangan biarkan perut kosong. Ia akan menyebabkan perut masuk angin dan muntah tanpa makanan akan menyebabkan pedih tekak dan lebih menyakitkan. Perut kosong juga boleh menambahkan loya.
  • Makan sedikit tetapi kerap. Ambil sedikit makanan yang anda boleh makan seperti roti,biskut,buah-buahan
  • Elakkan makanan pedas,berempah,berasid dan bergoreng.Ambil makanan yang kaya protein dan vitamin B. Bancuh segelas protein tinggi seperti ESP tanpa GMO ni sangat membantu mengurangkan asid dalam perut dan memberi tenaga.
  • Banyakkan berehat dan cuti berehat dari kerja sekiranya perlu.
  • Hidu buah lemon boleh mengurangkan loya ibu. Boleh tambah beberapa hiris lemon dalam air minuman anda
  • Ambil mutlivitamin atau vitamin B6 boleh mengurangkan mabuk kehamilan. 
  • Boleh sapu minyak aromaterapi seperti minyak lemon,minyak limau nipis atau sitrus bagi mengurangkan rasa pening dan memberi ketenangan pada diri.
  • Minum teh halia untuk membuang angin dalam usus.

Elakkan mengambil makanan yang 'tajam' dan merapu seperti asam/jeruk untuk mengawal mabuk ibu ya.  Saya memang takut sikit nak makan makanan sebegini sebab risaukan kandungan bayi. Langkah paling selamat saya ambil Peppermint-Ginger Plus yang boleh membantu mengurangkan loya dan muntah.

peppermint ginger plus shaklee untuk ibu mengandung


Peppermint Ginger Plus (PGP) ni daripada bahan semulajadi,bebas pengawet,pewarna dan pemanis.Memang selamat untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan. 

Kandungan PGP ni dari 4 bahan semulajadi:


1. Peppermint(pudina)
2. Ginger (halia)
3. Anise (bunga lawang)
4. Fennel (jintan manis)


Fungsi bahan di dalam PGP ini:

  • Pudina - membantu melegakan gastrik, pedih ulu hati, loya2, membantu mengatasi selesema
  • Halia - membantu membuang angin dalam badan, membantu proses pencernaan, mengurangkan ketidakselesaan perut dan loya
  • Bunga lawang - mengurangkan kembung perut, mengurangkan demam, membantu masa selesema dan batuk
  • Jintan - membantu membuang angin, cuci usus, dan pecah lemak





Saya juga suka kemam Chewable VitaC ni. 




Rasa yang masam oren membantu mengelakkan mual dan dalam masa sama membekalkan vitamin C dalam badan. 1 biji Chewable Vitamin C ni bersamaan sebiji 1/2 oren. 

Semasa mabuk atau morning sickness ni memang kena banyak bersabar. Dapatkan juga pertolongan daripada suami sekiranya perlu bantuan untuk menguruskan anak-anak lain atau rumahtangga. Keadaan masa ini sedikit 'mencabar' tetapi ibu perlu kuat semangat dan melawan rasa lesu tersebut.



Apapun,saya doakan ibu-ibu semua kuat semangat dan cekal demi bayi tersayang. Insyallah detik-detik kehamilan sangat menyeronokkan. Sekiranya ibu berminat untuk mendapatkan Peppermint Ginger Plus dan Chewable VitaC plus boleh hubungi saya seperti berikut.

Harga sangat berpatutan. Hanya RM45 sebotol mempunyai 90 biji untuk PGP dan RM37.50 sebotol mempunyai 90 biji untuk Chewable Vita C plus 100mg.

Untuk pembelian secara online menggunakan kad debit/kredit anda boleh click link di bawah


atau hubungi saya seperti berikut untuk mendapatkannya:














  • 1 comment:

    1. Amalkan minum ESP setiap pagi untuk rasa badan bertenaga & kulit yang cantik lagi! :)

      ReplyDelete