Dec 31, 2015

Testimoni Set Kurus: Turun 13KG dengan Set Kurus Shaklee

Awal tahun kebiasaan ramai yang mempunyai azam untuk turunkan berat badan..Azam ni sebenarnya sangat bagus.Lagi-lagi zaman sekarang ni macam-macam jenis penyakit cepat muncul di usia se awal 20an. Semuanya berpunca daripada mulut kita. 

Banyak pemakanan tinggi kalori,makanan berlemak dan berminyak,tidak cukup minum air kosong,kurang senaman dan gaya hidup tidak sihat antara punca obesiti dan lebihan berat badan.






Apapun,jangan mudah mengalah.Selain daripada pemahaman mengenai kalori,senaman dan gaya hidup sihat,suplemen juga dapat membantu pembakaran lemak dan mengurangkan inchloss dengan cepat. Yang penting pilih yang betul-betul selamat dan mendapat kelulusan KKM ya.







credit: hazmanfadzil.com

Saya ingin berkongsi pengalaman seorang customer Cik Ruzzane Hanee yang telah berjaya menurunkan berat badan daripada 88Kg sehingga 75Kg dengan set kurus Shaklee ni.

Ikuti sharing beliau yang di kongsi bersama dalam Supermom Shaklee Story.

****************************************************************************


Saya Ruzanna Hanee, saya nak kongsikan pengalaman saya menggunakan Set Kurus Shaklee. Sebelum kenal Shaklee, saya pernah cuba macam-macam set kurus yang ada dipasaran. Asal iklan je nak cuba. Tapi mungkin tak serasi dengan saya..


Turun 13KG dengan Set Kurus Shaklee

.
Kesannya sampai nak ke toilet pon tak sempat dah ‘terbuang’ dalam seluar. Ada sekali tu kena cery-bery sampai 2 minggu akibat makan produk XXX. Berat badan tak turun-turun, sakit je yang saya dapat.
.
Sampai la satu hari tu tgk kawan dok post pasal Shaklee..Time ni la first time saya berkenalan dengan Shaklee, bukan takde sebelum ni kawan post tapi buat dek je time tu hehe.. Permulaan nye saya ambik Vitalea, Lecithin, Alfalfa Complex dan Herb-Lax.
.
Mula tu takut jugak, fobia takut kena ulang alik ke tandas.. Tapi alhamdulillh, saya takde pon kena masalah seperti ‘terbuang’, atau tercery-bery..Proses buang air besar tu macam biasa dan badan saya rasa lebih segar dan sihat. Penurunan berat badan?
.
Alhamdulillah berat badan saya turun dengan pengambilan set diet ni secara disiplin dan konsisten. Turun 13kg, dari 88kg, now tinggal 75kg.
.
Sekarang, saya maintain makan Lecitin dan Alfalfa Complex (orang panggil set kurus bajet Shaklee) untuk membantu saya menurunkan berat badan sehingga mencapai BMI yang normal. .
.
Apa yang penting pilihlah produk yang selamat, semulajadi dan berkesan…Saya sudah, anda bila lagi ? 


*************************************************************************************************************************

Tidak salah mencubakan..Ramai yang berpuashati yang mencuba set ini dan berjaya turunkan berat badan dan Inchloss.Yang penting ia selamat untuk jangkamasa panjang, Daripada bahan semulajadi,TIADA bahan kimia,BEBAS pewarna,pengawet dan pemanis.


Lagi Testimoni Set Kurus di SINI

Sekiranya anda mempunyai azam untuk menurunkan berat badan, ingin mencuba set diet shaklee boleh hubungi saya seperti berikut:
















Dec 29, 2015

Pencuci Pinggan Bebas Bahan Kimia - Lembut Pada Tangan dan Menjimatkan

Ramai ibu mengalami masalah alergic pada pencuci pinggan.Ada yang sampai kering,pecah-pecah dan melecet jari..Pencuci pinggan di pasaran memang mengandungi bahan kimia. Malah ada sesetengahnya mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate. Kedua-dua bahan ini boleh merengsakan kulit dan mata.


Sekiranya ibu mengalami masalah ini,boleh pilih pencuci pinggan yang bebas bahan kimia. Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya yang ini dan yang lain.





Kelebihan Pencuci Pinggan Shaklee- Dish Wash Concentrate:
Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Paling best guna beberapa titis sahaja dah berbuih dan mampu menanggalkan kesan minyak pada pinggan mangkuk. Pinggan mangkuk kilat bersih bersinar tangan pun tak sakit-)

Jom tengok video di bawah - Testimoni Puan Salwa mengenai pencuci pinggan tanpa bahan kimia ni.


1 botol penggunaan sehingga 2 bulan. Sangat jimat dan menguntung.

Dapatkan segera hari ini!!

Nak cuba pencuci pinggan bebas bahan kimia ni? Hubungi saya seperti berikut:




Dec 28, 2015

Testimoni Vivix: Vivix Shaklee Membantu Pesakit Stroke

Stroke penyakit menggerunkan boleh menyerang sesiapa sahaja TANPA tanda AMARAN!
Stroke adalah suatu gangguan fungsi otak yang terjadi secara mendadak, disebabkan semata-mata oleh gangguan pembuluh darah di otak, dan dapat mengakibatkan kematian.

Kajian mendapati jumlah penderita stroke di Malaysia makin meningkat setiap tahun. Ada yang terselamat dan mengalami kecacatan kekal,kehilangan upaya kekal dan ada juga meninggal dunia.


Punca berlaku Stroke:


Punca Stroke adalah disebabkan oleh berlakunya penyumbatan,penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen berkurang di kawasan tersebut. Saraf otak telah rosak dan sel-sel telah mati.

Hari ini saya nak share keistimewaan VIVIX shaklee - suplemen terbaik untuk pesakit stroke.

Vivix sangat unik kerana dapat menembusi sel DNA badan kita sekaligus membantu membaikpulih DNA yang rosak.


Vivix juga merangsang pertumbuhan sel baru disamping memberi perlindungan menyeluruh kepada tubuh badan. Ia juga antioksidan tinggi yang sangat bagus untuk kesihatan. Ramuan vivix daripada bahan-bahan semulajadi seperti Anggur Muscadine,Lobak Ungu,ElderBerry dan Polygonum Cuspidatum. 

Manfaat setiap ramuan dan Kebaikan Vivix shaklee boleh di lihat DISINI

Alhamdulillah,Vivix membantu ramai pesakit dengan mengurangkan komplikasi dan ramai juga berjaya sembuh dengan izinNya..
Saya berminat untuk berkongsi kebaikan vivix untuk pesakit stroke..Jom baca kisah lanjut kisah Puan Hafza Aein yang berkongsi detik-detik suaminya mengalami stroke dan bagaimana Vivix membantu suaminya mengurangkan komplikasi Stroke.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Assalammualaikum..
Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.
.
Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
.
Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
.


1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku.
Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
.
4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..
1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..
.
Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
.
Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.
.
Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.
Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
.
Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.
I love Shaklee...
(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.


Alhamdulillah dengan izinNya..Jika anda atau ada ahli keluarga terdekat mengalami masalah sama boleh mengambil Vivix. Semoga dapat mengurangkan kesan stroke dan dapat baikpulih terus Insyaallah.. 
Yang penting konsisten,jangan putus asa dan buat rawatan ALTERNATIF terbaik untuk pesakit stroke.
Bulan ini Shaklee menawarkan promosi JIMAT beli 2 botol VIVIX DISKAUN 5% dan mendapat keahlian Shaklee PERCUMA

Promosi vivix-beli 2 botol diskaun 5%

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vivix dengan harga promosi boleh hubungi saya segera seperti berikut. 




Dec 27, 2015

Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016

Bermula tahun depan, azhafizah.com akan update bloglist 2 bulan sekali. So dengan itu, 2 bulan sekali akan ada segmen bloglist untuk mencari bloglist baru. Jika berminat untuk masuk dalam bloglist , bolehlah sertai segmen ni ye. Kelebihannya sertai segmen dapat blogwalking dan tambah traffik blog. Kalau dapat masuk bloglist, mungkin akan tambahkan traffik juga. Mudah mudahan.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016

http://www.azhafizah.com/

click di SINI untuk join

Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan blog melalui random.org.

TAMAT : 30 DISEMBER 2015


Dec 23, 2015

Salam Maulidur Rasul: Suara Agung Kerinduan


Suatu masa, Bilal minta izin pada khalifah untuk pergi jauh tinggalkan Madinah. 

Di tanyakan mengapa?

Bilal ratapi buat terakhir kali Madinah di mana suatu saat dia dan Rasulullah berkongsi segala kenangan di Madinah.

Lama sungguh Bilal tinggalkan Madinah dan menetap bersama keluarga di Syria. Perit bagi Bilal untuk melupakan kenangan yang ada bersama Rasulullah SAW. Sekian lama Bilal meninggalkan Madinah, suatu hari, Rasulullah muncul di dalam mimpi Bilal. "Wahai Bilal! Alangkah kerasnya hatimu, mengapa engkau tidak mengunjung tiba menziarahi aku?"

Tersentak Bilal lalu terjaga dari tidur dengan derai air mata yang deras! Sehingga terjaga ahli keluarga Bilal. Bilal menceritakan segala yang terjadi di dalam mimpinya tadi. Lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi Rasulullah.

Bilal bersama tunggangannya, menangis tanpa henti. Kalau boleh Bilal nak terus meneruskan perjalanannya untuk cepat sampai ke Madinah. Bilal takut di tinggalkan oleh Rasulullah SAW

Setelah beberapa hari, Bilal tiba di maqam Rasulullah. Suaranya yang telah kehilangan akibat raungan tangisannya sepanjang perjalanan. Lalu memberi salam, "Asalamualaika Ya Rasulullah."

Bilal masih tidak berhenti menangis.

Tiba-tiba datang amirul mukminin, menerpa Bilal daripada belakang. Saidina Abu Bakar memujuk Saidina Bilal hingga reda sebentar tangisan Bilal.

"Bilal, alang kamu sudah berada di sini. Azankan untuk kami Bilal,"
-sapa Amirul mukminin.
"Tidak wahai amirul mukminin,"
-tolak Bilal.

"Azanlah Bilal kami rindu suara azan kamu itu,"- sapa Saidina Umar pula.
Saidina Bilal menggeleng..

Tiba-tiba datang dua permata kesayangan Rasulullah. Hasan dan Husin.

"Pakcik Bilal, azanlah sebagaimana masa zaman datuk kami masih ada,"

Di peluk dua orang cucu kesayangan Rasulullah, di ciumnya.

"Sebentar tadi baru ku tolak permintaan Khalifah dan Saidina Umar. Aku takut untuk menolak permintaan kalian, aku takut nanti aku di tinggalkan Rasulullah,"

Bilal naik ke menara, di ratapi satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah, sambil air matanya mengalir laju.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Terdiam penduduk Madinah mendengar suara azan itu.

Bahkan ada yang bangkit dari tidur yang lena.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Riuh satu Madinah, keluar seisi rumah di setiap pelusuk Madinah.
"Asyhadu ala ila haa illallah!"

"ABU I'SA RASULULLAH?!"

-apakah Rasulullah di bangkitkan semula-

"Asyhadu ala ila haa illallah!"

Tangisan kota Madinah kian pilu. Menggamit kenangan mereka bersama Rasulullah.

Saidina Abu Bakar, Saidina Umar..

Mengalir air mata dua orang sahabat ini. Satu Madinah di banjiri oleh air mata tangisan kerinduan.
Suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatit sebagai satu sejarah buat umat akhir zaman.

"Asyhadu anna MUHAMMAD RASULULLAH!"

Tersungkur Bilal tak dapat meneruskan azannya lagi. Di sambut dua orang sahabat. "Mengapa Bilal?"

"Waktu tengah azan hingga aku menyebutkan nama kekasihku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita,"

"Aku rindu Rasulullah,
Aku rindu Rasulullah,
Aku rindu Rasulullah."

Berlinangan air mata sahabat dan seluruh warga kota Madinah pabila suara agung itu kembali pulang menghantui kerinduan buat junjungan besar Muhammad SAW.
                                                                                                                                                                                                                                             اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ  

Jom kita hidupkan sunnah dlm amalan harian kehidupan keluarga kita... tanda cinta & kasih pada baginda Rasulullah SAW.                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Dec 22, 2015

SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST JAN - JUN 2016



Jom join segmen ni...dapat kawan baru,jalan-jalan 'rumah baru':-)
click banner atas ya


Kanser Payudara Bukan Penamat Hidup

Kanser payudara adalah salah satu penyakit yang menyerang ramai wanita.Penyakit paling digeruni dan kebiasaan sukar di kesan pada peringkat awal (kecuali pemeriksaan lanjut oleh pesakit) sehinggalah ia diketahui sudah serius.


Kanser payudara terjadi apabila sesetengah sel di dalam payudara membesar secara luar biasa.Ia membesar dengan cepatdan menyerang tisu-tisu di sekelilingnya.


Menurut Dr Joseph Mercola antara punca utama kanser payudara adalah kekurangan nutrien dan pendedahan kepada pencemaran alam sekitar.Institut Penyelidikan Kanser Amerika menganggarkan kira-kira 40% daripada kanser payudara di Amerika boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.


Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan kanser payudara:

  • Sejarah kanser dalam keluarga
  • Perubahan genetik (mula datang haid sebelum usia 12 tahun)
  • Putus haid lewat (Selepas usia 50 tahun)
  • Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun
  • Penggunaan pil perancang keluarga
  • Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan
  • Berat berlebihan dan gaya hidup yang kurang aktif


Tanda-tanda awal di kesan:




  • Pembentukan gumpalan; simptom biasa yang kekal untuk jangkamasa panjang.Kemungkinan modul asimptomatik akan muncul sebelum tanda-tanda atau simptom lain muncul
  • Sakit payudara atau sakit pada gumpalan ; tanda-tanda radang seperti sakit,panas,kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur linfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang leh tisu abnormal.
  • Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang dirujuk sebagai 'peau d'orange'
  • Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk
  • Kulit payudara mungkin kelihatan lekuk. Puting mungkin terpusing ke dalam,menjadi merah dan bersisik atau mempunyai lelehan abnormal
  • Apabila ia merebak ke kawasan lain akan timbul tanda-tanda seperti demam,seram sejuk,sakit tulang dan pelbagai lagi.

Lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Langkah awal yang boleh di lakukan adalah pemeriksaan sendiri payudara (PSP).PSP perlu dilakukan skali sebulan (bagi wanita yang masih mempunyai haid) dan waktu sesuai adalah 7-10 hari selepas haid.


VIVIX membantu pesakit kanser Payudara


Selain pemakanan dan gaya hidup yang sihat,suplemen vivix adalah rawatan alternatif terbaik untuk pesakit kanser. 

Vivix adalah tonik suplemen antioksidan tinggi yang mempunyai resveratrol dan polifanol yang terbukti melalui kajian-kajian saintifik membantu membetulkan sel-sel badan yang rosak seperti sel kanser. Apabila sel-sel telah rosak telah dibetulkan,mereka akan mematikan diri dengan sendirinya (apoptosis) dan menyebabkan kanser berkurang dan akhirnya hilang.

Antara kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan resveratrol melawan cancer:
  • Kajian dalam Annals of The New York Academy of Sciences pada tahun 2011 melaporkan beberapa kajian awal menunjukkan resveratrol mempunyai kesan anti cancer.
  • Kajian yang diterbitkan oleh FACEB jurnal pada October2011 menunjukkan resveratrol Berjaya menghalang sel cancer payu dara daripada membesar.
  • Kajian yang dibuat oleh University of Nebraska pada tahun 2008 mendapati resveratrol Berjaya menghalang estrogen daripada bertindak balas dengan DNA dan menyebabkan cancer payu dara.
  • Kajian yang dibuat oleh University of Florida pada tahun 2011 menunjukkan resveratrol mempunyai sifat anti-carcinogenic yang boleh menghalang sel normal menjadi sel cancer.
  • Kajian yang dibuat oleh University of Kansas pada tahun 2012 menunjukkan resveratrol boleh membantu menghalang cancer prostate daripada membesar.

Vivix bukanlah ubat merbahaya malah ia TIDAK mengandungi sebarang bahan kimia,BEBAS pewarna,pengawet dan pemanis.

Bahan-bahan utama dalam Vivix adalah daripada ramuan ekstrak botani seperti:

  • Anggur Muscadine
  • Lobak Ungu
  • Elderberry Eropah
  • Polygonum Cuspidatum

Apa Kata Pengguna Vivix:










Bagi anda penghidap kanser jangan sesekali putus asa dan berhenti berharap ya..Kuatkan semangat dan tanam sifat positif untuk melawan penyakit ini.Insyaallah penyakit ini ada ubatnya. Ikhtiar yang terbaik untuk kesihatan diri ya.

dan untuk anda yang tidak mengalami,jangan sesekali pandang remeh kesihatan ni..Peringatan juga untuk diri yang menulis ni sebenarnya, Untuk amalkan gaya hidup sihat,senaman sekurang-kurangkan 3x seminggu (30 minit),elakkan tekanan,amalkan pemakanan seimbang dan sentiasa pastikan diri dan keluarga dalam persekitaran yang sihat.


Sayangi diri kita dan keluarga, Anugerah tak ternilai pemberian dariNya. 

Bagi yang berminat untuk mendapatkan suplemen vivix,harga sebotol vivix adalah RM475 boleh bertahan sehingga 2 bulan. Sekiranya ingin harga lebih jimat saya cadangkan join keahlian seumur hidup RM70 dan terus dapat harga ahli


Untuk pertanyaan lanjut atau berminat dengan pembelian vivix boleh hubungi saya seperti berikut:




sumber: majalah rapi




Dec 21, 2015

Manfaat dan Kebaikan Lecithin Shaklee

Promosi Lecithin sepanjang bulan ni tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi..Ramai yang grab peluang promosi lecithin time promo ni sebab harga lebih murah dan jimat. Beli 2 botol diskaun 5% atau beli 6 botol akan dapat lagi sebotol PERCUMA yang bernilai RM53+-..Haa untungkan..



Bagi anda yang nak turunkan berat badan,nak turunkan kolestrol,nak pecahkan lemak-lemak tepu dalam badan,nak inilah masa terbaik untuk anda rebut tawaran promosi bulan ni.

APA FUNGSI LECITHIN?

Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

Lecithin n mengandungi kekacang soya tanpa GMO di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Tanpa bahan pengawet,pewarna dan pemanis sesuai di ambil oleh golongan muda berusia 15 tahun keatas sehingga warga emas.


Kebaikan dan Manfaat Lecithin:


  • Ia boleh melindungi hati kita ~ Lecithin boleh menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Memecahkan lemak dan kolestrol ~Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh kita.

  • Melangsingkan ~ Menghalang obesiti.Pengambilan Lecithin yang betul dapat menurunkan berat badan sekaligus mencegah masalah obesity.
  •  Mencantikkan otot dan kulit. Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi ~ Lecithin boleh menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin paarah seperti penyakit kulit seperti dermatitis dan demam alergi.
  •  Menghalang kejadian batu karang ~ Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan alam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak untuk pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress ~ Kolina yang di nyatakan di atas tadi akan berfungsi untuk penghantar/ agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.
  • Menghalang tekanan darah tinggi ~ Lecithin boleh menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat.

  • Mengatasi masalah prostat lelaki
  • Meringankan sembelit ~ Fungsinya untuk melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

Selain daripada manfaat di atas,ia juga dapat membantu kaum ibu yang alami masalah bengkak susu. Sakitkan kalau kene bengkak susu ni..Jadi selain daripada guna cara tradisional atasi bengkak susu,boleh ambik Lecithin ni 6biji sehari.


Bagi anda yang alami masalah kolestrol tinggi sehingga keluar biji-biji kolestrol sekitar mata juga boleh cuba Lecithin ni..dengan harga sebotol RM53.75 untuk 180 biji sangat berbaloi dan bermanfaat untuk kesihatan.


Apa kata pengguna Lecithin:






Sekiranya anda berminat untuk turunkan berat badan,turunkan paras kolestrol boleh cuba Lecithin ni..ramai yang fikir "oh,paras kolestrol saya ok kot.." tapi pernah tak anda cek??Kini golongan muda makin ramai yang alami masalah kolestrol tinggi disebabkan pemakanan seharian yang tidak seimbang dan banyak pengambilan prosess segera dan manis..

Paling best dengan Lecithin juga anda boleh inchloss!!


Jom grab promosi jimat Lecithin ni..Beli 2 botol diskaun 5%.Tawaran SAH sehingga 30 Disember ini sahaja!



Hubungi saya segera seperti berikut




Sue - SMS/WHATSAPP 016 358 9018
FB page: Impianz Shoppe
FB: Suhaila Johar
COD area: Bandar Baru Bangi,Sg Ramal,Pekan Kajang,UKM,Uniten,IUKL,UPM
Poslaju/GDEX/Citylink ke seluruh Malaysia




Dec 19, 2015

Renungan Bersama :The Power of Istighfar

RENUNGAN AL KISAH HEBATNYA NILAI ISTIGHFAR


Imam Ahmad bin Hanbal dalam perjalanannya menuntut ilmu, akhirnya beliau terpaksa bermalam di sebuah masjid.

Malang sekali, penjaga masjid menghalang beliau daripada bermalam di situ.
"Ini bukan tempat untuk tidur!" katanya.

T A K  B O L E H L A H
S O R R Y  Y A

Bukan salah penjaga masjid itu yang tidak mengenali Imam Ahmad. Beliau pula tidak memperkenalkan diri. Jika penjaga itu mengenali beliau, pasti dia tidak menghalang Imam Ahmad menumpang tidur.Walaupun beliau memujuk penjaga masjid tersebut untuk dibenarkan tidur untuk hanya beberapa jam, namun tidak berhasil.

K A T  P I N T U  P U N  T A K  B O L E H  J U G A

Kemudian, Imam Ahmad mengambil keputusan berbaring sahaja berdekatan pintu masjid. Namun, di situ pun si penjaga masjid menghalangnya.

S I M P A T I  O R A N G
B E R I S T I G H F A R

Pada masa itu, seorang pembuat roti menyaksikan peristiwa tersebut. Dia merasa simpati kepada beliau. Lantas, dia mengajak Imam Ahmad yang tidak dikenali itu untuk bermalam sahaja di kedainya.

Lelaki ini adalah pengusaha sebuah kedai roti. Setelah menunjukkan Imam Ahmad tempat tidurnya, si pembuat roti meneruskan kerjanya.

M E M E R H A T I K E B A I K A N

Imam Ahmad tidak terus tidur. Dia memerhatikan sesuatu yang menarik pada perlakuan lelaki itu. Setiap gerakan tangannya menguli roti, diiringi istighfar yang tidak henti-henti.
Imam Ahmad kagum dengan amalan pembuat roti tersebut. Beliau ingin sangat mengetahui rahsianya.

"Sejak bila engkau beristighfar seperti ini? tanya Imam Ahmad.
"Alhamdulillah tuan. Sejak lama dahulu."
"Adakah engkau mendapat keuntungan dengan sentiasa beristighfar?"

Terus dia menjawab, "Ya! Setiap hajat dan permohonan saya dimakbulkan Allah. Cuma ada satu sahaja hajat yang belum dimakbulkan, wahai tuan."
"Apakah itu?"

"Saya berdoa agar dapat melihat Imam Ahmad bin Hanbal tetapi belum dipertemukan dengannya lagi."

Terkejut Imam Ahmad mendengar jawapannya itu. Lalu Imam Ahmad berkata,
"Wahai saudara, akulah Imam Ahmad bin Hanbal. Allah telah membawa aku untuk bertemu denganmu."

Begitulah bukti kelebihan istighfar sehingga Allah swt merakamkan dalam surah Nuh ayat 10-12.
Dalam ayat ini, Allah menceritakan bahawa Nabi Nuh as. menggalakkan kaumnya beristighfar kerana ganjarannya amat banyak, antaranya:

H U J A N  M E N Y U B U R H A S I L  L U M A Y A N

Allah menurunkan hujan lebat yang dapat menyuburkan tanah-tanah mereka, sehingga menghasilkan tanaman dan buah-buahan yang mendatangkan kebaikan kepada mereka.

H A R T A  M E L I M P A H

Allah akan menganugerahkan kepada mereka harta kekayaan yang banyak dan beraneka rupa dan ragam.

Z U R I A T  Y A N G  T A K  A K A N  P U P U S

Allah swt menganugerahkan zuriat yang akan melanjutkan keturunan mereka sehingga mereka tidak pupus.

S U N G A I  Y A N G M E N G A L I R

Allah mengalirkan sungai yang berperanan mengairi kebun-kebun mereka, sehingga tanam-tanaman hidup subur dan menghijau.

Walaupun wasiat ini berkaitan dengan perutusan Nabi Nuh as. tetapi sesuai dengan perutusan al-Quran yang manfaatnya bersifat kekal.

Lihatlah, walaupun si penguli roti mempunyai hajat yang kecil tetapi Allah memakbulkannya berkat istighfar yang diamalkan.

Dalam dia sibuk menguruskan kehidupan, Allah telah memenuhi hajatnya.



Ajari semua ahli keluarga anda beristighfar. Anda pasti akan rasai keajaibannya.

In sha Allah.

Dec 16, 2015

7 Tips untuk Jantung Yang Sihat

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Hampir 50% serangan sakit jantung berusia antara 40-60 dan rakyat Malaysia mengalami serangan jantung pada usia yang lebih muda berbanding rakyat di AS,Eropah,Australia,Kanada,Thailand dan China.





Faktor-faktor risiko serangan sakit jantung:




Hampir 80 % daripada penyakit jantung dan strok peringkat awal boleh dielakkan. Berikut adalah 7 gaya hidup sihat yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.



1) Makan makanan yang sihat untuk jantung

Kurangkan pengambilan daging dan makanan yang tinggi lemak tepu,kolestrol,gula dan garam. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayut-sayuran,bijirin,kekacang dan tingkatkan pengambilan serat. Ambil makanan tambahan untuk jantung sihat yang menghasilkan nitrik oksida dalam badan,minyak ikan omega 3 dan makanan seimbang. Pilih makanan yang diproses tanpa lemak trans.




2) Perhatikan Berat Anda

Jika anda berbadan gemuk atau obes,inilah masa terbaik untuk memulakan program senaman bagi mengurangkan berat badan. Sementara anda melakukan perkara itu,beri perhatian jika perut anda mula buncit.


3) Aktifkan Diri

Bersenam selalu 30 minit sebanyak 3 kali atau lebih seminggu. Aktiviti fizikal seperti berjalan pantas dan berenang dapat membantu menurunkan tekanan darah,menguatkan jantung dan menghilangkan tekanan.


4) Dapatkan Saringan Kesihatan Secara Berkala

Oleh sebab kebanyakan simptom penyakit jantung tidak dirasai adalah penting untuk kita menguji tekanan darah,kolestrol dan glukosa darah secara berkala bagi menangani masalah dengan lebih awal. 


5) Tidur Berkualiti 

Dapatkan tidur yang berkualiti selama 7- 9 jam setiap hari, sebaik-baiknya dengan tidur dan bangun awal. Ini boleh mengurangkan risiko obesiti,tekanan darah tinggi dan masalah jantung


6) Hadkan Tekanan

Jangan memikir hal kerja apabila anda sedang bercuti. Manjakan diri dengan urutan atau memupuk hobi baru atau bertemu dengan rakan-rakan semasa hari cuti.


7) Hidup Tanpa Asap

Tiada jumlah rokok yang selamat. Jika anda merokok, berhentilah.


Antara suplemen yang membantu kesihatan jantung



Jom sama-sama kita jaga kesihatan diri dan amalkan tips di atas. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat kita semua.